Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Wednesday, July 9, 2008

Alam Persekolahan

Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh~

Alhamdulillah, hari ni, kita dapat bercuti selama sehari.
Dah lame tak update blog ni ek..
Ana nampak banyak post kat draft tapi tak ter-post plak..
Takpe, biar ana yang update (eceeeh)

Ana nak share lirik lagu kali ni (lagi?). Huehuehue.
Tajuknye : Alam persekolahan
Munsyid: Mirwana

Mungkin ramai yang dah pernah dengar lagu ni. Sebab lagu ni dah lame sangat. Tapi, papepon, kite abaikan. Ni lirik dia:

Allah Oh Tuhan
Pencipta Alam
Kupohon dari-Mu
Berdoa pada-Mu

Allah Oh Tuhan
Terangilah hatiku
Agar ku mampu Terus maju

Alam Persekolahan
Penuh dengan Cabaran
Perlukan Kesabaran, Keteguhan iman
Oh Tuhan

Kumahu Menimba ilmu
Agar kumampu Majukan ummahku
Berusaha perlu Sedaya yang mampu
Dan berserah pada-Mu
Allah Yang Satu

Menuntut ilmu Bersabar selalu
Kulengkapkan diriku Dengan azam baru

Pendek je lirik dia. Tapi best la. Bagi ana.
Sebab lirik ni memang berkaitan dengan hidup kite sebagai pelajar.
Alam persekolahan dan remaja ni memang penuh ngan cabaran dan dugaan ni kan? Tapi, pengalaman ni lah yang mematangkan kite. (cewaaahh..)
Sebab tulah, kite kene banyak bersabar, kuatkan iman, tabahkan hati dan kene ingat Allah selalu. Barulah hati kite tenang, dan insya-Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Asalkan kita terus istiqamah dalam do'a kita.

Trial lagi sebulan je lagi.
PMR lagi 97 hari je.
Tak lame tu.
Wahh, betapa cepatnye masa ni berlalu.

Oleh itu, wahai rakan-rakan seperjuanganku yang dikasihi sekalian,
(ni untuk diri ana sendiri jugak),
berusahalah! Andai kite gagal, jangan putus asa! Tu cumelah ujian buat kite.
Teruslah jaga hubungan kita dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa, keluarga, guru-guru dan tidak lupa juga, jagalah hubungan sesama kita..

Bila rasa ada sakitkan hati sesiapa, cepat-cepat minta maaf.
Bila minta maaf, hati kita rasa tenang kan?
Bila hati dah tenang, senanglah nak belajar kan?
:)

Huuuuhh~
Ana tak tau nak bebel ape lagi. Huehuehue~
Hm. Oh ye, jike anda semua nampak ana wat silap, tegurlah ana.
Sesungguhnya, teguran daripada seorang sahabat itu lebih baik..
Insya-Allah, ana akan cube ubah diri anda untuk jadi yang lebih baik.

Apa-apapun, semoga kita semua dapat mencapai target kite iaitu GPK 1.3! Memang susah, tapi tak mustahil kan? Belajar tekun-tekun,, kite semua bersatu-padu,, kemudian tak putus asa dan terus berusaha,, insya-Allah, the 12th Generation of SMIH akan dapat mencapai kejayaan!

Sekian je daripada ana.

.: wassalam :.

No comments: