Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, September 27, 2008

Mari Belajar !

Assalamualaikum wa rahamtullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk hidup sehingga saat ini, iaitu pada 10 malam terakhir di mana salah satu malamnya terdapat lailatul qadar.

Mula-mula sekali, ana nak minta maaf andai susunan ayat dan tatabahasa ana tidak betul. Namun, ana akan cuba untuk memperbaikinya.

(wah. nampak skema pula. takpe2)

Alhamdulillah, sekarang kita sudah pun mula bercuti selama seminggu Photobucket .Insya-Allah, hari Selasa depan adalah hari terakhir Ramadhan. Huu, syahdunye.. Kemudian, minggu seterusnya, kita akan kembali ke sekolah dan minggu seterusnya lagi, kita akan menghadapi peperiksaan yang agak besar iaitu PMR. Macam tak percaya je PMR dah begitu dekat. Sangat-sangat dekat!

Tiba-tiba ana teringat kata-kata Ustazah Suhailah ketika KHB hari tu. Kita kena bantu kawan kita. Sekurang-kurangnya pun doakanlah dia. Kita juga perlu sentiasa berdoa agar dilapangkan dada dan minta dijauhkan dari segala masalah yang berat-berat, lebih-lebih lagi pada saat-saat genting ni.

Insya-Allah, waktu cuti seminggu ni, kita boleh mempertingkatkan lagi kefahaman kita tentang subjek-subjek yang kite agak lemah. Paling penting, jangan lupa buat ini ;

.: not clear? click pic to enlarge :.

Kepada semua warga 12th generation of SMIH juga diriku, jom kita cuba siapkan semua latih tubi ni! Balik kampung nanti, bawalah kertas-kertas ni sekali. Bolehla berbincang dengan saudara-mara yang juga ambil PMR (kalau ade la).

Juga, sibuk-sibuk belajar ni, jangan lupa, kita masih di dalam 10 Ramadhan yang terakhir. Sentiasalah menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.. Dah penat belajar tu, bacalah al-Qur'an sekejap. Tapi, jangan pula sibuk sangat solat, mengaji, berzikir sampai terlupa nak belajar. Belajar tu kan ibadah juga. Seimbangkanlah aktiviti (?) kita. Insya-Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Heh. Baru perasan bahawa sesungguhnya panjang juga ana taip. Sebelum ana mengakhiri post ini, ana nak minta maaf sangat-sangat kepada kamu-kamu yang rasa ana dah pernah melukai zahir mahupun batinmu. Ana harap, kamu-kamu semua dapat maafkan ana. Kalau tak puas hati dengan ana ke, cakap je ngan ana. Lebih baik selesaikan kat dunia sebelum disoal di akhirat. Tak sanggup ana.

Sekian, terima kasih.

P/S: Tahniah kerana berjaya membacanya sampai habis! N, Jika anda menyedari sebarang kemerepekan yang ana tulis di sini, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ana sedang mengantuk.

Photobucket

.: wassalam :.

Saturday, September 20, 2008

Kisah Brownies..

Salam..

Hmm, lama blog ni sunyi, takda latest post..

Ada cerita yg nak kita share.. Harap2 kita semua dpt pengajaran..

*Tak tau la kalau ada yg dah baca.. xpe lah, baca je lg..

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”


“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

brownies

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”


Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”



Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”


“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

* Sumber dari :www.iluvislam.com

Setitik kejahatan boleh mengotorkan seluruh hati kita..Selagi kita boleh asingkan bahan yg kotor tu, asingkan lah, tp kalau dah sebati mcm dlm brownies tu, x kan nak mkn jugak??

So,,,think about it.

Friday, September 5, 2008

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Salam~

Hmm.... dah lama ana tak tulis apa-apa kat sini...
Yelah.... Orang dah takde idea kan....
Nak buat macam mana....

Okay, kali ni, ana nak cakap satu je perkara...
Um, mungkin dua kut....

Baiklah, yang pertama ialah, seperti semua sudah maklum, pada tanggal
15 September, kita semua akan hadapi Trial PMR kita
yang kedua...
Bukan pada 9 September ye...
Nanti clash dengan iftar batch kita pula...
Hah! Tu lagi satu benda ana nak ingatkan kat antum...
Jangan tak pergi tau...
Ana dengar, grand jugak mereka nak buat...
Jadi, hargai usaha AJK-AJK yang telah berpenat lelah nak uruskan program ni...
Yuran dia pun jangan lupa bayar...
Alah, setakat RM 1.oo takkan tak boleh langsaikan...



Jadi perkara kedua yang ana nak sebut ialah,
ana harap selepas ini, ana nak semua orang bantu-membantu
dalam mencapai GPK 1.3 yang kita semua impi-impikan ....
Yelah, trial kita yang lepas ni pun,
kita hanya berjaya mendapat GPK 2.41...
Kalau tak silap analah...
Jika salah, tolong cakap ye...
boleh ana betulkan...


Lepas tu, ana nak minta sangatx100 kepada semua orang yang guru dia, ataupun kawan-kawan
sekolah luar mereka, ataupun cikgu tuisyen ke, kalau tak pun, dia pergi seminar apa-apa pun yang telah memberitahu tajuk-tajuk yang mungkin akan keluar dalam PMR, tolonglah beritahu kawan-kawan yang lain....


Kalau kita ada ilmu, mesti kita nak kongsi dengan kawan-kawan kan?
Jadi, berikhtiarlah agar tajuk-tajuk yang antum tahu tu disebarkan kepada seluruh batch...
Ana tahu, Ustaz Kamarul Kalam dah bagi tajuk PI kepada budak-budak 3 Itgan dengan Istiqamah....
Dan, orang yang pergi seminar PMR hari tu ada tajuk-tajuk untuk sains...
Subjek lain pun ana yakin mesti ada orang yang tahu tajuk-tajuk yang dijangka keluar...
Postlah dekat blog ni ke, kasi kepada AJK GPK yang dilantik pun tak apa.
Nanti boleh fotostat nanti....
Kan banyak pahala dapat tu?
Malah, boleh tolong batch lagi...


Tetapi, kalau dapat pun tajuk-tajuk yang dijangka keluar,
ana nak nasihatkan, janganlah terlalu bergantung pada tajuk-tajuk tu je....
Janganlah sampai ulangkaji bab-bab tu je dari sekarang, sampai hari PMR nanti..
Yelah, manalah tahu, kut-kut bab tu tak keluar.
Bab lain pulak yang keluar...
Kan dah susah tu...
Kalau dapat bab-bab yang mungkin keluar, jadikannya sebagai panduan.
Kita tengok, antara semua bab-bab yang tahu,
mana yang kita lemah?
Lepas tu, kita cuba mantapkan lagi bab tu disamping bab-bab lain yang kita belum mahir sepenuhnya....



Haa......Jadi, apa tunggu lagi?
lepas ni, jangan lupa ulangkaji sungguh-sungguh....
Biar ramai yang dapat 9 A untuk trial kedua dan sekaligus untuk PMR yang betul-betul...
Eh, terpanjang sangat pulak post kali ni...
Takpe...sekurang-kurangnya ana dah letak something
setelah sekian lama menyepi...




.:Make Some Noise:.

Make the Mostsalam~


I previously read Ili's post...and I agree that it's not that we have alot of bad people...it's just that we lack AMAZING ones'...sometimes to get what we want...we have to push ourselves...so hope this saying will inspire most of u or more importantly ALL of u...


xoxo

Almaz

Monday, September 1, 2008

Ramadhan 1429h



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "…Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Mari kita berpesta dengan ibadah.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Allahumma najihna fi kulli imtihan, khususan PMR wa SPM, wa fi dunia wal akhirah..