Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, January 2, 2016

2016


Congratulation for passing the previous years.
May the years spent had shaped us to be a great person.

Good luck in everything you're going to face!
May the days to come bring lots of good vibes to us.
All the best.


:)


----------------------------------------------------------------

2015 weddings:
- August: Hani Shamsuddin #HaniAfzaUnavailable
- November: Nik Atirah Nik Mohd Azam
- November: Nabil Tang
- December: Musa Norazan

Congratulations to the couples!
May Allah bless your marriage with love and happiness.

Semua Ikhlas ni. Maju lah Ikhlas *thumbs up*

2016 weddings:
let's look forward to them.

p/s: how has everyone been?

Tuesday, September 8, 2015

Siri Corporate Scandal: Perwaja Steel Sdn Bhd (Part II)

Hai semua. Kita sambung lagi perbincangan kita berkenaan Perwaja untuk bahagian yang kedua. Bagi yang terlupa atau malas giler nak baca bahagian pertama, gambar di bawah ini adalah sedikit recap bagi bahagian pertama. Tapi, digalakkan sangat-sangat untuk baca post sebelum ini.


Secara asasnya, masalah yang berlaku dari sudut pengurusan syarikat Perwaja adalah salah-laku sebagai seorang Director (misconducts of directorship). Antara faktor yang mewujudkan masalah ini adalah kelemahan sistem kawalan dalaman (lack of internal control), salah-guna kuasa, konflik kepentingan (conflict of interest), dan campur tangan ahli politik.

Eric Chia sebagai Managing Director (MD)

Semasa Eric Chia memegang jawatan MD pada 1990-1995, terdapat beberapa jumlah duit yang dipercayai telah disonglap daripada Perwaja. Kes songlap ini hanya disedari beberapa tahun selepas Eric melepaskan jawatannya, iaitu selepas Badan Pencegah Rasuh (BPR – Sekarang SPRM) mulakan siasatan ke atas Perwaja. Antara salah-laku yang dilakukan oleh Eric adalah:
  1. Dengan tidak jujur, mengesahkan (dishonestly authorised) RM 76.4 juta bagi pembayaran lump-sum Technical Assistance Agreement (TAA) kepada sebuah syarikat Jepun, NKK Corporation (NKK) dengan melalui akaun associate company kepada NKK, iaitu Frilsham Enterprise Incorporated (di Hong Kong) sebagai ‘Special Purpose Entities’ (SPE) dalam kes ini.  Kes songlap ini kantoi apabila didapati NKK itu sebenarnya adalah sebuah syarikat yang tidak pun wujud. Malah, akaun Frilsham yang menyimpan duit berjuta itu telah ditutup pada 28 Julai 1994, 5 bulan selepas RM 76.4 juta dipindahkan ke akaun tersebut. Namun, dilaporkan bahawa pembayaran tersebut telah membawa benefit kepada Sakyo Corporation, syarikat kepunyaan anak kepada Shamsuddin Abdul Kadir (krooni Mahathir yang mempunyai hubungan rapat dengan Eric).
  2. Eric juga telah mengesahkan pembayaran sebanyak RM 76.4 juta (jumlah yang sama, tapi bukan yang sebelum ini) tanpa kebenaran daripada lembaga pengarah (Board of Directors) dan Jawatankuasa Tender (Tendering Committee).

Kedua-dua salah-laku tersebut dipercayai dilakukan oleh Eric di atas kapasitinya sebagai MD dalam tempoh 4 November 1993 sehingga 22 Februari 1994.

Technical Assistance Agreement (TAA)

Bercerita berkenaan TAA, hatta dalam kalangan Manager Perwaja sendiri pun mempunyai perbezaan pendapat mengenai keperluan untuk TAA ini dibayar:
  1. Ahmad Zaini, bekas Senior General Manager, telah menerima surat pengesahan (bertarikh 11 Oktober 1995) daripada General Manager NKK Corporation (ini syarikat yang real dan wujud punya), N. Otani, bahawa Frilsham bukanlah associate company kepada NKK. TAA juga sebenarnya tidak wujud antara Perwaja dan NKK. 
  2. Tapi, Akram Che Ayub, Senior Operational Manager, menegaskan bahawa terdapat perjanjian TAA tersebut, dan ianya hanyalah perlu dibayar secara ansuran (bukan lump-sum seperti yang disahkan oleh Eric). Cumanya, signature N. Otani pada request letter for payment bertarikh 17 Februari 1994 berbeza dengan signature yang tertera di surat pengesahan yang diterima Ahmad Zaini.

Mengikut prosedur dalam Perwaja, segala pembayaran haruslah disahkan oleh MD, dan countersigned oleh Corporate Director. Lim Chaing Cheah, bekas Corporate Director, pada ketika itu telah disuruh oleh Eric untuk melakukan pembayaran TAA pada 22 Februari 1994, melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BMBB – Sekarang CIMB), tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pembayaran tersebut.

Hubungan antara Mahathir dan Eric Chia (Campurtangan Mahathir)

Semasa prosiding mahkamah, satu surat telah didedahkan kepada mahkamah. Surat tersebut (bertarikh 30 Mac 1996) telah dihantar oleh Eric kepada Chairman Perwaja, ketika mesyuarat Board of Directors. Isi surat tersebut ialah:
  1. Dia (Eric) hanya akan menjawab apa-apa soalan jika ditanya oleh Perdana Menteri (PM ketika itu, Mahathir).
  2. Dia (Eric) telah diberi mandat oleh PM untuk menguruskan Perwaja itu seolah-olah itu adalah syarikat kepunyaannya.
  3. Dia (Eric) akan menjalankan apa-apa projek hanya setelah mendapat pengesahan oleh PM.
  4. Dia (Eric) tidak mendapat sebarang gaji atau faedah daripada Perwaja (persoalannya, siapa bayar gaji dia? Surely dia bukan bermodalkan ‘keikhlasan’ semata).
  5. Jawatan dia (Eric) sebagai MD telah ditentukan oleh PM.

Penangkapan Eric pada 2004 dikatakan bukanlah kerana untuk menghukum Eric atas kerugian besar yang ditanggung Perwaja, ia dikatakan adalah semata-mata helah bagi Kerajaan untuk memenangi PilihanRaya Umum pada tahun yang sama. Walaupun pelbagai tuduhan yang diterima Eric, Eric tetap bertegas dengan sikap setiakawannya dengan tidak mengaitkannya dengan Mahathir.

The Power of Mahathir

Di dalam kes ini, Mahathir boleh dianggap sebagai seorang super-power kerana berjaya mengawal proses pengadilan (course of justice) sehingga tidak pernah lansung dikaitkan dengan kes Perwaja ini.

Han Chee Rull, pegawai BPR, pernah dintanyakan oleh mahkamah samaada dia (sebagai wakil kepada BPR secara keselururhannya):
  1. Merekodkan sebarang kenyataan oleh PM berkenaan kes ini.
  2. Menyedari akan perhubungan antara Eric dan Mahathir.
  3. Mengetahui tentang lawatan PM ke kilang NKK sebelum TAA ditandatangani.
  4. Perngafailan saman oleh Eric Chia terhadap NKK, Lim Guan Eng, dan The Malay Mail.

Malangnya, dalam simpanan bukti BPR, tidak merekod sebarang kenyataan daripada Mahathir. Malah, 3 perkara yang lainnya seolahnya tidak disedari lansung oleh pegawai BPR yang menyiasat kes ini. Inilah yang membuktikan bahawa kedudukan BPR di bawah PM menghalang badan tersebut daripada berfungsi dengan berkesan.

Dan terdapat juga beberapa loyalist di bawah Mahathir, contohnya seperti Rais Yatim (Menteri di Pejabat Perdana Menteri – yang menguruskan hubungan dengan negara luar bagi pengedalian bukti yang berkaitan dengan kes Perwaja), yang sebenarnya telah digunakan Mahathir agar ia tidak dilibatkan dengan kes ini.

Gambar di bawah ini menunjukkan ringkasan hubungan Mahathir dengan beberapa individu yang terlibat dengan kes ini



Gambar di bawah ini adalah antara tindakan-tindakan Mahathir yang sebenarnya menunjukkan kekuasannya dalam Negara ini.



Wayang yang diulang-tayang

Jika diperhatikan keseluruhan jalan cerita Perwaja ini, kita dapat simpulkan bahawa jalan cerita corporate skandal ini sebenarnya berulang-ulang dengan jalan cerita yang tidak jauh bezanya;
  1. Kaedah penggunaan syarikat Frilsham sebagai SPE ini juga sebenarnya diguna-pakai oleh Enron Corporation bagi memindahkan segala hutang dan kerugian Enron keluar daripada penyata imbangan (balance sheet) syarikat tersebut supaya syarikat tersebut kelihatan baik.
  2. Hatta tindakan menggunakan agensi-agensi kerajaan lain untuk bail-out kerugian yang dihadapi Perwaja ini juga dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan pada hari ini bagi bail-out kerugian yang dihadapi oleh 1MDB.
  3. Malah, lagi melucukan apabila hubungan Perwaja-Eric Chia-Mahathir ini juga tidak jauh bezanya dengan hubungan 1MDB-Jho Low-Najib(?) seperti yang berlaku pada hari ini.

Berbalik kepada campur-tangan kerajaan dalam urusan korporat yang membawa kepada pelbagai masalah ini, aku tertarik dengan asas fahaman liberal (dari aspek ekonomi-politik) yang diterangkan oleh Tuan Wan Saiful Wan Jan (CEO IDEAS), yang menjadi sebahagian daripada falsafah organisasi IDEAS yang dibina Tuan Wan Saiful. Antaranya, tindakan mengehadkan kuasa kerajaan bagi mengelakkan sebarang salah-guna kuasa kerajaan. Kaji lah idea-idea tersebut. Menarik!


Itu sahaja berkenaan corporate scandal Perwaja Steel Sdn Bhd. Selepas Final Exam nanti, aku cuba huraikan berkenaan corporate scandal Enron Corporation. Untuk apa-apa soalan berkenaan Perwaja, boleh tanya aku di bahagian komen. Tak perlu mention @MHanifMNassir kat Twitter, aku malas nak layan. KBai.

References:
  • Abidin, N. A. Z. & Ahmad, H. (2007). Corporate Governance in Malaysia: The Effect of Corporate Reforms and State Business Relation in Malaysia. Asian Academy of Management Journal, 12(1), 23–34.
  • Ahmad Khair, A. H., Haniffa, R., Hudaib, M. & Abd Karim, M. N. (2015). Personalisation of Power, Neoliberalism and The Production of Corruption. Accounting Forum, 39, 225–235.
  • Khair, A. H. A. & Hudaib, M. (2011). Steel Accounting: Genealogy of Fraud in State-Owned Business. British Accounting and Finance Association Colloquium / Conference
  • Norwani, N, M., Mohamad, Z. Z. & Chek, I. T. (2011). Corporate Governance Failure and Its Impact on Financial Reporting within Selected Companies. International Journal of Business and Social Science, 2(21), 205-213. 
  • Poon, J. M. L. & Yap, C. Y. (2010). Perwaja Steel. NACRA 2010 Annual Meeting. 
  • Pileh, M. Z. (Febuari 2004). Eric Chia: Kemuncak Skandal Perwaja. Massa. 14-15.
  • Lopez, L. (2000). Malaysia's Perwaja Steel Continues To Bleed Red Ink, Mired in Problems. Retrieved 1 September 2015: http://www.wsj.com/articles/SB960744692936177300 
  • Mohamad, I. (2015). The Perwaja debacle: Part 1. Retrieved 1 September 2015: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/comment/2015/01/20/the-perwaja-debacle-part-1/

Sunday, September 6, 2015

El Túnel 2

3

                Semua tahu bahawa akulah yang bunuh María Iribarne Hunter. Tapi tiada siapa tahu bagaimana aku mengenalinya, apa perhubungan antara kami dan bagaimana keinginan untuk membunuh itu datang. Aku akan memberitahu secara ringkas dan sebahagian sahaja kerana, walaupon aku merana kerana kesalahan dia, aku tidak perlu berpura-pura bahawa aku ini sempurna.

                Pada tahun 1946 di Galeri Musim Luruh, aku mempamerkan lukisan yang diberi nama Maternidad. Lukisan yang mempunyai pelbagai gaya luaran (anterior): apa yang dikatakan oleh pengkritik dalam dialek mereka yang teruk, lukisan itu padu dan mempunyai lakaran yang baik. Bagaimanpon, penyemu sentiasa mengetahui pada kanvasku, termasuklah <<sesuatu yang amat intelektual>>. Tetapi, di sudut atas, di sebelah kiri, melalui sebuah tingkap, akan kelihatan satu pemandangan kecil dan nan jauh: pantai yang sunyi sepi dan seorang wanita yang memandang ke laut. Seorang wanita yang kelihatan seperti menantikan sesuatu, mungkin sesuatu yang suram dan jauh.
                Tiada siapa yang memberikan perhatian pada sisi pemandangan itu: hanya sekilas lalu, seperti sesuatu yang tidak penting, mungkin sekadar hiasan. Kecuali seorang, tiada siapa yang aku perasan memahami bahawa pemandangan itu sesuatu yang sangat penting. Hari itu hari pembukaan. Seorang gadis yang tidak dikenali berdiri dengan lama di hadapan lukisan aku tanpa memberikan perhatian, kononnya, pada wanita besar di latar depan, perempuan yang melihat kanak-kanak bermain. Walaubagaimanapon, gadis itu merenung pada latar tingkap itu dan pada ketika itu aku yakin yang dia terasing daripada dunia sarwa itu: dia tidak mendengar dan melihat kepada orang sekeliling yang lalu-lalang atau yang berhenti di hadapan lukisan aku.

                Aku memerhatikan gadis itu sepanjang masa dengan kekhuatiran. Selepas dia menghilang dalam kerumunan manusia, sementara aku ragu-ragu antara ketakutan yang melampau dan kebimbangan keinginan untuk menyapanya. Takutkan apa? Mungkin, seperti khuatir untuk memperjudikan semua wang yang aku ada pada satu nombor. Meskipun begitu, setelah dia menghilang, aku berasa jengkel, sugul, memikirkan aku tidak akan menjumpai dia lagi, hilang dalam jutaan penduduk Buenos Aires.

                Malam itu aku balik ke rumah patah jiwa, sugul, sedih.

         Sehingga bilik pameran ditutup, aku pergi setiap hari dan berdiri dengan hampir untuk mengenali semua yang berhenti di hadapan lukisan aku. Tetapi gadis itu tidak kembali.

        Pada bulan-bulan berikutnya, aku hanya memikirkan tentang dia, kemungkinan untuk bertemunya. Sehingga ke tahap tertentu, aku melukis untuk dia. Seperti latar tingkap yang kecil itu semakin membesar dan merebak ke semua kanvas dan kerja aku.


4

                Satu hari, akhirnya, aku melihat dia di jalanan. Berjalan di jalan yang bertentangan, dengan tergesa-gesa, seperti seseorang yang mesti sampai ke suatu tempat pada masa yang ditetapkan.

          Aku mengenalinya dengan sekilas pandang; aku boleh mengecam dia ditengah-tengah kesesakan orang ramai. Aku merasakan suatu emosi tidak terhingga. Aku selalu memikirkan mengenai di, pada bulan-bulan itu, aku memikirkan banyak perkara, jika aku melihatnya, aku tak tahu nak buat apa.

                Sebenarnya banyak kali aku telah memikirkan dan merancang secara teliti lagak aku jika bertemu dengan dia. Boleh dikatakan aku seorang yang sangat pemalu; oleh itu aku telah memikirkan dan memikirkan semula kemungkinan untuk bertemu dan cara untuk mendekati dia. Kesukaran paling besar ingin memulakan perbualan dalam pertemuan yang aku bayangkan. Aku mengenali ramai lelaki yang mudah untuk memulakan perbualan dengan wanita yang tidak dikenali. Aku akui pada suatu masa aku cemburu dengan mereka, walaupon, aku bukanlah seorang kaki perempuan, dengan tepatnya aku tidak pernah seperti itu, aku menyesal pada dua atau tiga kesempatan aku tidak boleh berbual dengan seseorang wanita, semasa keadaan itu kelihatan mustahil aku menerima hakikat yang aku akan terasing dalam hidup. Malangnya, aku telah disumpah untuk kekal terasing dalam kehidupan mana-mana perempuan.

                Dalam pertemuan bayangan itu aku mengandaikan pelbagai kemungkinan. Aku mengetahui sifat aku dan tahu situasi apa yang mengejutkan dan tiba-tiba mampu membuatkan aku kehilangan semua deria, dengan kebingungan dan perasaan malu. Aku telah bersedia, dengan beberapa kemungkinan yang logik atau mungkin berlaku. (tak mungkin seorang sahabat akan memberikan penghinaan, tapi semua tahu benda itu boleh terjadi).

            Gadis itu, tampaknya kelihatan seperti biasa pergi ke pameran lukisan. Jika aku bertemu dengan dia, aku akan berada disisinya dan tidak sukar untuk memulakan perbualan mengenai apa-apa lukisan di pameran.

             Selepas meneliti dengan terperinci kemungkinan itu, aku meninggalkan dia. Aku tidak pernah pergi ke pameran lukisan. Kelihatan agak pelik sikap itu untuk seorang pelukis, tetapi aku ada sebabnya  dan aku pasti jika aku memberitahu perkara itu seluruh dunia akan bersetuju. Baiklah, mungkin aku agak membesarkan untuk mengatakan ‘seluruh dunia’. Tidak, barangkali memperbesarkan. Pengalaman telah menunjukkan padaku dengan jelas dan tidak pernah berlaku pada orang lain yang seperti aku. Aku sangat penat sampai sekarang aku telah pengsan beribu kali sebelum menjustifikasikan atau menjelaskan sikap aku dan selalunya aku akan memenjarakan diri sendiri dan diam. Sebab itulah aku tidak menulis cerita tentang jenayah aku sehinggalah hari ini.  Tidak juga aku tahu, pada saat ini, sangat berguna untuk menjelaskan secara terperinci karakter aku berkenaan dengan pameran, tetapi aku takut, jika aku tak menjelaskannya, mereka fikir itu cuma tabiat buruk, tetapi sebenarnya disebabkan oleh sesuatu yang mendalam.

                Realitinya, ada banyak alasan, lebih daripada satu. Aku akan beritahu pertama sekali, aku benci kumpulan, sekta, persatuan, dan umumnya perkumpulan serangga yang bertemu disebabkan profesión, gaya atau stail hidup, atau hobi yang sama. Penggabungan itu mempunyai beberapa sifat yang menjijikkan: jenis-jenis yang berulang, jargón, megah diri merasakan lebih hebat dari orang lain.
                Aku perhatikan masalah itu semakin rumit, tetapi aku tidak melihat cara untuk mudahkan. Oh, kepada sesiapa yang ingin berhenti membaca pengisahan pada saat ini dia tak perlu bersusah payah; sekali lagi aku mahu dia tahu dia mempunyi keizinan yang mutlak.

                Apa yang aku maksudkan dengan ‘jenis-jenis yang berulang’? Boleh perasan yang tidak menyenangkan jika bertemu dengan sesiapa yang setiap masa mengenyit mata atau mengherot bibir mulut. Tetapi, cuba bayangkan jika semua individu seperti itu berkumpul di dalam kelab? Tidak perlu untuk sampai sejauh itu, namun begitu: cukup untuk memerhatikan keluarga yang besar, di mana berlakunya sikap tertentu, mimik muka tertentu, intonasi suara yang tertentu. Telah berlaku pada aku perasaan jatuh cinta terhadap seorang gadis (tak dikenali) dan aku melarikan diri ketakutan sebelum berpeluang bertemu dengan adik-beradiknya. Satu perkara yang mengerikan juga telah berlaku pada aku pada masa yang lain: aku menemui ciri-ciri yang sangat menarik pada seorang gadis, tetapi mengenali kakak dia membuatkanku tetap murung dan malu buat masa yang lama: ciri-ciri yang aku kagum pada gadis itu kelihatan berbeza dan asing pada kakaknya, sikap yang memalukan.

                Barangkali perkara seperti itu berlaku kerana aku seorang pelukis, kerana aku merasakan orang tak memberikan perhatian terhadap perbezaan dalam keluarga. Aku patut memberitahu sesuatu seperti itu berlaku padaku dengan para pelukis yang meniru seorang mahaguru, seperti bangsat yang meniru gaya Picasso.

                Apa pon, hal ini mengenai jargón, lagi satu sikap yang aku kurang mampu hadapi. Boleh perhatikan beberapa contoh ini: psikoanalisis, komunis, fasis dan wartawan. Tiada yang aku lebihkan, semuanya menjijikkan. Aku ambil contoh seperti apa yang berlaku pada aku: psikoanalisis. Doktor Prato ada bakat yang hebat dan aku fikir dia seorang sahabat, sehinggalah pada satu masa aku mengalami kekecewaan yang menyengat apabiln ada orang mengajak aku dan dia menyertai suatu kelompok. Pada satu hari, sebaik saja aku tiba di pejabat, Prato katakan yang dia perlu keluar dan mengajak aku berjalan bersamanya:

                “Ke mana?” Aku bertanya.

                “Ke perjumpaan Sociedad” dia menjawab.

                “Sociedad apa pula?” tanyaku dengan menyembunyikan ironi, memandangkan aku jengkel dengan cara itu bila menggunakan beberapa isitilah yang merasakan itu milik mereka: la Sociedad, untuk Sociedad Psicoanalítica; el Partido, untuk Partido Comunista; la Séptima, untuk Séptima Sinfonía de Beethoven.

                Dia memandang aku dengan pelik, tetapi aku tetap dengan wajah naif.

               “La Sociedad Psicoanalítica” dia menjawab sambil memandangku dengan mata yang tajam seperti seorang Freud, juga seperti dia tertanya-tanya <<kegilaan apa pula yang dia ingin mulakan kali ini?>>.

               Aku masih ingat lagi aku terbaca mengenai mesyuarat atau kongres yang dipengerusikan oleh doktor Bernard atau Bertrand. Dengan kepercayaan tak mungkin seperti itu, aku bertanyakan kepada Prato. Dia memandangku dengan senyuman sinis.      
                         
                “Mereka itu penipu” dia membalas. Cuma kami sociedad pscicoanalítica yang diiktiraf oleh dunia.
              
                Dia kembali menuju ke mejanya, mencari dalam sebuah laci lalu menunjukkan sebuah kad dalam bahsaa inggeris. Aku melihatnya dengan sopan.

                 “Aku tak tahu bahasa Inggeris” balasku.

                “Kad ini daripada Chicago. Ia memberikan pengesahan yang cuma kami merupakan sociedad de psicoanálisis di Argentina.

                Aku menunjukkan wajah dengan penuh hormat dan kagum.

                Kemudian kami keluar dan menaiki kenderaan menuju ke satu premis. Di sana ada ramai orang. Ada yang aku kenal namanya, seperti doktor Goldenberg, yang kebelakangan itu sangat terkenal: setelah merawat  seorang wanita yang diletakkan dalam hospital sakit jiwa. Wanita itu telah keluar. Aku perhatikannya dengan penuh perhatian, kelihatan lebih kurang sama sahaja seperti yang lain, mungkin sebab pengasingan aku dengan yang lain buatkan aku menjadi lebih tenang.  Dia memuji lukisan aku dengan cara yang aku mengerti yang mereka sangat benci lukisan itu.

                Semua kelihatan sangat elegan sehingga aku merasakan sangat malu dengan suit lamaku dan tampalan pada lutut. Walaupon begitu, perasaan meluat yang aku rasakan sukar untuk diterjemahkan. Dia (Goldenberg) membuat kesimpulan apabila seorang gadis yang sangat slim, sambal menghulurkan padaku sandwich, dia (gadis) berbincang dengan seorang lelaki yang dia tak faham mengenai ‘anal masochism’. Kemungkinan, perasaan itu disebabkan beza keupayaan antara perabot moden, kesempurnaan, kesesuaian, dan wanita dan lelaki sangat bijak mengeluarkan perkataan génito-urinarias.   
     
                Aku mencari sudut yang terpencil, tetapi gagal. Bangunan ini sesak dengan manusia yang sama yang asyik bercakap benda yang sama. Aku keluar menuju ke jalan. Aku menemui orang biasa (penjual surat khabar, budak, pemandu), tiba-tiba aku merasa gembira apabila bangunan itu penuh sesak.

                Naum begitu, perkumpulan yang aku benci terutama sekali para pelukis. Disebabkan, semestinya, kerana aku lebih mengenali mereka dan kau tahu seseorang boleh benci dengan sebab utama jika dia tahu dengan mendalam. Aku ada sebab yang lain: PENGKRITIK. Suatu plaga yang aku tidak akan pernah faham. Kalaulah aku seorang doktor bedah pakar dan seorang lelaki yang tak pernah mengendalikan skalpel, bukan doktor, tidak pernah mengaduh kaki seekor kucing, datang menerangkan kesalahan dalam pembedahan aku, apa yang kau fikir? Begitu jugalah dalam pelukisan. Apa yang anehnya, tidak ada yang perasan apa yang aku katakan tadi itu sama dan walaupon orang ketawa dengan perbandingan pembedahan itu, dia tetap mendengar dengan rasa hormat terhadap penyemu itu. Aku boleh mendengar dengan rasa hormat terhadap penyemu itu. Aku boleh mendengar dengan hormat kiritikan daripada orang yang pernah melukis, walaupon tidak lebih daripada lukisan biasa. Walaupon pada kes itu kelihatan tidak masuk akal, apa kamu rasa munasabah apabila seorang pelukis biasa-biasa beri nasihat kepada yang pakar?

Tuesday, September 1, 2015

Siri Corporate Scandal: Perwaja Steel Sdn Bhd (Part I)

Baru-baru ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan corporate scandal yang berlaku di dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), government-owned company, yang turut melibatkan beberapa syarikat agensi kerajaan yang lain. Kes ini mengingatkan aku kepada kajian yang baru aku selesaikan. 


Secara mudah, kajian aku timbul daripada pengamatan aku kepada masalah-masalah kejatuhan ekonomi lalu yang memberi kesan kepada Malaysia, contohnya pada 1973, 1985, 1997, dan 2007. Malaysia antara negara yang turut terjejas dek kejatuhan ekonomi tersebut, lantas memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia. Dan kajian aku adalah bagaimana untuk memastikan shareholders syarikat-syarikat tersebut diberi petanda awal berkenaan potensi untuk prestasi syarikat-syarikat tersebut yang akan terjejas dek kesan kejatuhan ekonomi melalui laporan tahunan yang dikeluarkan syarikat.

Tapi, terdapat juga faktor dalaman yang jarang dimaklumkan syarikat kepada umum melalui annual report yang dikeluarkan. Contohnya, masalah tadbir urus korporat (misconducts of corporate governance), kelemahan sistem kawalan dalaman (lack of internal control system).

Hakikatnya, factor terbesar kepada kejatuhan prestasi syarikat adalah masalah corporate governance yang berlaku – corporate scandals. Asal tulisan ini nak bentang Enron Corporation, salah satu contoh corporate scandal yang terbesar di dunia, tapi disebabkan aku baru sahaja selesaikan slides bagi presentation Case Study sekekap lagi, so alang-alang aku terus buat satu post sementara semua 15-20 academic articles dan journals tengah tepu dalam otak.

Sebagai pengenalan, skandal Perwaja Steel adalah antara skandal terbesar ketika zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Skandal ini juga mengambil masa yang sangat lama untuk disiasat. Daripada 1996 (Anti-Corruption Agency mulakan siasatan) sehingga 2007 (Eric Chia dilepaskan tuduhan setelah disabit kesalahan pada 2004)



Timeline Perwaja Steel
Asal Perwaja Steel adalah daripada Perwaja Terengganu Sdn. Bhd., sebuah JV antara HICOM (51%), Nippon Steel Corporation (30%), dan Kerajaan Negeri Terengganu (19%) yang ditubuhkan pada 1982. Bermula dengan paid-up capital sebanyak RM 250 juta dan RM 850 juta yang dipinjam daripada Japanese Export Bank (dijamin oleh Ministry of Finance). Dua kilang utama adalah di Kemaman (Terengganu) dan Gurun (Kedah). Namun, sejak awal lagi syarikat ini hadapi masalah. Antaranya, krisis komoditi – yang mengakibatkan kejatuhan harga komoditi seperti harga besi, appreciation nilai Yen, dan kejatuhan permintaan besi.

Sehingga 1988 sahaja, Perwaja sudah mencatatkan RM 1 bilion kerugian terkumpul (accumulated loss). Kesannya, pada 1989, Nippon Steel dan HICOM tarik diri sebagai shareholders Perwaja dan share mereka dibeli oleh MOF. Seterusnya, MOF pam duit sebanyak RM 250 juta ke dalam Perwaja. Pada 1990, Tun Mahathir telah melobi Eric Chia sehingga Eric dilantik menjadi Managing Director kepada Perwaja. Sebagai info tambahan, Eric juga adalah antara board member kepada HICOM dan pengasas EON. Pada tahun yang sama juga, syarikat ditukar kepada Perwaja Steel Sdn. Bhd.


Campurtangan MOF dalam Perwaja telah mengakibatkan Perwaja terpaksa ikut rapat dengan polisi kerajaan. Ahli Board of Directors (BOD) juga dilantik berdasarkan merit yang ditetapkan kerajaan.  Malah, tugas BOD dihadkan hanya untuk meluluskan apa-apa resolusi dan keputusan yang telah diputuskan oleh orang lain.

Tahun 1995 merupakan tahun di mana Eric meletakkan jawatannya sebagai MD. Namun, pada tahun tersebut mencatatkan accumulated loss sebanyak RM 2.985 bilion dan tanggungan liabiliti sebanyak RM 6.9 bilion. Kerugian yang besar ini menggerakkan Anti-Corruption Agency (ACA) untuk mulakan siasatan terhadap Perwaja pada 1996.

Pada 1997, sebagai langkah alternative untuk memulihkan Perwaja, MOF mencadangkan pelan privatitasi melalui pembelian 51% dari saham-saham Perwaja oleh Maju Holdings. Namun, pelan ini ditangguhakan sebentar oleh kerana Asian Financial Crisis yang berlaku ketika itu. Pelan ini diteruskan selepas itu dan selesai pada 2003. Pada 1997 juga, laporan dalaman syarikat melaporkan terdapat RM 967 juta yang dipindahkan ke syarikat Mah Sun (syarikat yang ada kait rapat dengan Eric Chan) tanpa pengesahan BOD. Terdapat juga RM 107 juta yang dipindahkan kepada syarikat Mah Sun tanpa sokongan mana-mana dokumen. Semunya berlaku ketika Perwaja dipimpin Eric, hanya berjaya dikesan pada 1997.

Pada 1999, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan ketika itu) mengumumkan dalam parlimen bahawa Perwaja sudah insolvent. Pada tahun yang sama, DSAI melaporkan kepada polis berkenaan keterlibatan Perdana Menteri, Tun Mahathir, di dalam skandal tersebut. Pada 2001, Datuk Ahmad Zaki Husin (Director of ACA) mengumumkan penemuan RM 76.4 juta yang dipindahkan ke akaun Swiss Bank.

Setelah tempoh yang lama siasatan dibuat, akhirnya Eric Chia ditangkap pada 2004 (tapi dibebaskan daripada tuduhan pada 2007). Pada 2006, Perwaja menjadi subsidiary kepada Kinsteel Berhad (dengan memegang 51% saham syarikat). Pada 2008, Perwaja ditukar nama kepada Perwaja Holdings Berhad dan menjadi IPO di dalam Bursa Saham Main Board.

Namun, prestasi Perwaja sukar untuk ditingkatkan. Kini, semenjak 2013, Perwaja di letakkan di bawah Practice Note 7 (PN-7), label yang diletakkan oleh Bursa Malaysia kepada listed companies untuk diurus dan dijaga dengan intensif – kerana sudah menghampiri keadaan bankrup.


Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik Perwaja Steel Sdn. Bhd. ketika diurus oleh Eric Chia? Nantikan pada Part II nanti. Chow. Nak gi present Case Study. Bai. 

Saturday, August 15, 2015

El Túnel

Assalamualaikum. Sekadar ingin berkongi terjemahan sebuah buku bahasa Sepanyol El Túnel ( Terowong). Insyaallah akan dikongsikan dalam banyak siri, mungkin setiap minggu akan diupdatekan. Selamat membaca!!


… bagaimanapon, di sana ada sebuah terowong, gelap dan sunyi: itulah kepunyaanku.



1

Sudah cukup untuk panggil aku Juan Pablo Castel, seorang pelukis yang telah membunuh María Iribarne; aku menjangkakan perbicaraan itu dalam pengetahuan semua orang dan tidak perlu penjelasan secara panjang lebar siapa aku.

Sedangkan iblis juga tidak mengetahui apa yang manusia ingat dan kenapa. Sebenarnya, aku selalu memikirkan memori kolektif itu tidak wujud, mungkin itu satu cara manusia untuk mempertahankan dirinya. Ungkapan “apa yang telah berlaku semuanya baik” tidak menunjukkan apa yang telah berlaku ada keburukan, tetapi  -kebahagiaan- manusia menyingkirkan kebahagian itu dalam kealpaan. Semestinya ungkapan seperti tadi tiada maknanya; aku dikenali sebagai seorang yang mengingati perkara-perkara buruk dan aku boleh ungkapkan “apa yang telah berlaku semuanya buruk” jikalau bukan kerana keadaan sekarang aku kelihatan lebih teruk seperti masa dulu; aku teringat begitu banyak kecelakaan, wajah sinikal dan kejam, perbuatan jahat, memori dan kenangan bagiku merupakan cahaya yang kelam yang menerangi dengan jijik galeri yang memalukan. Sudah berapa kali aku dihancurkan pada masa itu, di sudut studio yang gelap, setelah aku membaca berita di seksyen polis! Tetapi kebenaran bukanlah sesuatu yang sangat memalukan bagi manusia; sehingga ke suatu titik, penjenayah merupakan manusia yang lebih baik, lebih tenang; aku tidak menyatakan itu kerana aku telah membunuh seseorang; pengakuan yang jujur dan penuh perasaan. Manusia itu merosakkan? ……………………… Aku memanggilnya perbuatan yang baik. Fikirkan berapa banyak keburukan kepada masyarakat jika manusia itu tetap menyebarkan racunnya, dan berbanding menghapuskannya, kau ingin menentang tindakannya dengan menggunakan anonymos, slander dan pelbagai cara keji yang sama.  Setahu aku, aku patut mengaku bahawa aku sekarang menyesal tidak mengambil kesempatan melakukan perkara yang lebih baik semasa aku bebas, menghapuskan 6 atau 7 orang yang aku kenali.

Dunia ini kejam, tidak perlu untuk aku tunjukkan. Sudah mencukupi satu insiden untuk membuktikannya. Di kem tahanan, seorang bekas pemain piano mengadu kelaparan dan kemudian dia dipaksa untuk memakan seekor tikus, dia terselamat.

Bukan itu sebenarnya, tetapi, aku ingin menyebutkan sekarang; aku akan memberitahu kemudian, jika ada kesempatan, sesuatu yang lebih penting daripada tikus.




2

            Seperti yang aku katakan, nama aku Juan Pablo Castel. Mereka mungkin tertanya-tanya apa yang menggerakkan aku untuk menulis peristiwa jenayah yang aku lakukan (aku tidak tahu jika aku mengatakan yang aku akan menceritakan jenayah yang aku lakukan) dan yang paling penting, untuk mencari seorang editor. Aku memahami dengan baik jiwa manusia untuk menjangkakan yang mereka akan memikirkan perkara yang megah. Mereka fikir apa yang mereka mahu: aku tidak peduli; tidak lama dahulu, aku sangat mengambil perhatian terhadap pendapat dan anggapan mereka. Aku menjangkakan aku menerbitkan kisah ini dengan kemegahan. Penghujungnya aku hanyalah manusia yang diciptakan daripada daging, tulang, rambut dan kuku seperti manusia yang lain dan aku merasakan tidak adil untuk meminta dari aku, kerana aku, kebolehan istimewa; seseorang kadang-kadang merasakan dia ´superhuman´, sehingga diberi peringatan bahawa itu sengsara, kotor dan khianat. Tentang kemegahan, aku tidak mengatakan apa-apa: aku fikir tidak ada sesiapa yang mempunyai kekurangan dalam keinginan yang luar biasa pada Proses Manusia. Pemuda-pemuda merendahkan diri itu atau pemuda gaya seperti mereka membuatkan aku ketawa; jawapanku: mudah untuk menjadi sederhana apabila menjadi seorang yang terkenal; maksud aku untuk kelihatan sederhana. 

             Walaupon kelihatan mustahil untuk dibayangkan, jikalau dijumpai pon ianya dalam keadaan sangat licik dan penuh kepura-puraan: kemegahan dalam kesederhanaan. Sudah berapa kali aku bertemu dengan individu seperti itu! Termasuk manusia, nyata dan simbolik, seperti Cristo, mengeluarkan kata-kata dengan kemegahan ataupon paling kurang dengan penuh riak. Kemegahan boleh dijumpai pada tempat yang tidak dijangka: pada sisi kebaikan, pengorbanan, kemurahan hati. Apabila aku masih kanak-kanak, aku berang dengan kenyataan bahawa ibuku akan mati suatu hari nanti (sampai suatu masa, kau akan mengetahui bahawa kematian itu bukan sahaja dapat diharungi tetapi juga menenangkan), aku tidak terfikir bahawa ibuku akan mengalami kecacatan. Aku patut katakan bahawa bagus untuk menjadi orang. Aku masih ingat, pada hari-hari pengakhiran ibuku, ketika aku masih muda, bagaimana pada mulanya aku menyesal mencari dibawah perbuatan licik kepada kemegahan atau kebanggaan. Sesuatu yang berlaku padaku apabila mereka membedah ibuku. Untuk tiba tepat pada masanya, aku mesti menempuh perjalanan selama 2 hari tanpa tidur. Apabila aku di sisi katil ibuku, wajahnya yang pucat lesu itu tersenyum padaku, dengan penuh kelembutan, lalu berbisik kepadaku untuk memohon maaf (ibuku memohon maaf atas kepenatanku!). Aku merasakan dalam jiwaku , secara samar-samar kemegahan itu berlalu pergi. Aku menceritakan rahsia ini agar aku beringat bahawa aku bukanlah lebih baik daripada orang lain.

                 Walaubagaimanapon aku tidak mengaitkan kisah ini untuk kemegahan. Berharap agar bersedia untuk menerima jika di sana terdapat sedikit kemegahan dan kebanggaan. Tetapi, mengapa ada keinginan untuk mencari kemunasabahan atas segala perbuatan dalam kehidupan? Apabila aku memulakan untuk bercerita, aku menggenggam dengan erat untuk tidak menjelaskan dalam apa jua bentuk penerangan. Aku ada keinginan untuk menceritakan kisah jenayah yang aku lakukan dan ianya tamat begitu sahaja: pada sesiapa yang tidak suka, tidak perlu baca. Walaupun aku tidak fikir begitu, kerana secara sebenarnya orang yang sentiasa menginginkan penjelasan orang yang lebih mengambil tahu dan aku fikir tidak ada sesiapa dikalangan mereka akan kehilangan kesempatan untuk membaca sejarah jenayah ini sehingga ke penghujung.
Aku akan simpan motif yang menyebabkan aku menulis kertas-kertas pengakuan ini; memandangkan aku tidak berkeinginan untuk menunjukkan keganjilan, aku akan memberitahu bahawa semua agak ringkas: aku harap agar dapat dibaca oleh ramai orang, memandangkan aku masyhur; meskipun aku tidak punyai gambaran yang jelas mengenai manusia secara am dan pembaca muka surat ini khususnya, aku diberi semangat oleh sedikit pengharapan jika ada seseorang yang mampu memahami aku. WALAUPON HANYA SEORANG SAHAJA.

                 <<Kenapa? –boleh bertanya kepada sesiapa- Cuma harapan yang tipis agar manuskrip ini akan dibaca oleh ramai orang?>>  Aku rasakan itu soalan bodoh. Namun begitu, perlu untuk menjangkakannya, kerana manusia secara berterusan akan menanyakan soalan bodoh. Aku boleh bercakap sehingga kepenatan dan menjerit dihadapan perhimpunan 100 000 orang Rusia: tiada siapa akan faham aku. Apa mereka akan beri perhatian apa yang ingin aku katakan?

Di sana wujud seorang manusia yang mampu memahamiku. Tetapi itu dahulu, secara tepatnya, aku telah membunuh orang itu. 

Monday, May 11, 2015

Apabila Demo Menjadi Terlalu Cool.

1 Mei 2015 adalah hari yang bersejarah bukan sahaja kerana pada tarikh itu adalah Hari Pekerja, tetapi pada hari itu adalah hari dimana rakyat Malaysia berpesta demokrasi; turun ke jalan raya menyatakan bantahan terhadap cukai yang baru diperkenalkan, cukai GST. Kebanyakan dari kalangan rakyat Malaysia sudah muak mendengar penjelasan Menteri Cerdik 3.85 berkenaan GST, yang sudah sebulan dilaksanakan, oleh itu rakyat Malaysia tidak terlepas bersama-sama turun ke jalan raya, menggunakan hak yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10. Walaupun demonstrasi sudah menjadi budaya rakyat Malaysia, tetapi apabila demonstrasi sudah menjadi terlalu popular dan menjadi ikutan semua, ada beberapa perkara yang menjadi jelik dan kaedah demonstrasi jalanan perlu dikaji semula.


Demonstrasi tidak lagi berkesan?

Keberkesanan suatu gerakan politik itu sering menjadi persoalan. Dan sudut keberkesanan hasil daripada gerakan politik itu juga menjadi sebuah lagi persoalan. Kesan daripada suatu tindakan itu tidak biasa diterjemah secara jelas tetapi kesan jangka masa panjang, yakni kesan pada masa hadapan tidak boleh kita tentukan melainkan menjangka sahaja.

Kesan reaksi atau kesan segera hasil daripada gerakan politik rakyat, boleh dilihat dalam masa sebulan atau dua bulan. Contohnya pada Oktober 2014, kerajaan Hungary telah menarik balik cukai internet yang dikenakan keatas rakyatnya dalam masa 10 hari selepas protes besar-besaran telah terjadi dalam masa 10 hari itu. Ini didorong oleh kesungguhan rakyatnya membantah dan berhimpun secara aman. Selain itu, ada juga gerakan politik rakyat hanya dapat dilihat kesannya setelah berjuang berpuluh tahun contohnya saat ISA dimansuhkan (walaupun diganti dengan satu lagi akta zalim). Akta zalim ini dimansuhkan setelah rakyat berjuang lebih daripada 40 tahun dan lebih daripada 30 ribu orang telah menjadi mangsa kepada akta zalim ini.

Dalam konteks perbincangan artikel ini, tiada sebarang tanda bahawa cukai ini bakal ditarik balik dan dibatalkan dalam masa terdekat. Walaupun cukai ini dikritik hebat dan menteri yang bertanggung-jawab untuk memberi penerangan kepada rakyat di’tibai’ teruk oleh orang ramai, namun Perdana Menteri (PM) tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa cukai ini bakal dibatalkan. Di dalam situasi ini, penggerak politik rakyat sama ada parti politik pembangkang, badan-badan NGO, para artis mahupun ahli perti kerajaan yang tidak menyokong cukai ini berada di persimpangan. Simpang pertama adalah meneruskan gerakan politik menentang cukai ini dengan cara yang sama; berdemonstrasi, simpang kedua; meneruskan agenda pembatalan GST namun menggunakan cara yang lebih berdiplomasi ataupun memilih simpang ketiga; membatalkan perjuangan menentang cukai ini. Perkara ini adalah penting kerana keputusan yang bakal diambil akan melibatkan perlbagai pihak. Walau bagaimana pun, pilih lah keputusan yang paling berhikmah dan bijaksana.

Demonstran-demonstran adalah pengotor?

Hasil daripada penyertaan saya pada 1 Mei yang lepas saya dapati para demonstran menjadi semakin kotor. Sewaktu pertama kali menyertai perhimpunan pada 2011, salah satu sebab mengapa saya hampir menjadi demonstran yang tegar adalah kerana sikap dan akhlak pada demonstran ketika itu dalam menjaga kebersihan. Walaupun ketika itu, kebanyakan perhimpunan jalanraya tidak mendapat layanan yang sebagai mana pada hari ini, tetapi para demonstran tetap menjaga kebersihan jalanraya selepas acara walaupun ditibai teruk oleh anggota polis dan FRU.

Namun begitu, pada 1 Mei lepas, suasana selepas demo sangat lah  meloyakan. Pertama kerana keadaan jalanraya selepas persuraian para demonstran kelihatan tempat perhimpuanan dipenuhi oleh pelbagai sampah-sarap dan botol kosong. Jikalau, pada 2011, sekumpulan demonstran sendiri akan mengumpul sampah-sarap dan mengembalikan keadaan asal jalan tersebut. Dan jikalau di luar negara, mereka tidak akan membuang sampah merata-rata sebalik sampah mereka sendiri akan mereka simpan sehingga tamat acara dan buang di tempat yang sepatutnya. Namun memandangkan Malaysia masih lagi di dalam kategori negara “infrastruktur kelas pertama, mentality kelas ketiga”, ini bukan lah sesuatu yang menghairankan. Tetapi tidak dinafikan, walaupun acara demonstrasi itu adalah mengamalkan kebebasan dan semangat demokrasi yang baik sebagaimana negara-negara kelas pertama, tetapi mentality dan sikap itu juga perlu seiring seperti negara kelas pertama.

Kisah kumpulan yang tersalah tarikh.

Pada 1 Mei itu, perhimpuanan anti-GST itu juga tercemar akibat penglibatan kumpulan-kumpulan yang tersalah tarikh berhimpun. Perhimpunan mereka sebenarnya bukan pada tarikh 1 Mei itu, tetapi mereka dating juga kerana tersalah melihat tarikh. Yang pertama adalah Kumpulan Bertopeng Anarkis yang membuat kacau dan mencacatkan perjalanan acara tersebut. Mereka bukan sahaja membawa mesej yang berbeza tetapi mereka menimbulkan huru-hara dengan melaungkan slogan anti-kerajaan dan revolusi malah mereka meletupkan beberapa mercun  bola (konon-kononnya grenade lah tu) dan menyalakan suar. Selain kumpulan anarkis yang bertopeng itu, satu lagi kumpulan yang saya kira tersalah tarikh perhimpuanan adalah kumpulan #KitaLawan. Acara rakyat tidak seharusnya disamakan dengan acara pemujaan pemimpin. Himpunan Anti-GST adalah acara rakyat, agenda-agenda selain daripada maksud perhimpunan tidak seharusnya dicampurkan ke dalam perhimpunan itu.


Sebagai pengakhiran, demonstrasi adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Setiap rakyat berhak untuk menyuarakan pendapat dan berhimpun secara aman mengikut garis demokrasi yang betul. Perhimpunan 1 Mei yang lepas disusuli dengan penahanan besar-besaran oleh pihak polis dibawah pelbagai akta walaupun Menteri KDN berkata ingin tangkap kumpulan anarkis. Apa yang pasti ini adalah proses yang biasa bagi negara yang masih muda cuba untuk memerintah sendiri. Proses pembinaan negara-bangsa ini adalah ibarat membuat roti; acuan tepung, air dan mentega haruslah sebati baru lah boleh menjadi roti. Malaysia masih di dalam proses acuan tersebut.

Sung Muhamad, 11/5/2015
Cyebrjaya.

Tuesday, February 10, 2015

Tertawan di Medan Kongres



Keris Mas merupakan salah seorang Sasterawan Negara daripada 12 orang kesemuanya. Keris Mas ialah penerima pertama untuk anugerah tersebut. Nama sebenar beliau ialah Kamaludian Muhammad. Dilahirkan pada 10 Jun 1922, dalam sebuah keluarga di Kampung Ketari, Bentong Pahang dan mendapat pelajaran dalam bidang keagaam di Sumatera. Beliau pernah terlibat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Utusan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau bergelumang dalam bidang kesusasteraan selama 40 tahun lamanya. Karya beliau kebanyakannya dalam bentuk cerpen dan novel. Keris Mas pernah menyatakan “Penulis (muda) menyedari hakikat  bahawa hasil kesusateraan itu ialah buah dari hubungan yang langsung antara pengarang dan masyarakat; bahawa pengarang dan masyarakat pada hukumnya beri memberi”. Di sini saya membawakan salah satu daripada cerpen-cerpen Keris Mas yang bertajuk ‘Tertawan di Medan Kongres’. Semoga kita beroleh manfaat dan sedikit semangat yang ingin beliau sampaikan.

Dua sejoli di dalam kereta api kelas tiga yang bertolak dari Kuala Lumpur ke Singapura pukul 6.30 tanggal 26 bulan Disember kelihatan sedang asyik memandang temasya lampu-lampu gemerlapan yang bertaburan jauh sampai ke lembah-lembah lombong yang banyak di kiri kanan jalan.

Kereta api melancar dengan derasnya melalui daerah bijih yang masyhur sekali di negeri Selangor. Senja sedang bermaharajalela menyelubungi alam yang permai dan udara di dalam kereta api tidak begitu sihat yang menyebabkan penumpang-penumpang gelisah dan membuang pandangan jauh ke luar.

“Alangkah indahnya lombong-lombong itu kanda – penuh dengan lampu-lampu yang permai.”

“ Ya, negeri kita memang indah dan permai dinda.”

“Tetapi sayangnya keindahan dan kepermaian itu hanya untuk orang lain sahaja,” kata seorang penumpang yang duduk pada bangku yang di hadapan mereka. “Kita juga telah beruntung dapat melihat keindahan itu dengan adanya orang-orang lain itu memajukan negeri kita,” kata pemuda itu memotong dengan tidak mengalih pandangannya.

Tetapi bagaimana pula perasaan kita jika melihat kesengsaraan bangsa kita sendiri yang menjadi kuli-kuli di bawah keindahan dan keuntungan orang lain itu ….”

Kereta api melancar terus menembus udara malam yang sejuk. Perbualan dan percakapan di dalamnya terus juga sambung bersambung dari satu segi ke segi yang lain.

Fajar menyinsing dan pagi telah menjelma. Tambak Johor telah dilalui dan tidak berapa lama lagi sampailah ke hujung perjalanan. Perhentian Singapura telah menanti.

“Tuan bertujuan ke mana,” kata pemuda kawan gadis dua sejoli itu.

“Saya hendak ke kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya.”

“Oh, saya ada dengar perkara kongres itu. Jadi tuan ini menjadi wakil?”

“Ya, wakil dari utara.”
“Saya telah banyak menerima fikiran yang baik-baik dari tuan dalam perbualan kita malam tadi dan saya sangat tertarik kepada fikiran-fikiran itu yang semuanya masih baharu kepada saya. Bolehkah saya berkenalan?”

“Kenapa tidak – saya Abdullah dari utara Perak.”

“ Terima kasih – dan saya Affandi penuntut di Raffles College - saudari ini Nor Habibah dari raffles College juga.”

“Kalau begitu saya beruntung sekali boleh berkenal-kenalan dengan pemuda pemudi terpelajar bakal pemimpin-pemimpin kita masa akan datang …”

Beberapa hari telah berlalu – Affandi dan Habibah sedang bertekun kembali dalam pelajaran sementara kongres pun telah selesai dengan meninggalkan kesan-kesan baharu kepada jiwa bangsa Melayu dari segala peringkat.

Affandi dan Habibah menerima juga kesan-kesan itu yang dengan diam-diam telah mempengaruhi kehidupan mereka, kehidupan yang bahagia yang penuh riang gembira dalam perpaduan cinta kasih yang telah lama tersimpul antara dua jiwa muda remaja itu.

Kesan itu pada dua tiga hari yang akhir ini kelihatan semakin nyata. Jika dahulu Affandi popular kerana ramah-tamah serta riang gembiranya sekarang ia kelihatan suka duduk termenung dan berfikir. Jika dahulu orang melihat Affandi dan Habibah tidak pernah bercerai umpama tubuh dengan bayangan maka sekarang orang bertanya-tanya di dalam hati kenapa dua sejoli itu tidak ramah dan mesra lagi.

Habibah sendiri di dalam hatinya telas berasa bahawa bahtera cinta di dalam jiwa Affandi tempat ia menumpnagkan kasih sayangnya selama ini, sekarang sedang dilamun ombak gelombang.

Alangkah dahsyatnya taufan ini. Taufan yang bergulung dalam sanubari gadis muda remaja. Ngeri, sesungguhnya ia berasa ngeri kalau bahtera kasih sayang yang telah lama dilayarkannya bersama Affandi itu akan hancur lebur dilanggar gelombang. Gadis remaja zaman sekarang yang mendapat pelajaran tinggi dan meminum didikan Barat seratus peratus semenjak dari kecilnya hanya mempunyai angan-angan akan lekas sampai ke pantai bahagia, hidup rukun dan damai, aman dan makmur penuh kelazatan dan kemewahan.

Bertahun-tahun sudah lamnya berdayung riang gembira di atas permukaan lautan cinta bersama-sama Affandi menuju pulau bahagia yang indah permai. Ia sudah mempunyai keyakinan penuh cita-citanya akan tetap tercapai dengan Affandi yang menjadi bintang di atas cakerawal angan-angannya itu. Affandi nanti akan mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat, akan berpangkat dan bergaji besar.

Itulah gambaran jiwa Habibah selama ini dan itulah gambaran pulau yang dicita-citakannya.

Akan tetapi alam rupanya tidak selalu tinggal diam dan tetap. Ia selagi bernama alam akan terus-menerus menerima perubahan-perubahan dari satu masa ke satu masa. Orang yang tidak suka mengikut perubahan ini akan dilanggar olehnya hancur dan lebur.

Affandi sendiri belum pernah mengetahui dengan jelas akan corak-corak masyarakat bangsanya yang telah banyak berubah dalam satu dua tahun yang akhir ini. Tetapi sekarang ia sudah mula insaf akan adanya perubahan itu.

Setelah menerima banyak fikiran dari seorang yang baharu dikenalnya dalam kereta api beberapa hari yang lalu ia diam-diam telah pergi menghadiri rapat umum pembukaan kongres itu.

Kembali dari sana ia mulai termenung. Ia sudah dapat mengetahui bahawa bangsanya sekarang telah merancangkan banyak pekerjaan yang besar untuk kepentingan bangsa dan tanah air. Tetapi bukanlah ia terpengaruh semata-mata oleh jalan perjuangan yang sama sekali telah terlalu hebat dan tinggi yang dalam pandangan bangsa lain tidak boleh diberi muka itu. Apa yang betul-betul telah menarik perhatiannya ialah pidato seorang gadis sebagai wakil pemuda dalam kongres tersebut yang betul-betul dirasanya tertuju kepada dirinya sendiri.

“Saudara-saudara kita pemuda di kampung dan di desa-desa sekarang telah siap sedia dengan semangat dan keyakinan yang teguh berkobar-kobar menunggu datangnya saat panggilan ibu pertiwi untuk berkorban kerana kepentingan kita semua – tetapi kita di sini pemuda-pemuda di kota besar, pemuda terpelajar dan berpandangan luas masih lagi tinggal diam, tenggelam dalam angan-angan yang besar-besar dan jauh untuk kepentingan diri sendiri.” Demikianlah di antara lain-lain wakil pemuda itu memberi ucapan, satu ucapan yang terhambur dari bibir seorang gadis.

Affandi di dalam permenungannya terkenang pada ucapan yang bernas itu dan ia merasa sedikit demi sedikit jiwa dan semangatnya telah tertawan, tertawan di medan kongres oleh ucapan seorang gadis desa yang gagah dan jelita.

Alangkah besar minatnya kalau pemuda-pemuda terpelajar bangsanya boleh bersama-sama dia menyahut seruan pemuda di medan kongres itu. Dan alangkah bertambah kasih sayang berpada jikalau Habibah juga dapat memahami cita-citanya itu.

Tetapi tidak selalu apa yang diinginkan manusia itu dapat tercapai dan sebaliknya tiap-tiap cita-cita menghendaki pengorbanan.

Habibah tidak dapat lagi menurutkan aliran kesedaran jiwa Affandi yang semakin hari semakin besar. Ia tetap pada angan-angan bermula akan menuju kelazatan dan kemewahan hidup semta-mata.

Ia tidak hendak menurut aliran masa, tidak mahu mengalah pada perubahan alam. Sebab itu ia hancur dan lebur, hati dan jiwanya telah patah untuk menghadapi masa yang akan datang kerana cintanya putus di tengah jalan.

Sementara Affandi jalan terus dengan cita-citanya, menghadapi zaman perjuangan dan kebangunan bangsa Melayu dengan pengorbanan oertama merenggutkan akar cinta dari sukmanya.
                                                                                                         
                                                                                                                                                                 Utusan Zaman, 11 Januari 1948