Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, May 31, 2008

Fikirkanlah

Assalamualaikum
Ana ade beberapa perkara yang nk disampaikan
Agar kita dapat ambil pengajaran...

  1. Kenapa kita pakai cantik cantik bile nak pegi shopping dll tapi kita tak pakai cantik cantik bila nk bertemu ALLAH?
  2. Kenapa kita semangat sangat nak kerjakan suatu perkara yang bersifat duniawi tapi bila sampai nk tunaikan tanggungjawab kita terhadap ALLAH, kita buat sambil lewa?
  3. Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat nak mintak maaf kt seseorang atas kesalahan kita tapi kita tak bersungguh-sungguh dalam taubat kita?
  4. Macam mana kita boleh sempat habiskan novel dalam satu hari tapi kita takde mase nk bace NOVEL YANG TERAGUNG(AL-QUR'AN) walaupun satu muka surat?
  5. Kenapa kita boleh bangun malam untuk tengok perlawanan bola sepak tapi kita tak boleh bangun untuk ber'qiyamullail'?
  6. Kenapa kita terlalu merendah diri apabila bertemu dengan orang yang lebih hebat daripada kita tapi tak merendah diri bila bertemu ALLAH?
Insya-Allah
Tu je yang ana nk sampaikan.
Ana bukan nk tuju kat sesape.
Tapi, same2lah kita fikirkan.
Mungkin ayat-ayat diatas ini boleh mengubah diri kita.
Sekiranya terdapat kesilapan, harap dimaafi.
Assalamualaikum...

p/s :mungkin ada pertambahan

Friday, May 30, 2008

Ciri-Ciri Muslim 'IDEAL'


Di antara ciri-ciri individu dan aliran muslim ideal yang dicemburui oleh musuh-musuh Islam yang menjadi sasaran dalam peperangan pemikiran:-

1. Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam

2. Memahami realiti kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, samada realiti kaum Muslimin ataupun realiti semua musuh-musuh Islam

3. Memahami benar sunnah Allah Taala yang berlaku di dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan alam manusia

4. Memahami maqasid syariah (maksud-maksud syariah ) secara syumul dan tidak bersikap statik (jumud) yang terhad kepada makna-makna zahir sahaja

5. Memahami ‘keutamaan’ dan ‘priority’ di dalam mengatur langkah perjuangan

6. Bersikap terbuka dan sedia bertolak ansur dalam urusan ‘khilafiah’ dengan aliran-aliran Islam yang lainnya. Sikap mereka , “Bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling memaafkan (bertolak ansur) dalam perkara-perkara yang masih diperselisihkan

7. Menggabungkan di antara aliran salafiah dan pembaharuan, atau dengan kata lain, menggabung di antara cirri-ciri keaslian dengan tuntutan kemodenan

8. Mengadunkan di antara keaslian hukum syara’ dengan perubahan zaman

9. Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah sebagai asas utama kepada pembaharuan peradaban

10. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang bersepadu dan menyeluruh demi untuk menyelamatkan mereka dari kongkongan dunia materialisme

11. Memperlonggar (al-Taysir) dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira ( al-Tabshir) dalam urusan dakwah

12. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik, seperti: kebebasan ( al-Hurriyyah), kemuliaan (al-Karamah), musyuarat ( al-Shura), keadilan sosial (al-Adalah al-Ijtimaiyyah) dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia ( huqud al-Insan)

13. Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain, iaitu dengan golongan bukan Islam, atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya disebabkan serangan dari budaya barat

14. Menjadikan jihad sebagai cara untuk melindungi kemuliaan umat Islam dan negaranya.

Sumber: Prof Dr Yusuf al-Qardhawi ( Fiqh Awlawiyyat)

SEkian...

Thursday, May 29, 2008

BioIbadah

Assalamualaikum

cuba bukak blog ni
http://bioibadah.blogspot.com

Study Group

bismiLLAHirRAHMANirRAHIM...
assalamualaikum...

Atas permintaan ramai, berikut adalah nama2 ahli kumpulan studygroup. InsyaAllah, sistem dan pelaksanaannya akan diterangkan pada naik cuti nanti.

.: BANIN :.

Kumpulan 1
Mohd Fakhrul Izzat>Fathul Muin>Muhd Syihan>Muhd Muttaqeen>Umar Faruqi>Mohd Anas

Kumpulan 2
Amirun Muizzuddin>Ahmad Mohd Rashid>Muhd Fikri Hadi>Anas Abdul Jalil>Mohd Syafiq Addin>Muhd Fikri Yusof

Kumpulan 3
Farhan Hilmy>Muhd Afiq Akmal>Muhd Khalid>Muhd Amri>Muhd Sofwan Zamri>Abdullah Munzir

Kumpulan 4
Muhd Hudzaifah>Syed Jaafar>Abdullah Ammar>Muhd Izzuddin>Ahmad Shairie>Arief Rahman

Kumpulan 5
Anas Kamarul Baharin>Shahrul Azmil>Muhd Amni>Musa Norazan>Mohd Ilmi>Muhd Hanif

Kumpulan 6
Muhd Abduh>Muhd Khairulanwar>Ahmad Zakuan>Muhd Abdul Muna'aim>Mohd Amirul Akmal

Kumpulan 7
Muhd Siddiq>Taufiq Hamidi>Abdul Fattah>Muhd Syaieddin>Muhd Haikal>Muhd Farid

Kumpulan 8
Ahmad Hazwan>Muhd Fakhri>Muhd Mustaqim>Shahril Amir>Nigel Tang Wan Bao Nabil>Mohd Zulqarnain

Kumpulan 9
Mujahid Mohd Nor>Muhd Basheer>Ahmad Safwan>Raden Muhd Muaz>Muhd Fazrul Asyraf>Muhd Ihsan

Kumpulan10
Muhd Qutaibah>Muhd Aizat>Muhd Zikri>Hafidz Hassan>Muhd Aiman>Ahmad Qatadah

Kumpulan 11
Amirul Akif>Muhd Sallehuddin>Ilham Nasharuddin>Mohd Norazmel>Azreen Danial>Amirul Arsyad

.: BANAT :.

Kumpulan 1
Aliya Khairuddin>Andi Nor Aisyah>Siti Fatimah Zahrah>Nur Sabrina>Noor Sakinah>Fatin Nurul Farahain

Kumpulan 2
Nadia Fariza>Nur Athirah Kahar>Suria Murni>Afiqah Abdul Rahman>Nurul 'Ezzah>Aminah Farhanah

Kumpulan 3
Raudhah Mohd Salleh>Syahin Noor Nadia>Munirah Mohd Salleh>Nik Atirah>Farhana Kusiani>Aisyah Abu Bakar

Kumpulan 4
Mashitah Nabees Khan>Nur Aimi Nadzirah>Ummi Najwa Aqilah>Nur Hashikin>Aalia Abdul Rashid>Nurul Haziqah

Kumpulan 5
Nadhirah Othman>Nurizatul Nasuha>Safiyah Zahidah>Hamizah Anuar>Humairaa Mohd Sani>Nadiah Hanisah

Kumpulan 6
Nadiyah Syahira>Nur Athirah Nabilah Omar>Zusi Ambarwati>Nrul Amira Izzati>Nabilah Huda>Fatimah Zahrah

Kumpulan 7
Najihah Abd Jaafar>Nurul Aliya>Nur Hidayatul Hanis>Humaira' Mohd Jelani>Sharifah Nabila>Siti Rafeeqa

Kumpulan 8
Hani Syazwani> Anisah Taha>Nur Izatur Farhana>Nur Aniqah>Nurul Izzati>Aisyah Nurhuda

Kumpulan 9
Khairunnisa' Bee>Sharifah Nabawiiyah>Nurul Huda>Nur Liyana>Farah Hanis>Nur Atikah

Kumpulan 10
Nursyahirah Lotpe>Nur Hani>Ili Syazwani>Nur Almaz>Siti Aminah>Nurul Athira Hayati

>Bagi kumpulan banat, nama yg dicondongkan adalah ketua.
>Diharap antum semua dapat menerima pembahagian kumpulan ini dengan hati yg terbuka.

"Bersama Kita Mengejar Mimpi"

Wassalam.

Projek GPK 1.3

bismiLLAHirRAHMANirRAHIM...
assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji2an hanya milikNya...akhirnya bersuara juga ana dalam blog generasi dua belas ini. Itupun setelah sekian lama hasrat hati ana terpendam dek 'kesibukan' akibat kekangan masa dan seribu satu macam urusan yang sering membelenggu dan menghambat diri ana..insyaAllah, cuti semester ini akan memberi ana sedikit ruang untuk bernafas..lepas satu, satu kerja yg nak disempurna dan diselesaikan..dan salah satu daripadanya ialah Projek GPK 1.3 yg tak semena2 ana 'ter'lantik sbg mas-ulah nya...sekaligus menambahkan lagi koleksi tanggungjawab yg kian memberat di pundak ana...

ana yakin dan percaya semua sahabat segenerasi ana pada saat dan ketika ini sedang tertanya2 apa yg sebenarnya dilakukan dan dilaksanakan oleh AJK tertinggi yg telah dipilih, betul x? Dan ana juga yakin dan percaya antum semua masih belum nampak apa sebenarnya 'kerja' yg kami lakukan, bukan? Justeru, kehadiran suara ana dlm blog ni adalah bertujuan untuk meleraikan persoalan2 yg sedang bersarang dlm benak antum semua, agar antum semua lebih jelas dan faham akan apa sebenarnya Projek GPK ni...

Baiklah, Projek GPK 1.3 ni sbnrnya merupakan suatu projek di mana setiap aktiviti dan program yg dianjurkan adalah menjurus kepada usaha untuk mencapai Gred Purata Keseluruhan 1.3 dlm PMR yg akan datang, di mana GPK ni lazimnya dijadikan kayu ukur dalam membandingkan pencapaian keseluruhan pelajar di sesebuah sekolah dalam satu2 peperiksaan itu...(betul ker?) Begitulah lebih kurang mengikut kefahaman ana..bermakna, ajk yg telah dilantik, iaitu lapan orang ajk tertinggi dan lapan belas orang fasilitator subjek berperanan sbg pemudah cara dlm merealisasikan matlamat yg telah pun digariskan..Justeru, hakikatnya, ana dan mereka2 yg telah dilantik sdg memegang suatu tanggungjawab yg sangat2 besar lagi berat kerana kamilah yg mesti menggerakkan projek ini supaya ianya berjalan lancar dan konsisten...

Setakat ini, kami (ajk tertinggi) telah pun mengadakan syura sebanyak dua kali bersama guru penyelaras PEP (PMR Excellence Project) iaitu Ustazah Halimah Mohd Hambali.
  • Syura pertama diadakan bulan Mac (x ingt tarikh). Dalam perjumpaan ini, kami telah membincangkan mengenai tugas setiap ajk selain berbincang tentang perancangan, moto batch, lagu tema batch dan sebagainya serta pelaksanaan projek yg pertama iaitu studygroup, di mana kami telah membahagikan para pelajar tingkatan 3 kepada beberapa kumpulan kecil yg telah pun diberitahu oleh Ustazah Halimah semasa mukhayyam tempoh hari dan insyaAllah akn ditampal di semua kelas selepas naik cuti..
  • Syura kedua diadakan pada hari Selasa, 22 April 2008, selepas lebih kurang sebulan sepi tanpa sebarang perkembangan. Itupun diadakan tanpa kehadiran Pengarah, Setiausaha I dan Bendahari I krn masing2 sibuk dgn misi "dakwah through sport" mereka (bola). Dgn ketempangan beberapa ajk, prbincangan hanya menyentuh tentang beberapa perkara tentang kumpulan studygroup yg telah dibuat serta bagaimana pelaksanaan sistem studygroup yg akan dijalankan, insyaAllah juga selepas naik cuti.
Begitulah serba sedikit tentang 'kerja' yg telah kami jalankan setakat ini. Secara peribadi, ana ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd mereka yg ada bertanya ana tntang prjalanan projek ini (walaupun ana kdg2 malas nk jwb), menunjukkan antunna prihatin dgn projek ni. Lepas ni, andai masih ada lagi persolan, komen atau cadangan tntang studygoup atau apa shj yg bersangkut paut dgn GPK bolehlah utarakn kpd ana atau ajk tertinggi lain secara terus, atau boleh juga kongsi bersama dalam wadah2 maya yg ada, sama ada blog ataupun group kat friendster. InsyaAllah ana akan sntiasa cuba 'keep in touch' dgn wadah2 ini utk mndengar pandangan2 antum demi kemaslahatan generasi dua belas yg tercinta ini....

Akhir kalam, ana harap ana x brsendirian dalam melayari samudera perjuangan yg getir ini. Macam ana cakap masa qiam batch dulu, projek ni bukannya projek ana ataupun ajk yg terlibat shj, tp ini adalah projek setiap warga batch. Lagipun, bukannya kami yg meminta diberi amanah ini sebaliknya pelantikan ini adalah manifestasi daripada pungutan undian majoriti, yakni pilihan antum juga. Justeru, apa yg ana harapkan hanyalah kerjasama yg baik serta sokongan yg padu drpd antum semua, itu sahaja. Kepada ajk yg telah dilantik, hargailah kepercayaan yg telah diberikan oleh sahabat2 kita dgn memberikan komitmen yg tidak berbelah bahagi kepada misi ini dan tunjukkan kpd semua betapa batch kita sebenarnya mampu untuk menyerlah jauh dari yang biasa...

"Bersama Kita Mengejar Mimpi"

Wassalam.

Wednesday, May 28, 2008

Cuti


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk hari ke lima kita bercuti. Bermakna ada lagi sebelas hari sebelum sekolah bermula. Nampak macam banyak lagi. Tapi sebenarnya, cepat je masa berlalu.

Sekarang ni, ramai yang sedang bercuti kan. Tak kira lah kat mana-mana, kampung ke, rumah ke, mana-manalah. Semua sedang berehat. Merehatkan minda. Uuuuh, sedapnye~
Tapi ada juga yang sekarang tengah sibuk buat kerja lain. Ada yang pergi hari ni baru balik dari Hira', ada yang dah mula buat kerja kursus (haha, bile la ana nak mule) dan macam-macam lagi.

Tengok kat YM, berapa orang jela yang online. Telefon rumah kawan, tidak dijawab. Kat kampung lah tu. Hmm. Boringnye.. Orang yang duduk rumah ni la yang boring. Huhu.

Sebenarnya, ana saje je tulis kat sini bagi mengisi masa lapang.
Hmm. Apa-apapun, ana nak ucapkan selamat bercuti kepada semua..
Cuti-cuti ni, janganlah banyak buang masa. Tup tup tup, dah naik sekolah kang,, haa abes.. Jadi, manfaatkanlah masa cuti ni.
Kalau bosan, ana sarankan korang pergi kat website ni > iLuvIslam.com [link]. Best tau! Terisi lah juga kebosanan.

Oh ya, ana harap, kita semua dapat menghadirkan diri ke Program Keindahan BersamaMu (KBM) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM Johor. Best sangat tau!

Sekian sahaja daripada ana yang sedang kebosanan di rumah. Selamat menyiapkan segala kerja kursus buat semua!

P/S: ana cadangkan fesi darjah 6 dan LK ceritalah pengalaman anda sepanjang di program yang dilalui. Dan kepada sesiapa yang nak bercerita kisah cuti dia, sila-sila. Make yourself at home :)

.: wassalam :.

Sunday, May 25, 2008

TruE loVe??? izit true??

assalamamualaikum.......

Notice the subject??? Here I'm going to express my point of view of the definition of TRUE love..TRUE love do exist..We just have to search for it.. Sometimes,we don't need to go far.. It's right under our own nose the whole time but we just didn't notice its existance.

TRUE love exist in many ways.. And, for sure,our family is the one who 1st gave us TRUE love. Especially, our parents. (Hrm, no need to explain that.. I'm sure we all know how they do so)

When we start to go to school and make frends with people, frens (and I mean TRUE frends) shows us the other way of TRUE love. for they will always be there for us either when we are filled with happiness or sadness. And they understand ourselves. They know when we felt lonely and need someone to share it with. In an eazy word,they are happy when we are and they felt like crying when we are sad.

I found out that most people thought when they are in a serious relationships, they already found TRUE love. I don't suppose all of them do.. In my opinion,we start having serious relationships (and I think,at this time of age,we r way too young to have one!!.)when we have the passion on someone. Either by the beauty of his/her physical characteristics or his/her personality.But that doesn't mean they cuould provide us with TRUE love.. We sometimes think he/she is the most perfect person for us. Well,think again!!! Nobody's perfect and no relationships do too.

From this,you could see how I disagree with "serious relationships provide true love" thing.I believe, true frends shelter us more love than couples.. Friendship exist even when there's no special feeling for each other but there's no special feeling when you don't start with friendship. Agree??? one more thing for sure.for our age,friendship last longer than serious relationship because there's more love in friendship..We can see when majority of the couples around us could hang on for only a few month??And how long does our friendship with your frends had last?? I suppose you could see what's my point right now...

In conclusion, friends build stronger love than couples... haha...[Am i Right?]

thx to all who read this post. hope u all realize ^.- what i wanna tell ^.^

salamz

edited by..... sofwanZ [selepas ditego oleh org ^.^") 7.58p.m

Sunday, May 18, 2008

Masa

Telah bersumpah Allah dgn Masa
Sayangnya manusia leka dn alpa
Jeda masa yang ada
Dilalaikan dengan lagha
Dipenuhi dgn bicara songsang
Alangkah pincang hatimu insan...

Bismillah
Assalamualaikum..

erm, topik ana ari ni ialah MASA.. (aduh, asek dgr pasal mase je.. byk kali dah ditazkirah, boring ah).. sbb dh byk kali ditazkirahlah, ana bangkit menyangkal sepenuhnya ape yg telah dibuat oleh kite semua... sbb hati manusia yg tidak disapa sinar hidayah, kdg2 masih kekar dn enggan berubah. dan kerna sesungguhnya, tindakan kita menentukan matlamat kita.. setuju..?

Orang malas sahaja yg tiada masa... ana teringt ustazah Zahila ckp mase drjah 6. mmg betul pon.. lagi2 kite sume ni, tanggungjawab kite lagi byk drpd masa.. in addition, power kite xstanding dgn ape yg perlu kite buat... ade satu kate2.. Do not pray 4 task equal to your power, but pray 4 power equal to ur task..!

klu ana singkap dn ungkap, taun ni ana sibok sgt2.. dgn mcm2 xtvt.. first, tiap2 ptg ade latihan bola jaring.. tp asek kene ponteng je sbb ade training debat plk.. lebih krg 4 bln ade diselubungi kesebokan.. then, bknnye dpt pegi pon bola jaring.. sbb ana pilih gi iium.. ok, balek uia, bknnye boleh teros blaja ke ape ke.. ade plk debat peringkat daerah.. (daa!) klu di tolak campur darab bahagi , lebih krg 2 minggu ana xmasok klas.. lg2 ana ni diantara org yg lemah dlm pelajarn.. jd mcm sedih.. pstuh, ade sukan (penat) mukhayyam (penat).. mcm2.. tp ttp tabah.. bonusnye, balek debat ade la bicara2 songsang lg pincang yg keluar dr hati yg xmengerti tanggungjawab kami... lglah memenatkn.. (di luar scene : erm, debat penat tau.. asek kene brainstorm jek..)

My point is, bile ana sebok mcm tu, baru ana tau nk hargai masa.. barulah ana xhabiskan dgn perkara sia2.. jd sebokkanlah diri kite dgn prkara yg berfaedah... baru jeda mase tidak dibazirkan.. understood..?

Konklusinya, masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu.. jgnlah buat bnde pelik2.. da form 3 kan..? da besar.. boleh jd mak bapak org dah.. (according to what i've got i mdp gabungan)..

till then,
NadSyaNordin
3.33 pm

Nadiyah : masa kdg2 kuat cemburu jgk..

Saturday, May 17, 2008

Cinta..?

Untaian pena berbicara
Elipsis suka diselimut hidayah
Aksara di petik
Madah di atur
Pasrah berpayungkan tawakkal..
Bismillah..
Assalamualaikum

Alhamdulillah 'ala kulli hal.. Ana disini nk berkongsi satu input yg ana dpt drpd Seminar Cinta dan Sukses anjuran Road To Jawa 2. Penyampainye Dr Danial Zainal Abidin (ayah ustaz omar).


"kamu adalah umat terbaik yg dikeluarkan untuk manusia" (3:110)

justeru , utk ape kite merendah diri?? walaupon tiadalah terjahit sebarang kun berwarna di tudung, walaupon tiada tali leher berwarna biru dn merah tergantung, namun kitelah umat yg terbaik yg diciptakan Allah utk menjd Khalifah di muka bumi ini.. mengajak maaruf , mencegah munkar , beriman kpd Allah.. mudah..! tp perlulah ISTIQAMAH.. (fastaqim kama umirta - maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yg diperintahkan kpd mu..)

Asasnya, tapaknya perlulah disandarkan kepada Alquran.. kerana itu sahajalah sumber segala cinta.. semaikan cinta dlm ibadat, benihkan cinta dalam mu'amalat, tunaskan cinta dlm ape jua tindakan, siramilah cinta dengan tulusnya jiwa kerana Allah.. punca cinta kita semua... Maha Karya Segala Cinta..

"Segala puji bagi Allah yg telah menurunkan Alkitab kepada hamba-Nya yg tiada bengkang-bengkoknya" (Al-kahf : 1)

till then,
NadSyaNordin
11.45 pm

Nadiyah : Serasa masih terasa gurat kepenatan... Cinta-Nya pengubat segala..

Hari Guru 2008


Salam.

Alhamdulillah, semalam kita dah menyambut hari guru dengan jayanya.
Tahniah kepada senior-senior form 4 yang telah menguruskan Sambutan Hari Guru 2008 ini.

Sedikit pengenalan mengenai Hari Guru di Malaysia:

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

rujukan - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia

yang kat atas ni, saje je letak. Hoho. Ana tertarik ngan perkataan "Laporan Razak". Agak jakun sebab pernah jumpa perkataan tu dalam buku sejarah. Haha. Ok. Serius~

Semalam, ada banyak aktiviti yang telah dijalankan.

Bagi banin, ada futsal, galah panjang dan bola tampar (kalau tak silap la)
Banat pula, ada melambung bola, bring it to me, perah air dalam botol, lukisan si buta, kupas kulit epal (ustazah sahaja) dan lain-lain lagi (tak ingat plak ;p)

Persembahan Form 5 yang secara mengejut tu memang menarik perhatian ramai orang! Ana pun terkejut time tu. Kweng3

Persembahan najahan best gak.

Err.. Ana tak tau la nak tulis apa lagi pasal hari guru.
Apa-apapun, hari guru ni best :)))

Akhir kata, happy belated hari guru to all teachers in Malaysia! ;)
(FYI, date hari guru untuk setiap negara adalah berbeza. Perr, ana jakun sket sebab baru tau)

Sekian, terima kasih.

.: wassalam :.

Mengumpat

Assalamualaikum.
Ana rasa ramai dah pernah baca pasal ni. Tapi ini sekadar peringatan lagi..
Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada artikel ini

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampunkan Oleh Orang Yang Diumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

nak tengok video perumpamaan orang mengumpat?
klik sini!

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,
di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

----------------------------------------------------------
P/S: Kepada rakan-rakan sekalian, ana minta maaf andai diri ini pernah melukaimu, mengutukmu, mengejekmu dan mengumpatmu.

.: wassalam :.

Quran Menjawab Pertanyaan Manusia

Sebenarnya ana ada dpt artikel pasal ni daripada seseorg yg ana pun x tau lah siapa..ana juz nak kongsi2 ngn antum sume.. so, renung2kanlah..

Manusia bertanya: Kenapa aku diuji?
Qur'an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan (saja) mengatakan;"kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi? (al-ankabuut:2) Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(al-ankabuut:3)

Manusia bertanya: Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yg baik?
Qur'an menjawab : ........,boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.(al-baqarah:126)

Manusia bertanya: Kenapa aku diberi ujian seberat ini??
Qur'an menjawab : Allah tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya.......... (al-baqarah:286)

Manusia bertanya: Bolehkah aku frustasi?
Qur'an menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman (ali imraan:139)

Manusia bertanya: Bolehkah aku berputus asa?
Qur'an menjawab : .....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.(yusuf:87)

Manusia bertanya: Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur'an menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesbaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ali imraan:200) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'(al-baqarah:45)

Manusia bertanya: Bagaimanakah menguatkan hatiku?
Qur'an menjawab : ..cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.... (at-taubah:129)

Manusia bertanya: Apa yang kudapat dari semua ujian ini?
Qur'an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... (at taubah:111)

Thursday, May 15, 2008

belajar

Bismillahirrahmanirrahim. ;-)

Teringin mencuba mengisi ruang disini. Pertama kali :


Sekalung bicara buat generasi12 ; pembangun peradaban dunia dan ISLAM!

Alhamdulillah 'ala kulli hal, sudah beberapa kertas kita harungi (belajar sungguh2!) bersama sepanjang beberapa hari dalam minggu imtihan ini. Selagi perjuangan kita belum menemui noktah pengakhiran lagi, maka , teruskan usaha. Apapun natijah kita buat imtihan kali ini , belajarlah untuk redha dan ikhlas.

" Katakanlah "Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah
jika Dia menghendaki bencana ke atasmu atau menghendaki rahmat ke atas dirimu?" Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah. [33:17]


Make sure batch kita jauh daripada membuat kes nyontek (meniruu...) yah, belajar jadi insan yang jujur sekaligus taqarrub ilallah AlMu'min.

Esok hari teristimewa (hopefully,insyaAllah) buat asatizah kita , mudah-mudah program esok berjalan dengan lancar. dan mungkin generasi12 dah boleh mula brainstorm untuk hari guru tahun hadapan! Makanya , esok cuba belajar dari abang-kakak batch 11 , apa yang mereka laksanakan dalam menjayakan hari esok itu.

Jangan malas belajar , dan belajar perangi sifat malas. Sekian , Salam Perjuangan buat semua!
;-)


-intelchaliph165-


Sunday, May 11, 2008

uKhwah iTu mAnis....


assalamualaikum.....
hmm....ni first time ana letak post so sebenarnya tak tau nak tulis apa...
nak tulis pasal mukhayam, Aliya dah tulis dah. So ana nak tulis tentang yang insyaallah boleh merapatkan kte semua.....

so sebelum apa2, ana nak letak satu lirik lagu yg menyentuh tentang persahabatan yang terputus sebab graduate... Mungkin kteorang belum habis sekolah lagi kan tapi fikirlah tentang kawan-kawan kita yang nak pindah tahun depan. Nanti jarang juga kan jumpa mereka nanti. Jadi,terimalah lagu ni.....

"friends forever"

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
We would get so excited and we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels



Dah tengok kan lirik dia...
boleh jugaklah kaitkan dengan kitaorang....Bagi kawan-kawan kita yang tiada tahun depan,jangan risau. Kalau ana, ana takkan lupakan korang.... Harap perkara yang sama bagi orang lain......Jangan bagi sampai lupa kawan-kawan yang tiada tahun depan.Kenangan-kenangan manis yang ada kalau boleh ana nak simpan sampai bila-bila sebab hilang kawan tu satu kehilangan yang teramatlah besar......Ana ni pulak,tahun depan semua kawan-kawan yang ana rapat dah nak pergi jadi ana nak habiskan masa setengah tahun yang masih ada dengan mereka supaya nanti taklah terasa sangat kehilangan mereka. Bagi orang lain yang kawan baik mereka nak pindah tahun depan, jangan sedih...sebab kalau ukhwah itu ada,hidup ni akan sentiasa manis walau apa pun yang jadi.....


Jadi sampai sini sahajalah post ana yang panjang ni.....Tahun ni nak PMR kan?? Jadi berusahalah bersama agar semua dapat capai 9 A.....Periksa pun minggu ni juga kan?? Jadi mula dari sekarang usaha korang supaya kejayaan dalam genggaman kita...

Saturday, May 10, 2008

Why Our Prayers and Doa'as are Not Answered

Assalamualaikum...

"AND YOUR LORD SAYS: 'CALL ON ME I WILL ANSWER YOUR PRAYER..." [40:60]

"We supplicate and we are not answered."

So he said to them:

You know Allah, Yet you do not obey Him,

You recite the Qur'aan, Yet do not act according to it,

You know Shaitaan(Devil), Yet you have agreed with him,

You proclaim that you love Muhammad, Yet you abandon his Sunnah,

You proclaim your love for Paradise, Yet you do not act to gain it,

You proclaim your fear the Fire, Yet you do not prevent yourselves from sins,

You say "Indeed death is true", Yet you have not prepared for it,

You point out the faults with others, Yet you do not look at your faults,

You eat of that which Allah has provided for you, Yet you do not thank Him,

You bury your dead, Yet you do not take a lesson from it."

[this text was copied and pasted from an email... so its no wonder that my english is excellent=)!!...]

till then x0x0
Almaz...

Friday, May 9, 2008

Mukhayyam Form 3 '08

.: pokok-pokok yang membesar di Kem Kaizen :.

Assalamualaikum w.b.t..

Pertamanya, ana minta maaf banyak-banyak kerana terlalu lambat menulis entri tentang mukhayyam. Biasalah, naik tingkatan 3, makin sibuk. Setara pun dah dekat.
OKla, sebenarnya, boleh je ana tulis awal-awal. Tetapi malangnya, modem yang tidak sihat setelah disambar petir di rumah ana tidak mengizinkan ana untuk menggunakan teknologi maklumat yang digelar internet untuk menulis entri di blog ini.

Ana rasa, tidak perlulah ana menulis catatan tentang mukhayyam kerana ianya terlalu panjang. Jadi, izinkan ana tulis secara konklusi sahaja. (ana tau anda dah izinkan kan?)

Secara keseluruhannya, mukhayyam kali ini memang sungguh menyeronokkan?
Menyeronokkan = seronok. Seronok macam mana tu?
Seronok sebab banyak pengalaman baru yang ana dapat. Walaupun mukhayyam kali ini tak berapa nak privacy, ada banyak sekolah lain, tapi best la. Guru-guru berusaha menjadikan mukhayyam ini sesuatu yang menyeronokkan dengan berbagai-bagai aktiviti.
Contoh?
Malam 1, night walk digantikan dengan treasure hunt. Walaupun agak sedih, tapi treasure hunt pun best jugak ape..
Malam 2, ada BBQ selepas sesi Malam Tautan Ukhuwah.. Malam Tautan Ukhuwah sangat best! Lepas tu, ada BBQ pula. Waaaaah, memang semua segar-bugar waktu tu. BBQ memang sedap! Alhamdulillah..

Dalam mukhayyam kali ini juga, macam biasalah, kita dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita. Bukan itu sahaja, kita pun dah semakin mengenali sifat masing-masing. Ni jenis macam ni, tu jenis macam tu.. Memang seronok!

LDK, ana suka persembahan kumpulan 3 sebab mereka punya persembahan telah berjaya menggetarkan hati penonton. Sungguh,,, sungguh,, dahsyat hari akhirat tu kan..

Ana suka part Jungle Tracking sebab kena mendaki gunung.. Ok, sebenarnya, bukit je, tapi ia tetap gunung di hati ana.. sebab ia curam. Bila dah sampai puncak, rasa jakun sebab 1st time dapat tengok pemandangan ala-ala sky view.
Pastu, masuk sungai, walaupun tak berapa nak dalam, tapi best sebab air jernih, bersih, sejuk..

Obstacle pun best juga. Ana suka naik rakit tu dan jalan laju-laju atas tayar. Menyeramkan. Alhamdulillah, lepas..

Waktu masak-masak memang sangat seronok kerana kami saling berkongsi makanan antara kumpulan. Masak pun sama-sama. Makan pun sama-sama..

Akhir sekali, penutup. Kat sini, ana nak komen seperkara. Kan setiap kali penutup, mesti kene ada wakil yang akan pergi depan dan bercakap-cakap kan.. Bila ustazah tanya siapa nak pergi depan, mesti cuma sorang-dua je yang volunteer. Itu pun lambat-lambat. Kadang-kadang, bila kena panggil nama barulah ke depan.. Jadi, ana harap, lepas ni, kita sama-sama rebutlah peluang untuk cakap-cakap kat depan. Yakin dengan diri kita! Bak kata pentazkirah kita pada kuliah maghrib pada hari pertama mukhayyam.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat di dalam menjalankan program ini iaitu Ustaz Anuar, Ustaz Kamarul Kalam, Ustazah Halimah, Ustazah Muhainim, Ustazah Seri Juli, Ustazah Zanaria n so on. Tidak lupa juga kepada semua fesi-fesi yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada pakcik driver bas yang sudi menghantar kami pergi dan pulang.

Ana ingin mengucapkan tahniah kepada penghulu kita iaitu Afiq Akmal dan penghuluwati kita iaitu Afiqah Abd Rahman kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan begitu baik sekali! Afiqah sampai demam-demam.. Nasib baik cepat sembuh :))

Sekian sahaja coretan ana mengenai mukhayyam. Jika anda nak baca lebih detail tentang mukhayyam, bolehlah pergi kat blog ana [link=click!]. Tapi tu lebih kepade cerita dari ana je. Huhu.

P/S: Kepada sesiapa yang nak gambar mukhayyam, boleh mintak dari ana. Permintaan terbuka kepada banat sahaja.


.: wassalam :.

Thursday, May 8, 2008

Dasar-Dasar Kesempurnaan Hidup

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa
Ana dapat menyebarkan ilmu yang terkandung di dada

Menurut penyelidikan ahli budi pekerti, bahawa kemuliaan hidup manusia itu terletak dalam tiga perkara.
1.Nafsiyyah
2.Badaniyyah
3.Kharijiyyah

Nafsiyyah bermaksud urusan nafas, roh dan jiwa.
Badaniyyah bermaksud urusan tubuh, anggota badan dan jasad.
Kharijiyyah bermaksud urusan sebelah luar seperti urusan anak isteri,harta benda dan lain lain.

Yang demikian ini dapat dicapai dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mensucikan jiwa dari segala noda kecemaran dan kenistaan dan membiasakan supaya hati dapat mensyukuri segala nikmat kurnia Allah.

Yang kedua iaitu kesempurnaan badaniyyah. Kesempurnaan ini dapat dicapai dengan membiasakan segenap anggota badan supaya mentaati titah perintah Allah dan berkhidmat buat segala perkara kebaikan yang diperintah dan dibenarkan agama Islam.

Kesempurnaan yang ketiga iaitu kesempurnaan Kharijiyyah, Kesempurnaan ini dapat dicapai dengan jalan memperbaiki kedudukan anak, isteri dan keluarga, dan mengatur dengan sebaik-baiknya tentang pengeluaran dan kemasukan kewangan harta benda.

Adapun tentang maksud ayat Al-Qur'an tadi bunyinya Orang orang yang berkata, bahawasanya "Tuhan kami Allah", ialah orang yang benar benar beriman kepada Allah, dan maksud lurus atau istiqamah iaitu orang yang dapat melaksanakan tiga kesempurnaan tadi.

Maka menurut kenyataan ayat Al-Qur'an tadi, bahawa kalau seseorang telah dapat menyempurnakan tiga macam kesempurnaan yang tersebut tadi dengan sebetul-betulnya, kemudian ia berjalan lurus dan berlaku jujur niscaya datang malaikat kepadanya menghibur dengan bermacam-macam ucapan hiburan, untuk peneguh hati, penguat iman, atau sebagai ilham halus dari malikat masuk ke dalam jiwanya, sehingga ia tenang dan tenteram. Tidak takut dan tidak gelisah, tidak ragu dan tidak keluh kesah. Antara lain malaikat itu akan berkata kepadanya:
1."Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita atau bersusah hati".

2."Bergiranglah, bersukacitalah!lantaran kamu bakal mendapat syurga yang dahulu kamu dijanjikan".

3."Kami kata malaikat "adalah pembela kamu"

4."Didalam syurga kamu akan dapati segala apa yang kamu sukai dan kamu akan mendapat juga padanya segala yang kamu harapkan".

Alhamdulillah, di atas ini ialah sedikit sebanyak tentang dasar-dasar kesempuraan hidup.
Harap semua dapat ambil pengajaran dan amalkannya.
Assalamualaikum
Wa ilal Liqaa'