Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, April 19, 2008

Studython I 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam post ni, ana nak ceritakan pengalaman di Mersing ketika Studython pada 11-13 April yang lalu. Sorila kalau ana cerita lambat sangat. Huhu.

Dalam Studython I ni, tiga sekolah telah bertanding.
MRSM Mersing (tuan rumah)
MRSM Kuala Klawang (dari Negeri Sembilan)
dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (sekolahku sayang)

Guru pengiring kami ialah Ustaz Iswan, Ustazah Kartini, Ustazah Shamtidar dan Ustazah Zanariah. Setiap sekolah ada 4 guru pengiring kot.

11 April 2008

Pada jam 11 lebih, peserta-peserta dari SMIH yang pergi ke Studython I keluar dari kelas masing-masing dan mula mengangkat beg ke pondok bas. Sebelum bertolak, kami (banat) sempat mengambil beberapa gambar beramai-ramai. Tak taula banin amik gamba juga ke tak.
Oleh kerana bas lambat sampai, kami makan terlebih dahulu. Alhamdulillah, makanan sangat sedap. Tidak lama kemudian, bas pun sampai. (ana punye nasi tak sempat habis T-T)
Dalam perjalanan, bas berhenti di sebuah Masjid sebab banin dan pemandu bas mahu menunaikan solat Jumaat. Setelah kesemua rijal keluar dari bas, kami banat-banat mengambil peluang ini untuk menyambut hari lahir Najwa. Best sangat! Semua happy-happy ;). Sedap dapat makan kek coklat ;p. (Kek tu sekarang dah naik harga. Dari RM10 kepada RM11. Harga ini terhad untuk pelajar-pelajar sekolah sahaja).

Setelah beberapa jam berlalu, kami pun tiba di Teratak Buana. Ketika itu, hanya sekolah kami sahaja yang dah sampai. Kemudian, kami banat-banat menunaikan solat Zohor di sebuah surau. Selesai menunaikan solat Zohor, kami sempat mempelajari Sejarah bab 4 memandangkan kami belum habis belajar bab itu. Tetapi, kami tidak dapat menghabiskan pembelajaran itu kerana beberapa minit kemudian, pelajar-pelajar dari MRSM Mersing tiba di situ. Kami pun saling berkenal-kenalan. Kemudian, pelajar-pelajar dari MRSM Kuala Klawang pula tiba di situ.

Selesai pendaftaran, kami semua bergerak ke dorm masing-masing. Kemudian, kami makan (btol eh? tak ingat ar). Selesai makan, semua peserta masuk ke dalam dewan untuk sesi perasmian. OKla. Pastu ana tak ingat dah apa yang terjadi. Peristiwa ini tersimpan di dalam short-term memory.

Malam tu, kami semua duduk dalam kumpulan studygroup bagi Tutorial Matematik 1. By the way, kami agak terkejutla sebab kumpulan studygroup ni dia campur lelaki dan perempuan. Dalam kumpulan ana (G25), ade 2 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan termasuk ana. 2 orang pelajar MRSM Mersing, 2 orang pelajar MRSM Kuala Klawang dan seorang pelajar SMIH.
Back to the topic. Dalam tutorial ni, kami buat soalan-soalan Algebraic Expression III. Soalan-soalan tutorial itu agak mencabar minda. Mula-mula, kami berbincang bersama-sama di dalam satu kumpulan. Kemudian, seorang pergi ke kumpulan lain. Pastu, ana pula pergi kumpulan lain. Semua nak pergi kat kumpulan kawan-kawan dia. Tidak lama kemudian, kami bersatu kembali (cewaah). Kemudian, kami berpecah lagi. Dan kemudian kami bersatu kembali dan akhirnya, kami semua berpecah. Haha. Semua macam tak suka duduk dalam kumpulan.
Kemudian, waktu makan malam. Oh, pergi Studython ni memang sangat kenyang. Selang satu program, makan. Selang satu program lagi, makan lagi. Memang tiada seorang pun yang mengadu kelaparan di situ. Mengadu kekenyangan adela kot ;p
Kemudian, kami semua masuk tidur.


12 April 2008

Pagi itu, waktu Riadhah memang best la. Peserta-peserta lelaki riadhah di tepi pantai manakala kami yang perempuan riadhah di tepi dewan. Peserta-peserta perempuan buat aerobic yang dinamakan Pocho-pocho Ayumi. Huhu. Sangatlah best. Mula-mula kami buat step Ayumi. Ayumi ni adalah sesuatu pergerakan yang selalu dilakukan oleh Ayumi Hamasaki sebelum memulakan konsertnya. Pergerakan ni ikut rentak lagu Ayumi Hamasaki yang bertajuk Trauma. (cheh, kantol tau!). Nak tengok camne step2 dia? Klik sini. Kemudian, buat pocho-pocho pula. Kemudian, buat pergerakan "cuci baju" dan buat lagu katak pula. Best gak ;)

Selesai Riadhah, waktu sarapan. Kemudian, waktu untuk Tutorial Matematik 2 pula. Kali ini, kami menjawab soalan-soalan Algebraic Formulae pula. Soalan ni lagila mencabar. Soalannya agak banyak dan ana tak sempat untuk habiskan soalan-soalannya.

Tibalah masa untuk Ujian Matematik. Waaah, soalannya macam senang. Ana pon jawabla selambe je. Skali, tengok-tengok, banyak jugak yang ana salah. Kecuaian. Soalan nombor 1 pun dah salah. Tak nak cam sedih lak an.

Selesai ujian Matematik, kami semua makan lagi. Kemudian, waktu Science Tutorial 1 pula. Dalam tutorial ni, kami jawab soalan-soalan tentang chapter 4. Oleh kerana buku teks yang digunakan oleh orang Johor dan orang Negeri Sembilan adalah berbeza, jadi, banyaklah jawapan yang kami dapat. Tak tau mane satu yang betul. Selepas tutorial tu, ketua kumpulan ana cadang untuk ambil gambar kumpulan. Tetapi, masa tidak mengizinkan. Kweng kweng kweng~

Masa Tutorial Science 2, kami jawab soalan-soalan chapter 3. Kumpulan ana ngan kumpulan Aisyah Nurhuda (ana tak ingat dia kumpulan berapa) bergabung. Waktu tu rasa happy sangat. Ada jugakla partner. Hoho. OKla. Pastu, Ujian Science pula.
Waktu ujian tu, ana rase segan sangat sebab ana duduk depan sekali, pastu belakang ana semua budak lelaki. Kirenye macam kat barisan budak lelaki, tetibe ana sesat kat situ ar. Ujian science tu, takdela senang sangat. Dan, orang yang menanda kertas ana salah kira T-T.

Petang itu, peserta-peserta perempuan beriadhah di tepi pantai. Ada yang ajak ana main bola tampar tapi ana tak reti. Jadi, ana tengok jela mereka main. Hehe. Tidak lama kemudian, kelihatan peserta-peserta lelaki pergi kat tepi pantai tu jugak. Agak jelesla tengok mereka dapat main-main air pantai tu.
Kemudian, ana, Aliya Adzlan dan Haziqah berbual-bual dengan tiga orang pelajar dari MRSM Mersing. Banyak jugakla bende yang kami bualkan. Best sangat! Yang paling ana ingat, sambil berbual-bual tu, Zulaikha (salah seorang dari 3 orang tu) dan Aliya Adzlan berjaya mengorek dan menghasilkan lubang yang takdela dalam sangat pun di tepi pantai itu. Haha. Best. Kemudian, kami mengambil gambar bersama :)

Malam itu, tibalah masa untuk Tutorial Sejarah. Sambil jawab, sambil bincang dan sambil tengok buku. Memang banyak betul soalan-soalannya. Selesai menjawab kesemua soalan, ada yang pergi jalan-jalan dan ada yang baca buku (macam ana. eceeh ;p). Kemudian, kami makan. Selepas itu, tibalah masa untuk Ujian Sejarah. Waktu ujian ni, ana rasa mengantuk sangat! Jawab soalan pun macam dah tak berdaya lagi. Sikit lagi nak tertidur waktu menjawab soalan tu. Dah habis jawab soalan, disebabkan ana dah tak tahan lagi, ana pun landing kat meja tu. Hehe. Ramai lagi yang tidur waktu tu. Oleh kerana guru-guru melihat ramai yang sudah tidur, jadi, waktu tamat ujian dipercepatkan.

Selesai ujian, kami makan BBQ dan kami juga diberikan sepotong kek. BBQ itu sangat sedap kerana ia masih panas. Seorang dapat dua ketul ayam. Memang sangat kenyang. Dan kek yang diberikan itu juga teramat enak! Aaah, sangat kenyang. Kemudian, semua masuk dalam dorm masing-masing. Ada yang belajar Geografi dan ada yang terus tidur.


13 April 2008

Hari terakhir Studython I Form 3 2008. Pagi tu, semua peserta, lelaki dan perempuan beriadhah di tepi pantai. Kami semua buat pergerakan Pocho-pocho Ayumi. Pergerakan ni banyak gerak kaki dan agak penat. Tapi best. Hehe. Kemudian, kami semua bersarapan. Pastu, masa untuk tutorial Geografi pula.

Waktu Tutorial Geografi 1, kami jawab soalan-soalan bagi bab 11-13. Soalannya agak sukar dan sangat banyak. Di dalam Tutorial Geografi 2 pula, kami jawab soalan-soalan bagi bab 14-16. Soalannya yang agak sukar dan sangat banyak menyebabkan ramai peserta yang tidak dapat menghabiskan soalan tutorial itu. Kemudian, masa untuk Ujian Geografi. Ujian ini agak sukar sebab tak dapat ingat banyak fakta. Huuu~

Selepas ujian, tibalah masa untuk penutup.
Sebelum nama para peserta yang berjaya diumumkan, pengerusi majlis (Abang Khairul) menjemput wakil dari SMIH untuk buat persembahan. Maka, Shairie dan Fatah pun menuju ke depan dengan gagahnya. (ceh, suke hati je buat ayat). Ana tak tau tajuk nasyid yang mereka nyanyi tapi nasyid tu sedap. Antara nasyid yang Najahan nyanyi waktu Ihtifal.
Kemudian, nama pemenang diumumkan. Tahniah kepada Taufiq, Mujahid dan Raden Muaz yang berjaya dapat top 20. Dan Alhamdulillah, kumpulan ana berjaya dapat top 10 ;)


Selesai majlis penutup, kami semua makan dan menunaikan solat Zohor. Selepas itu, kami balik ke dorm dan berkemas. Kemudian, kami semua bersalam dengan guru-guru dan menaiki bas. Dalam bas, banat-banat di belakang agak bising. Hoho~ walaupun ketika itu kami sedang bersedih...

Kami tiba di sekolah kira-kira pada jam 6 petang.
Kebanyakan peserta Studython telah diserang penyakit demam. Huhu. Agak hairan tetapi sebenarnya tak sangat.

--------------------------------------------------

Jadi, begitulah kisahnya. Di dalam Studython ni, ada perkara pahit dan ada juga kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Banyak perkara baru yang ana dapat pelajari sepanjang berada di Studython ni. Pengalaman baru, kawan baru, ilmu baru dan macam-macam lagi.

Sekian sahaja cerita ana yang tak seberapa ini.

.: wassalam :.

No comments: