Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Thursday, May 8, 2008

Dasar-Dasar Kesempurnaan Hidup

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa
Ana dapat menyebarkan ilmu yang terkandung di dada

Menurut penyelidikan ahli budi pekerti, bahawa kemuliaan hidup manusia itu terletak dalam tiga perkara.
1.Nafsiyyah
2.Badaniyyah
3.Kharijiyyah

Nafsiyyah bermaksud urusan nafas, roh dan jiwa.
Badaniyyah bermaksud urusan tubuh, anggota badan dan jasad.
Kharijiyyah bermaksud urusan sebelah luar seperti urusan anak isteri,harta benda dan lain lain.

Yang demikian ini dapat dicapai dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mensucikan jiwa dari segala noda kecemaran dan kenistaan dan membiasakan supaya hati dapat mensyukuri segala nikmat kurnia Allah.

Yang kedua iaitu kesempurnaan badaniyyah. Kesempurnaan ini dapat dicapai dengan membiasakan segenap anggota badan supaya mentaati titah perintah Allah dan berkhidmat buat segala perkara kebaikan yang diperintah dan dibenarkan agama Islam.

Kesempurnaan yang ketiga iaitu kesempurnaan Kharijiyyah, Kesempurnaan ini dapat dicapai dengan jalan memperbaiki kedudukan anak, isteri dan keluarga, dan mengatur dengan sebaik-baiknya tentang pengeluaran dan kemasukan kewangan harta benda.

Adapun tentang maksud ayat Al-Qur'an tadi bunyinya Orang orang yang berkata, bahawasanya "Tuhan kami Allah", ialah orang yang benar benar beriman kepada Allah, dan maksud lurus atau istiqamah iaitu orang yang dapat melaksanakan tiga kesempurnaan tadi.

Maka menurut kenyataan ayat Al-Qur'an tadi, bahawa kalau seseorang telah dapat menyempurnakan tiga macam kesempurnaan yang tersebut tadi dengan sebetul-betulnya, kemudian ia berjalan lurus dan berlaku jujur niscaya datang malaikat kepadanya menghibur dengan bermacam-macam ucapan hiburan, untuk peneguh hati, penguat iman, atau sebagai ilham halus dari malikat masuk ke dalam jiwanya, sehingga ia tenang dan tenteram. Tidak takut dan tidak gelisah, tidak ragu dan tidak keluh kesah. Antara lain malaikat itu akan berkata kepadanya:
1."Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita atau bersusah hati".

2."Bergiranglah, bersukacitalah!lantaran kamu bakal mendapat syurga yang dahulu kamu dijanjikan".

3."Kami kata malaikat "adalah pembela kamu"

4."Didalam syurga kamu akan dapati segala apa yang kamu sukai dan kamu akan mendapat juga padanya segala yang kamu harapkan".

Alhamdulillah, di atas ini ialah sedikit sebanyak tentang dasar-dasar kesempuraan hidup.
Harap semua dapat ambil pengajaran dan amalkannya.
Assalamualaikum
Wa ilal Liqaa'

No comments: