Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Thursday, June 19, 2008

Cerita Saya

Telah lama diri ini menyendiri
Merentas tabah bersama palitan duka
Meninggalkan bumi tandus
Gersang dengan tarbiyah
Akhirnya sendiri terdampar di pesisir hampa..


Ana mulakan bicara sepi ini dgn lafaz Dengan Nama Allah Dengan 99 Asma-NYA Yang Tidak Terbantahkan , Insya Allah..

Assalamualaikum!

Em, begitu lama blog ini tidak dihiasi sebarang aksara menarik.. Walaupon ana sendiri yakin dan percaya ramai yg nk publish something, tp nk wat cane.. kekangan masa membatasi segalanya..
Lewat ini, yg ana selalu dgr org kate ialah..

Eh awk! kite itqan ke intisor?
Alaa, knape kite masok itqan..
Em, kite nk stay kat intisor..
Betol ke ittifaq ngan istiqamah pindah bgnn sane?
Hish, nnt xdpt duduk ngan awk lagi..
Alah, xpe.. walaupon kitorg the backstreet boyz pinda klas, da pkat nk ddk same2..
(xde unsur perli yek..)

Pindah pindah dan pindah.. Sejujurnya , ana pon mmg xnk pindah klas.. walaupon ade khabar angin yg mengatakan ana stay kat intisor.. ntah, ana xkesh sgt pon sbnrnye..
tp yg cukup dikesalkn, ade segelintir drpd kite juge yg sampai kutuk2 semgat asatizah kite yg membuat keputusn itu.. mengapa perlu mengutuk jika sbnrnye ustazah sume buat ni sbb kite.. kite yg membimbangkn us, kite yg membuat us kesal smpi bersengkang mata fikir strategi utk kite dpt capai gpk 1.3.. tp kite pulak yg mempertikaikan.. lantaran sikap kite yg pandang sebelah mata je ngan prog2 yang bole membentuk rohani kite spt KBM.. huh? ana bkn nk mngata sesiape.. mcm da ade org post, Allah telah tegur kite scr direct ye.. so, please la tlg rasionalize mende ni betol2.. jgn maen serkap jrg je kate us nk pisahkn kite ngan kwn kite n wut so eva..

Selesai..

Seterusnya, di pundak kite, tergalas amanah yg perlu kite berkolaboratif bknnye sorang2.. iaitu misi kite akhir tahun ni.. ana optimis, ramai dlm klgn kite yg asek pikir pasal pmr je kn? ade jga yg maseh xsdar diri.. xberpijak di bumi yg nyata.. smpi ade satu lawak ringan us suzana prnh buat kat ana time hafazan kat mkmal masakan.. "anti knape? mcm penat je.. spttnye lg dekat nk pmr, lg tenang.. sbb org yg tenang shj akan berjaya.. klu nt tgk, org yg jiwanya tenang (mutmainnah) shj yg akan jejak syurga.. so, jgn tensyen2.. cube nt bace.. an apple a day keeps the pmr away.." ana mmg xfaham us ckp ape.. ah! layan jela.. tp ana turut tergelak la.. sbb, us ibaratkn epal tu cam pmr kot.. haha.. kan same eja die.. hm.. selingan yah..

Ups! tertaip byk plk.. ana igt nk type sket je.. tp jari asek terus mengetuk keyboard.. ana suro benti die xnk.. nakal!

mase type post ni, hmpir nk buat double-spacing sbb igt tgh type kerja kursus.. hmm? penangan.tempias.bahana pmr.. eyp ana memain je!

Bersama kita mengejar mimpi..

Bicara,
NadSyaNordin
6.44 pm

Nadiyah : blog sendiri x di update.. hmm..

Sunday, June 15, 2008

sAhabaT..

ana percaya korg sume nie msti ade kawan..btol x??
tp penah x korg hargai kwn yg ade dpn korg skrg nie

.................................................................................................................................

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yangmemahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu......



dAA abeS..




Thursday, June 12, 2008

^____^

Bismillahirrahmanirrahim. [96:1]

Sekali lagi KEMBALI ; mengungkap bicara buat


Generasi 12 : Pembangun peradaban DUNIA dan ISLAM!

Sekadar mahu bertanya sahabat-sahabat sekalian apa komentar kita setelah dikenakan teguran direct daripada Allah dihadapan beratus-ratus pasang mata dalam dewan Qadisiyah awal minggu ini? Jangan tipu, yang hadir ke KBM mahupun tidak pasti terasa pedasnya juga. Sama ada yang membaca blog ini ataupun tidak, memang banyak suara yang terdengar rentetan daripada teguran tersebut. Manusia, biasalah... ada yang terima, ada yang sedih dsb.
Apapun juga keadaannya, mudah-mudahan kita semua dapat mengambil pelajaran daripada peristiwa ini. Renungkan ya, mungkin ini warning awal daripada Allah terhadap kita, jangan sampai Allah timpakan yang 'tidak-tidak' kepada generasi kita ini. Berusahalah ke arah yang lebih hasanah.

Mohon jangan pedulikan 'cakap-cakap' manusia di luar sana yang mengkritik generasi kita ini. Tukarkan kecaman kepada cabaran. Umum maklum, semua mahu berubah. Namun, sejauh mana ketetapan hati seseorang itu hanya dapat dipandu oleh usaha diri sendiri yang Istiqamah dan pertolongan Allah; makanya, berjuanglah sehabis baik. Bantu sesama sendiri. Bersama kita mengejar mimpi. BERSAMA kita mengejar mimpi. Jadi, antum jangan MIMPI lah mahu berjaya
kalau Itqan-nya seorang-seorang je. Kena bekerja dan belajar secara jama'ie. BERSAMA-SAMA. bukan sendiri-sendiri semata-mata. Entah sepintar mana pun kita, tapi mungkin kerana sikap segelintir kita yang seolah-olah mahu mencapai Intisor hanya untuk diri sendiri, takut-takut Allah terus tidak halalkan kejayaan untuk hambanya yang bersikap seperti itu. Nauzubillahiminzalik. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan ini dan sentiasa mengacu sifatnya Allah ArRahman ArRahim yang benar-benar prihatin/peduli pada generasi sendiri demi kemaslahatan bersama. Jadi, apa pendapat antum? :D

Juga mahu menyeru kepada mana-mana ahli generasi 12 yang nampaknya begitu teruja untuk berkongsi pandangan, fikiran dsb, jangan cuma pamerkan dalam bentuk tulisan 'comel' di shoutbox semata-mata, jangan malu-malu ; bolehlah mendaftar sebagai author dan menulis disini, supaya pandangan anda lebih JELAS boleh dilihat semua. (Ana yakin dan percaya, Aliya K sedia membantu insan-insan seperti ini! ;-)

istighfar. Mohon ampun pada Allah atas kekhilafan kita. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah.

" Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan;
maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
[25:70]
sekadar tulisan berinspirasi Al Quran, bicara umum buat semua jangan sesiapa terasa hati.
WallahuA'lam. Kepada Allah kita semua akan KEMBALI.

oh, terlihat Aliya K berkongsi lirik nasyid di bawah tu, saya pun tidak mahu ketinggalan juga!

Mimpi Yang Indah
Mestica
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan

Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Sunday, June 8, 2008

Cuti and sekolah....

Salam pada semua.....

Bukan nak ckp apa pun tapi saje nak ltk post....


Berita 10 malam di tv SMIH:

Dengan ini, pada pukul dua belas tengah malam tepat, adalah di umumkan bahawa cuti semester pertama tahun 2008 akan berakhir....Semua murid-murid SMIH dikehendaki hadir ke sekolah pada 9/6/08. Kehadiran adalah wajib.Sekian sahaja berita malam ini, terima kasih dan selamat malam.

Berita di bawakan oleh Bernama


p/s: Dengan duka citanya cuti tidak dapat di tambah sebagaimana yang di janjikan oleh kerajaan.Segala kesulitan amatlah di kesali.


Ini hanyalah sebagai selingan semata-mata.akhir sekali,



selamat kembali ke sekolah!

Friday, June 6, 2008

Shoutbox

Shoutbox limit of 60 posts per hour reached.

Please try again in the next hour.

This shoutbox version is Basic and can accept up to 60 posts per hour only.

*ha ha*

Baiklah.
Jika anda sedang aktif di blog ini sekitar jam 10:30 malam hingga 11:30 malam pada 6 Jun 2008, anda mungkin dapat memahami bagaimana peristiwa di atas boleh berlaku.

Juga pada jam 11:35 malam hingga 12:35 malam, kita tak dapat shout di shoutbox kerana message yang terlalu banyak hingga mencecah limit.

Pengajaran?
Lepas ni, tidak perlulah kita merepek di shoutbox lagi. Kita gunakan shoutbox dengan sebaiknya.

Teringat hadith Rasulullah s.a.w:
Falyaqul khairan au liyasmut
"Berkata baiklah atau diam"

Maknanya, jika kita tak tau nak cakap apa, baik diam sahaja.

Sekian sahaja post dari ana.
Sampai sekarang, ana masih sakit perut.
Mentertawakan diri sendiri mungkin?. Ohh, semoga penyakit gastrikku tidak kembali!

Selamat ke Program Keindahan BersamaMu semua!

P/S: nak tambah shoutbox tak? ;p

.: wassalam :.

Allah Knows

Allah Knows - Zain Bhikha


Salam.
Ana nak share satu lagu yang jika kita menghayatinya betul-betul, memang sangat best.
Jika anda rasa rentak lagu ini tak best, tak payah la dengar lagu ni. Tapi, sekurang-kurangnya, baca dan hayatilah liriknya.
Tajuk: Allah Knows
Munsyid: Zain Bhikha

Ini liriknya;
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows, Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows, Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows, Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows, Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows, Allah knows

Every grain of sand, in every desert land, He knows.
Every shade of palm, every closed hand, He knows.
Every sparkling tear, on every eyelash, He knows.
Every thought I have, and every word I share, He knows.
Allah knows


Sekian, wassalam.

Wednesday, June 4, 2008

F1 VS Kereta Proton

Assalamualaikum
Kepada Duat-Duat yang masih perlahan dalam
AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR
Bacalah..

Mengarut!!. Tak masuk akal!!. Begitu pandangan semua orang jika sebuah kereta biasa seperti proton ingin berlumba dengan kereta F1, jenis Ferari atau lain-lain kereta F1. Bukan sahaja proton kereta salon biasa jenis mewah pun tidak mampu menandingi kereta F1 yang teknologinya boleh mencapai pada kelajuan 180 km sejam dalam masa 4 saat sahaja dan purata kelajunnya dalam sesuatu pertandingan melebihi 250km sejam.

Perumpamaan dua kereta ini ialah seperti ibubapa yang lembab ( tidak laju), guru-guru yang masih longlai langkahnya atau yang berjalan serong, pemimpin yang juga tidak laju, ahli politik yang kerap tersasar jalan, peniaga yang tercari-cari jalan, para duat yang teragak-agak melangkah atau yang juga longlai langkahnya atau ada yang merangkak adalah perumpamaan KERETA yang akan berlumba dengan KERETA yang lebih laju dan lebih canggih yang muncul dalam bentuk media massa yang mempersembahkan kemaksiatan, ilmu sekular, ekonomi jahiliyah, perundangan ikut naluri manusia, dan bermacam lagi. Adakah juga mustahil dan tidak masuk akal???

Kelajuan segala gejala maksiat dan mungkar yang semakin pantas dan laju di litar-litar kehidupan kita. TETAPI USAHA DAKWAH KITA SANGAT PERLAHAN, umpama kereta-kereta biasa tadi. Tidakkah juga ianya juga satu usaha mengarut dan tidak masuk akal untuk menentang dan menandingi kepantasan maksiat dalam semua bentuk, maksiat dalam sistem ekonomi, dalam perundangan, perbankan, politik, apa lagi maksiat dalam sistem sosial dan hiburan!!! Di tambah dengan maksiat dalam hati dan minda seperti maksiat dengki, dendam, ujub, takbur, sombong dan lain-lain penyakit jiwa.

Juga kelembapan iman dan ketaqwaan. Keimanan bergerak tidak laju, masih di takuk lama, ilmu dan emosi terhadap mencari keagungan Allah , kehadiran hari yang pasti pada hari pembalasan tidak selaju berbanding ilmu-ilmu untuk hidup di dunia ini. Ketaqwaan yang di cernakan melalui amal-amal juga tidak selaju amal-amal untuk hidup bahagia di dunia ini.

Maksiat yang pantas lagi canggih ini kini berligar-ligar di sekeliling kita dan ianya sudah mengalahkan ramai dari kita, mengalahkan hati-hati yang kotor, yang kosong malah turut mengalahkan hati-hati pendakwah yang jiwanya juga kosong. Sudahlah kenderaan yang di pandu itu perlahan tetapi tidak pula di isi minyak secukupnya dan tidak sempurna servisnya. Kenderaan dakwah yang tidak di selenggara dengan baik dan pemandu-pemandunya juga tidak mahir atau mempunyai masalah tersendiri, dengan kata lain, kedua-duanya bermasalah. Dan ada juga pemandunya tidak tahu mahu kemana membawa hala tuju kenderaanya.

Maka, bersediakah untuk menentang maksiat yang semakin laju? Laju menerobos masuk dalam rumah-rumah, juga laju membawa bersama anak-anak kita, membawa remaja-remaja lain. Walaupun pelbagai usaha kita lakukan agar melarang anak kita jangan menaiki kenderaan ini, tetapi mereka tetap terpesona dan seronok dengan kehebatan kenderaan ini atau usaha larangan kita tidak seberapa dan ramai dari ibubapa yang tidak ambil kisah.

Tugasan kenderaan dakwah bukan mahu bertanding tetapi mahu menghalang kenderaan mungkar itu dari berleluasa menguasai litar kehidupan tadi. Dan antara yang laju ialah laju mencintai dunia.

Gabenor ke 3 yang memerintah Sepanyol ( Andalusia)pada sekitar tahun 100 hijrah iaitu seorang Panglima hebat., Abdur Rahman Rufaqi pernah bertanya kepada seoran zimmi yang berketurunan Perancis., ” Mengapa Raja kamu Charles Marttin tidak menyerang untuk menakluki semula Andalusia? Antara jawapannya yang panjang itu boleh di simpulkan pandangannya terhadap orang Islam:-

Kamu berjuang untuk mati tetapi kami berjuang utnuk hidup.
Peganagan kamu terhadap Islam sangat kuat dan sangat ikhlas
Walaupun tentera kamu tidak seramai kami, malah senjata kamu daif tetapi gelombang dan berita keberanian tentera kamu mengecutkan hati kami, umpama ombak yang tiada apa yang boleh menghalangnya

Dan menurut zimmi itu lagi, ” tetapi kami akan menyerang kamu apabila kamu juga semakin sibuk mengumpulkan harta peperangan, terpesona dengan barang-barang rampasa yang tidak pernah kamu lihat dan kamu pegang, dan ketika itu kita tiada beza dan pasti kami akan menang!!”

Terpesona dan leka dengan dunia ialah antara batu-batu halangan yang melambatkan pergerakan iman dan taqwa. Hambatan yang melonggarkan pegangan dan keiklasan untuk berjuang.

Sehingga kelekaan dan keselesaan itu umpama selimut lalu kita berkemul ( Al Muzammil dan Al Mudthasir). Dalam ayat muzammil, kita diberitahu jauhkan selimjut untuk bangun tengah malam untuk mengdambakan diri, pengdambaan yang merupakan ’minyak’ yang akan melajukan iman dan kerja amal. Seperti yang kita maklum, ayat ini adalah satu arahan Allah kepada Nabi SAW dan para Sahabatnya wajib pada setiap malam bangun bertahjud selama SETAHUN!!! Manakala Nabi SAW terus menunaikan tahajud pada setiap malam sehinggalah akhir hayat baginda.

Gejala mungkar dan maksiat sentiasa laju, sedangkan usaha mengajak umat kembali kepada Islam masih perlahan, bila kita perlahan dalam urusan mendekatkan diri kepada Allah, perlahan dalam dakwah fardi, perlahan dalam pentadbiran jemaah, perlahan dalam usrah, perlahan dalam pentarbiahan dan perlahan dalam pembetukan generasi pewaris.!!!

Kenderaan F1, semakin laju dan semakin canggih, bagaimana pula kenderaan kita?

Kelajuan ini boleh juga diumpamakan kelajaun mereka dalam bidang ilmu, teknologi, ekonomi, kuasa politik, persenjataan, maruah diri dan sebagainya. Musuh Islam semakin laju dan kehadapan, tanyakan pada diri sendiri, atau tanya pada organisasi kita, atau pada masyarakat kita, bagaimana persediaan kita untuk 'melajukan' kenderaan!!!

Tahniah
Kerana anda berjaya baca artikel ini
Ana copy paste je
Tapi yang pastinya, antum sume mesti dapat sesuatu daripada artikel ni
Segala kesilapan harap dimaafi
ASSALAMUALAIKUM





http://bioibadah.blogspot.com

Tuesday, June 3, 2008

Hikmah merapatkan saf......

Memandangkan kte ni bakal2 pejuang ISLAM, ini ada perkara yg menyntuh ttg perkara pling pnting dlm hidup kte: SOLAT

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).

Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).


Monday, June 2, 2008

Kisah Tentang Katak Kecil

P/s: cerita ini agak panjang. harap maklum + maaf


Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil...

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
... yang berlumba lari..

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Photobucket
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai...

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Unnn,, gedek gedek" cheh, gurau jek ;p
"Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil... Menaranya terlalu tinggi...!!"
Photobucket

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi... dan semakin tinggi..

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar !!! Tak seorang seekor pun akan berjaya!"
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...

.....Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!

Photobucket
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara.
Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Photobucket

Seorang Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Photobucket

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu pekak!!

Photobucket
muke innocent plek


Kata bijak daripada kisah ini adalah:
Photobucket

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!


Kerana itu:

Tetaplah selalu....

Photobucket Positive!!


Dan yang terpenting:

Photobucket
Buat tak tau (atau dalam bahasa kasarnya, buat pekak) jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:
I can do this!

-----------------------------------------------------------------------

Tambahan:
Tapi, kalau over-confident tu pon bahaye juga.
Kesimpulannye, berpada-padalah confident tu ye.
Maaf sebab ada tatabahasa error. Namun, ia telah di-edit.

.: wassalam :.

Sunday, June 1, 2008

Pesanan Saidina Umar terhadap Ilmu dan Ilmuan

Pesanan Saidina Umar Al Khattab Terhadap Ilmu dan ilmuan.

1.Apabila kamu lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana tiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukan diri dengan apa yang dicintainya.

2.Apabila tergelincir orang yang berilmu. Maka tergelincirlah segenap alam makhluk.

3.Pelajarilah ilmu! Pelajarilah ilmu untuk ketenteraman, ketetapan hati dan kelembutan jiwa! Tunduk dan rendahkanlah dirimu kepada orang yang padanya kamu belajar!Begitu pula hendaklah tunduk kepadamu, orang yang belajar padamu! Janganlah kiranya kamu menjadi ulamak yang yang bertabiat kasar! Agar tidaklah ilmu itu tertegak dengan sebab kejahilanmu.

Kecantikan 'LElaki', Kegagahan 'Wanita'

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

SEkian...