Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Sunday, August 31, 2008

12 Langkah Agar Puasa Kita Sempurna



Bulan Ramadhan menjelang lagi. Sekali lagi pada tahun ini mari kita menjernihkan hati dan amalan kita, agar puasa kita lebih sempurna. Kali ini kita akan mencermati beberapa petunjuk berpuasa yang ditulis Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah dalam bukunya RISALAH RAMADHAN. Dalam bukunya ini, beliau menyenaraikan langkah-langkah menggapai kesempurnaan ibadah puasa:



1. Bersahur.

Makan sahur dapat membantu kekuatan tubuh badan sepanjang berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Makan sahurlah kamu, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Melewatkan sahur.

Adalah lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya (imsak), kerana ianya dapat mengurangi rasa lapar dan haus semasa berpuasa. Hendaknya berhenti dari makan dan minum beberapa minit sebelum terbit fajar.

3. Segera berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Manusia sentiasa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

4. Mandi hadas besar sebelum fajar.

5. Tilawah al-Quran.

Manfaatkan bulan Ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan di dalamnya, yakni tilawah Al Quran. Sesungguhnya Jibril a.s. selalu menemui Nabi s.a.w. untuk membacakan al-Quran baginya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Menjaga lisan daripada berdusta, mencela dan mengadu domba. Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak perlu terhadap puasanya dari makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Berharap agar puasa tidak membuat kita keluar dari kebiasaan.

Misalnya cepat marah dan emosi hanya kerana sesuatu yang remeh, dengan alasan bahawa kita sedang berpuasa. Sebaliknya, puasa membuat jiwa kita tenang dan tidak emosional. Sekiranya kita diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, jangan membalasnya dengan perbuatan yang serupa. Nasihatilah dia dengan cara yang baik. Nabi s.a.w bersabda, ”Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan menjerit-jerit. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata, Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

8. Mengharapkan selesai dari puasa dengan membawa takwa kepada Allah.

Takut dan bersyukur kepada-Nya, serta sentiasa istiqamah dalam agama-Nya. Hasil yang baik itu diharapkan mengiringi kita sepanjang tahun.

9. Menjaga diri dari pelbagai syahwat.

Meskipun halal bagi kita, agar tujuan puasa tercapai dan dapat mematahkan nafsu dari keinginan tersebut.

10. Makan makanan yang halal.

Tidak ada gunanya berpuasa dari yang halal, tetapi berbuka dengan yang haram.

11. Perbanyakkan bersedekah dan berbuat kebajikan.

Hendaknya kita lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluarga dibanding selain bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan ketika di bulan Ramadhan.

12. Ucapkanlah Bismillah ketika kamu berbuka

seraya berdo’a, ”Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki-Mu aku berbuka. Ya Allah, terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan amal ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

Saturday, August 30, 2008

Hadis Tentang Puasa

Assalamualaikum
Ana sebagai khalifah di muka bumi ini ingin menyampaikan sesuatu yang penting
Untuk antum semua tau.
Semua tau pasal hadis yang berbunyi lebih kurang gini.
10 malam pertama rahmat.... Ila akhir hadith.
Tau kan?
Ana punye ayah ade jumpe satu artikel yang mengatakan tentang hadith ni.
Artikel tu mengatakan hadith ni x shahih.
Hadith ade byk peringkat keshahihan, btol x?
1.Shahih 2. Hasan 3.Dhaif 4.Matruk 5.Maudhu' 6.Munkar.
Ana x pasti mane satu
Tp yang pastinye hadith tu antara Matruk(semi-palsu), Maudhu' ngan Munkar.
Ana pon xbole la kate artikel tu 100% btol, Tp sebaiknya kita cuba sedaya upaya
Untuk tidak menggunakan hadith ni atas sebab keraguan.
Sebab lebih baik kita elak dr gunakan benda yg syubhah dr gunaknnya
Untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus ke dalam perkara yang
HARAM...
Harap dapat sebarkan lah ye...
TQ..
Assalamualaikum.

klu ade salah bole bg komen

Wednesday, August 20, 2008

Info: Sambutan Merdeka di Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum.

Di sini ana ingin membuat iklan dan makluman serba sedikit maklumat tentang sambutan kemerdekaan di sekolah kita. Buat makluman semua, seperti yang kita tahu motto sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah ;

PERPADUAN ASAS KEJAYAAN
atau
dalam arabic nya
AL-ITTIHAD ASAS AN-NAJAH

Antara aktiviti yang diadakan khas untuk dinukilkan di rumah adalah;
1. Sajak
2. Esei
3. Poster
4. Puisi

Bagi memudahkan anda menghasilkan karya-karya tersebut, boleh merujuk objektif-objektifnya seperi di bawah;
1. menyambut kemerdekaan ke 51
2. mengukuhkan semangat patriotik
3. meningkatkan semangat berjuang diri, agama, bangsa dan negara
4. memerdekakan pemikiran, sahsiyah dan budaya

Sebelum anda menghasilkan karya tersebut, patuhi syarat-syarat berikut;
1. tulislah dengan hati yang ikhlas,tenang,terbuka dan hammasah! (*sangat2 digalakkan)
2. hasil karya mestilah daripada buah fikiran sendiri
3. tidak dibenarkan mengambil daripada mana-mana bahan yang sudah siap atau bahasa mudahnya "copy and paste"
4. boleh menyelitkan unsur keagamaan atau peringatan (sangat digalakan)
5. Syarat khas untuk poster;
- mestilah menggunakan 4 warna seperti dalam bendera negara sahaja (merah, putih, biru, kuning)
- boleh meggunakan tangan atau komputer (tetapi tidak boleh menggabungkannya)
- karya bersaiz sebesar kertas lukisan atau kertas A3
- boleh menghasilkan mengikut kreativiti anda
6. Tarikh tutup menghantar karya-karya tersebut adalah minggu selepas naik cuti. maklumat terbaru akan diberitahu kemudian.
7. karya yang telah disiapkan, sila hantarkannya secepat mungkin kepada:
- Akh Muhammad Irfan Bin Ahmad Hisyam, bagi banin (4 Abqari)
- Ukht Maryam Rufaidah Binti Zainal Abidin, bagi banat (4 Imtithal)

---------------------------------------------------------

Sebelum saya mengakhiri, JOM ramai-ramai sertai pertandingan2 ini. tapi, ingat syarat pertama hendaklah selesai terlebih dahulu. Bila hati ikhlas, 100% Allah janjikan ganjaran lumayan yang lebih hebat. Usah fikirkan glamour dan hadiah yang kami sediakan buat anda, ianya akan habis dan tidak kekal. Tapi ganjaran yang Allah beri, meningkatkan peratusan kemewahan hidup kita di akhirat kelak! Percayalah!

JOM tempah ganjaran Allah!! (*man jadda wa jada)

baiklah sahabat2 sekalian jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah berkenaan pertandingan ini anda bolehlah menyatakannya melalui komen di bawah. (*atau sekiranya anda mempunyai cadangan atau idea yang lebih menarik, sila suarakan pendapat anda)

syukran 'ala kullihal, wallahua'lam

P/S: copied from batch sebelas.

Tuesday, August 19, 2008

Kerjaya Tepat Untukmu..

Salam..

Maybe ni terlalu awal untuk kita sbg plajar form 3, tp ada baiknya kalau kita ambil langkah awal sbg persiapan utk pilih course yg sesuai thn depan.. Mesti ramai yang still confuse, nak ambik klas sains tulen ke, sains sosial ke, sastera ?? Yang mana satu plg match dgn cita2 kita.. Ada jugak yg confuse dgn cita2 sndiri.. Doktor?Lawyer?Designer?Apa ek??So,hrp2 kuiz ni dpt tolong kita dlm buat kptsn tntg perkara yg penting dalam hidup kita..

Sila jawab soalan2 dibawah dgn yakin dan jujurlah dgn diri sndiri..

1. Semasa kecil apa permainan yg sering jadi plhn kamu bersama teman2?
a. suka main kejar2 dan lumba lari..
b. berlakon jadi cikgu dan berlagak melakukan kerja di pjbt..
c. selalu berangan jadi ratu dan popular..

2. Hobi kamu semasa waktu lapang..
a. sertai aktiviti lasak spt panjat gunung, camping, etc..
b. duduk rumah,baca buku..
c. shopping dan tonton wayang..

3. Setiap kali berkumpul dgn kawan2,topik yg menarik perhatian kamu adalah..
a. bercerita ttg pengalaman sendiri..
b. topik yg berkaitan dgn politik,sejarah dan sains..
c. perkembangan semasa dan gosip artis..

4. Kamu baru sahaja keluar dari kereta,tiba2 ada orang minta tolong sbb beg tangan nya di ragut. Tindakan kamu..
a. tanpa fikir panjang dgn pantas kejar pencuri tersebut..
b. menawarkan pertolongan utk bawanya ke balai polis yg berdekatan utk buat report..
c. mengajukan bbrp soalan kpdnya smbil menenangkannya.

5. Tiga sifat positif dlm dir kamu..
a. lasak, suka cabaran, berani..
b. suka bantu orang, tidak mudah putus asa, rajin berusaha..
c. peramah, pendengar yang baik, ambil berat pada org lain..

6. Kamu dengar ada gosip buruk ttg kamu disebarkan oleh temanmu sndiri. Tindakan kamu..
a. bertemu dgnnya dan bertanyakan ttg gosip yang disebarkan ttg kamu..
b. biarkan saja,sbb kamu pasti org x percaya gosip tersebut sbb kamu mmg x pernah terlibat dgn apa yg disebarkan..
c. marah2 dan terangkan pada semua org kdudukan yg sbnrnya..

Jawapannya..
Sekiranya kamu banyak menjawab...

A
Kerjaya tepat : polis, tentera, peguam & arkitek
Kamu seorang yg berani dan tahan lasak. Kamu tak suka kerja di pejabat yg menuntut kamu duduk diam dan menaip dan siapkan kertas kerja. Kalau kamu memaksa diri duduk di pjbt, kamu akan jadi pekerja yg plg x produktif!So,jgn paksa diri ya!!

B
Kerjaya tepat : doktor,akauntan,ahli politik,ahli perniagaan
Kamu memiliki sifat yg sentiasa tenang dann bijak mengawal keadaan. Kamu juga matang dlm membuat keputusan. Namun, kelemahan kamu adalah kamu terlalu protokol,sbb tu lah kamu tak boleh buat kerja yang lasak dan kasar!

C
Kerjaya tepat : Wartawan,guru,kaunselor,setiausaha
Sikap kamu senang bergaul dan mudah sesuaikan diri ke mana saja kamu pergi. Paling menarik ialah kamu mampu utk bekerja dlm mana2 bidang tp 4 kerjaya ini adalah yg plg sesuai!


Okey,sampai sini je kali ni.. Hrp2 lps ni x ada lah yg keliru lg dgn diri sndiri.. Maybe kuiz ni x lah tepat sgt, tp cukuplah sbg clue utk kita buat keputusan dgn lebih mendlm..So, stay tune..

Salam..

^__^ (3) ©

Bismillahirrahmanirrahim. [96:1]

Alhamdulillahirrabbil'alamin; nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruhu.

Sekali lagi KEMBALI ; mengungkap bicara buat



Generasi 12 : Pembangun peradaban DUNIA dan ISLAM!
(i)
Alhamdulillah kita sudah sampai di 'utlah bulan Ogos 2008 ini. Juga sebagai suatu petanda PMR sudah tidak lama lagi. Seiring dengan geraknya kiraan di penghujung kanan atas navigasi blog ini tanpa henti, seharusnya sepantas itu juga lah kita menggandakan jihad kita kini.

Sekadar mahu mengingatkan semua agar sentiasa berusaha mengislahkan diri daripada semasa ke semasa; tiada terkecuali. Bahkan Rasulullah SAW juga sentiasa berusaha menggandakan amalannya dan menginstropeksi diri, apatah lagi kita sepatutnya?!


(ii)
Masing-masing dalam generasi ini punya influence tersendiri. Masing-masing ada pembawaan yang berbeza. Ana cukup bimbang andai suatu hari nanti, pengaruh batil yang menguasai segenap generasi kita ini. Siapa yang tak tahu kata-kata dan pandangan serong segelintir manusia terhadap generasi kita ini kan? Pada pandangan ana, bukanlah kerana generasi ini terlampau ramai yang bermasalah; namun, hakikatnya generasi ini kekurangan orang yang HEBAT. Bukanlah antum semua (termasuk ana) ini tidak HEBAT; Bahkan kalau diukur daripada beberapa aspek, rasanya generasi ini boleh dikatakan cemerlang juga, lihatlah siapa yang mewakili sekolah dalam netball, chess, debat, bahas ,debate, memasak , golf, bola sepak, esei , bowling, ping pong, dsb ?! selagi Hidayah benarkan, selagi itu generasi kita ini cuba mencari ruang dan peluang untuk menonjolkan diri. Segala puji bagi Allah AlKhaliq yang mencipta daya kemahiran luar biasa buat generasi kita. Kembali ke pangkal jalan, HEBAT menurut takrifan ana ialah...
hebat dalam prestasi akademik dan akhlak; seimbang kedua-duanya.


" Katakanlah (Muhammad), "Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing; Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih BENAR jalannya" [17:84]

Selalu ana terfikir, bagaimana ya perasaan manusia yang begitu berhajat akan najah daripada Allah, namun tidak berusaha untuk men-cemerlang-kan diri dalam merebut redhanya Allah; masih lagi dengan ikhtilat, dengan main-main, dengan bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dsb. (termasuklah ana) Kadang-kadang bila tersedar bolehlah nak istighfar; tapi kalau tengah bawah sedar tu?
Bagaimana ya...

(iii)
Aiwah, maka dengan itu, apa yang ingin ana bicarakan sebenarnya ialah; kita semuanya sama ada sedar ataupun tidak, perlukan kawan yang boleh sentiasa mengingatkan diri kita dan sentiasa membimbing kita. tidak semestinyalah pemBIMBING rakan sebaya ke, siapa ke, asalkan kita thiqoh pada seorang sahabat kita yang boleh kita jadikan 'gang' dalam ingat-mengingati!

sehubungan dengan itu (ni point utama) , ana merasakan bahawa sebenarnya pandangan serong manusia lain terhadap generasi ini adalah berpunca daripada kekurangan individu yang boleh dijadikan teman ingat-mengingati!; (ek, faham ke?) Kurang sangat-sangat. Sedangkan Allah berfirman dalam AlQuran, umat terbaik adalah yang melaksanakan 'amar ma'ruf nahi mungkar. Oleh kerana itulah mungkin XII gen ini belum lagi boleh dianggap terbaik lantas mendapat pandangan serong percuma daripada segelintir individu.

(iv)
Mari kita buktikan! Jadilah wira hebat di sisi Allah; insyaAllah , generasi ini mampu bangkit semula dan menyerlah jauh dari yang biasa!


(Untuk menjaga hati manusia) highlight di bawah untuk melihat :
(v)
JUGA, ana malas untuk bertangguh lagi, sedikit teguran untuk beberapa individu yang menghadiri seminar PMR tempoh hari yang mana tidak segan-segan mengangkat tangan tanda bangga selaku warga HIDAYAH dalam ruangan kuliah 8 itu saat ditanya cikgu seminar dan JUGA tidak segan-segan melakukan ikhtilat dalam ruangan kuliah 8 itu. Ana nak antum ingat, Allah itu ada di mana-mana dan tidak terkecuali di dewan kuliah 8 itu. Mohon kesilapan yang sama jangan diulangi lagi. Allah akan meminta pertanggungjawaban atas semuanya. Maaf, bukan niat ana membuka pekung kepada dunia , namun, setahap dengan antum yang tidak segan melakukan kesalahan itu BUKAN buat kali pertama, maka ana pun tidak segan untuk menegurnya kali pertama di mata dunia. JUGA berniat untuk memberi pengajaran kepada yang lain. Orang mukmin itu tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali, apa prasyarat nya? : Rajin muhasabah diri dan ISTIGHFAR!



Aasifah jiddan andai bahasanya agak kasar; namun memetik sebuah hadith;

"Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar aqal
(kecerdasan)
mereka masing-masing" [Rowahu Muslim]

Jadi, sengaja dilakukan : To Make People Understand.
Post ini bertanda Hak Cipta Terpelihara © daripada Allah ArRaqib mengawasi tingkah laku manusia DI MANA PUN JUGA.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. WallahuA'lam.
http://intelchaliph.blogspot.com

Saturday, August 16, 2008

Pergaulan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Mengasihani

Pertama-tamanya ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi ana peluang untuk hidup beribadah kepadanya dan sebagai tujuan ana dicipta. Selain itu, juga ana ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan nikmat iman dan islam.

Actually, ana post kali ini kerana masalah ikhtilat ini berleluasa di dalam batch kita, ana nak tegur sikit la sbb ana dengar ada dalam kalangan kita ada yang suka 'cinta' seseorang itu sampai bercouple. Actually ni untuk dia sahaja and sape2 la.

Cinta adalah fitrah manusia lelaki dan wanita. Cinta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ada kaitan dengan nafsu syahwat. Ingatan kepada makhluk akibat cinta yg menyebabkan kita lupakan Tuhan, itulah yang terlarang.

Bagaimana kita mengukur ingatan kita sama ada kepada Tuhan atau kepada makhluk? Tanyalah diri masing2. apabila kita dibuai nafsu syahwat, atau ingatan terhadap yang tersayang, di saat itulah kita lupakan Allah yang Maha Menyayangi.
Cara atasinya ialah dengan berkahwin. Sebab itulah Islam amat menggalakkan agar kita permudahkan urusan perkahwinan agar dapat menghindari gejala sosial.

Bukankah pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Bagaimana mungkin kita ingin berkahwin dengan seseorang itu kalau tak kenal. Maka Islam membenarkan kita mengenali bakal isteri atau suami tetapi dengan batasan2 tertentu. Antaranya diharuskan kita melihat bakal suami atau isteri dengan ditemani oleh mahramnya seperti ayahnya, ibunya, adik beradiknya yang sudah baligh.

Maka, daripada kenal, berpindah kepada mencintai.

Dalam kes yg saudari kemukakan, Sudah tentu seseorang yg ingin mencintai ia pasti mengenali yg dicintai walaupun tidak bertemu. Maka mencintai seseorang tanpa berlaku pertemuan dan perhubungan terlarang (termasuklah melalui telefon bimbit atau chatting yg mengandungi perkataan2 yg tidak perlu), ia dibolehkan syarak. Laksanakan pernikahan sebelum syaitan mengheret ke lembah kehinaan.

Ingatan: berhubung sama ada dgn telefon atau internet hendaklah diasaskan atas keperluan yg dibenarkan seperti bincang ttg kenduri, belanja, persiapan dll. berhubung semata2 bertanya kabar, dah makan ke, dah mandi ke, apa hobi awak, dll seumpamanya tidak termasuk dlm yg dibenarkan syarak melainkan memang ada urusan perkahwinan yg perlu diuruskan, maka bolehlah bertanya khabar ketika itu.

dipetik dari http://ibnuabbas.wordpress.com

Yang baik dari Allah makalana yang buruk itu datang dari Allah tapi disandangkan oleh ana.

Allah lebih mengetahui

Saturday, August 9, 2008

Percubaan PMR Kita

Salam.
Percubaan PMR: 8-15 Ogos 2008

Wah. Tak sangka sekarang ni tengah trial. (ceh, sempat lagi update).
Untuk sesiapa yang belum salin jadual (hoh?), ni jadual trial.
Maaf sebab ana tak salin masa. Sape yang ada full jadual siap ngan masa, bolehla post baru lagi. Ataupon edit je post ana ni (jike anda mampula)

Jumaat (8/8/08) - Bahasa Arab Komunikasi
Isnin (11/8/08) - Bahasa Melayu 2, Sejarah, Bahasa Melayu 1
Selasa (12/8/08) - English 1, Geografi, English 2
Rabu (13/8/08) - Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu (KMT/ERT)
Khamis (14/8/08) - Science 2, Science 1
Jumaat (15/8/08) - Mathematics 2, Mathematics 1
*jika ada sebarang kesilapan, sila laporkan segera.

Selepas Trial, kita akan bercuti selama seminggu..
Em. Apa-apapun, bittaufiq wa najah untuk semua warga Generasi ke-12 SMIH!
Teruslah istiqamah dalam do'a dan tambahkan usaha!
Baca doa sebelum jawab setiap kertas tau!
Jangan asyik ingat olimpik sampai tak ingat nak study sude~

Sekian.

We care . We love . We move . MOVE IT!

.: wassalam :.

Saturday, August 2, 2008

Pembuka Bicara..

Assalamualaikum..
Hello!
Konichiwa!
Ola!

Salam pembuka bicara buat team blog Gen 12!
A very good morning to my dearest fellow friends..

Hah..First time tulis blog la katakan..Dah macam nak buat PLBS dah.. Bahang PLBS still terasa walaupun dah lama habis.. Cepatnya masa jalan..

Berbalik kepada kisah tentang penglibatan pertama kita dalam blog ni..Nervous tu ada jugak sebab takut tersalah bahasa.. So, kepada rakan2 team blog ni, tegur2 lah kalau ada yang salah.


Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
(ceh..dah mula dah pantun2 ni..)

Sebenarnya banyak yang kita plan untuk di post kan ke blog ni, antaranya psycho test, artikel tentang remaja, tips2 sihat n so on.. Disebabkan ni first post kita, so yang lain tu lepas exam, insya Allah kita postkan.

Last but not least, kita ucapkan congratulations kepada team blog ni yang berjaya mewujudkan blog untuk generasi 12 ni.. (kalau ada laman web lagi best kot..Maybe one day, siapa tau..). Sekian daripada kita,wabillahi tawfiq wal hidayah, salam..

P/S: Dah ready nak exam?Harap2 semua dah..Relax,jangan pusing2kan kepala tu, takut patah nanti..Yang penting kita dah isti'dad utk imtihan kita ye..Lepas tu boleh la kita istirehah sekejap slame beberapa hari sebelum bermulanya kelas tambahan dan sesi persekolahan untuk penggal terakhir!Siapa2 yang nak balik qariah tu,jangan lupa bawak kitab ye..(betul ke arabic kita ni?)

Tulus dan Ikhlas,
Siti Rafeeqa Rosli
a.k.a
FyqaRose..