Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, November 29, 2008

Peranan Muslimah Sebagai Daie


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita. Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti. Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah. ]

Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. Marhalah Ta'rif

Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:

1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

1.2) Melahirkan insan yang faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal: "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. Marhalah Takwin

Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam). Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur). Dalam marhalah ini keujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

3. Marhalah Tanfiz

Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:

3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.

3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.

3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi: "Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3. Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah. Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim. Penutup Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa imamahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah. Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.

(diadaptasi dari UsrahHQ)

...Barakallahufiikum...

Thursday, November 27, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Buat Rijal-Rijal yang akan mendaulatkan Islam..

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..
GEMENTAR HATINYA, BERDEBAR JANTUNGNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU

LELAKI ACUAN AL-QURAN
TUTUR KATANYA AMAT DIJAGA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN ILMUNYA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG MENIPU
SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN KERANA SIFAT PELINDUNGNYA
MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
NAMUN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
LELAKI YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA
KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU
"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN NERAKA-MU,
MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA,ANDAINYA AKU MENGHARAPKAN SYURGA-MU
KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN,MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA
DAMBAANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB,
MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."

LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SESABAR NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI DIRI TIDAK SETABAH SITI HAJAR
MENGAPA MENGHARAP TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI DIRI TIDAK SESETIA KHADIJAH AL-KHUWAILID.


...Barakallahufiikum...

Tuesday, November 25, 2008

.: JOM BACE :.




Tajuk Buku : Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Penulis : Fathi Yakan
Sinopsis : Bahagian pertama buku ini bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”
membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi ,embolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Bahagian kedua kitab ini yang bertajuk “Apa Ertinya Saya Menggabungkan Diri dengan Harakah Islamiah” membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud ada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi enggabungan yang benar.

Thursday, November 20, 2008

Apakah wanita itu jahat dalam segalanya?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Salam, ana nk share skit pasal fatwa Al-Qardhawi di sini. Harap boleh ambil pengajaran darinya...

Pertanyaan:

Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:

"Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas daripadanya."

Apakah erti yang sebenarnya (maksud) dari kalimat tersebut? Apakah hal itu sesuai dengan pandaigan Islam terhadap wanita? Saya mohon penjelasannya. Terima kasih.


Jawapan:

Ada dua hal yang nyata kebenarannya, tetapi harus dijelaskan lebih dahulu, iaitu:

Pertama, yang menjadi pegangan atau dasar dari masalah-masalah agama ialah firman Allah swt. dan sabda Nabi saw, selain dari dua ini, setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditinggalkan. Maka, Al-Qur'an dan As-Sunnah, kedua-duanya adalah sumber yang kuat dan benar.

Kedua, sebagaimana telah diketahui oleh para analis dan cendekiawan Muslim, bahawa semua tulisan yang ada pada buku tersebut di atas (Nahjul Balaghah), baik yang berupa dalil-dalil atau alasan-alasan yang dikemukakan, tidak semuanya tepat. Diantara hal-hal yang ada pada buku itu ialah tidak menggambarkan masa mahupun fikiran serta cara di zaman Ali r.a.

Oleh sebab itu, tidak dapat dijadikan dalil dan tidak dapat dianggap benar, kerana semua kata-kata dalam buku itu tidak ditulis oleh Al-Imam Ali r.a.

Di dalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang, tidak dapat dibenarkan, kecuali disertai dalil yang shahih dan bersambung, yang bersih dari kekurangan atau aib dan kelemahan kalimatnya.

Maka, kata-kata itu tidak dapat disebut sebagai ucapan Ali r.a. kerana tidak bersambung dan tidak mempunyai sanad yang shahih. Sekalipun kata-kata tersebut mempunyai sanad yang shahih, bersambung, riwayatnya adil dan benar, maka wajib ditolak, kerana hal itu bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan ini terpakai di dalam segala hal (kata-kata) atau fatwa, walaupun sanadnya seterang matahari.

Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a. mengatakan hal itu, dimana beliau sering membaca ayat-ayat Al-Qur'an, di antaranya adalah:

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang, yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan isterinya, dari keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan wanita yang banyak ...” (Q.s. An-Nisa': 1)

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan firman-Nya): 'Bahawa sesungguhnya Aku tiada mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun wanita, (kerana) sebahagian darimu adalah keturunan dari sebahagian yang lain ...” (Q.s. Ali Imran: 195).

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah menjadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang ...” (Q.s. Ar-Ruum: 21).

Masih banyak lagi di antara ayat-ayat suci Al-Qur'an yang mengangkat dan memuji derjat kaum wanita, disamping kaum laki-laki. Sebagaimana Nabi saw. bersabda:

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik pula." (H.r. Ahmad dengan sanad yang shahih).

"Di dunia ini mengandungi kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang solehah." (H.r. Imam Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah).

"Barangsiapa yang dikurniai oleh Allah wanita yang salehat, maka dia telah dibantu dalam sebahagian agamanya; maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian."

Banyak lagi hadis-hadis dari Nabi saw. yang memuji wanita; maka mustahil bahawa Ali r.a. berkata sebagaimana di atas.

Sifat wanita itu berbeza dengan sifat laki-laki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayat. kesesatan dan sebagainya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an,

“Jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya); maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Q.s. Asy-Syams: 7-10)

Mengenai fitnah yang ada pada wanita disamping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, dimana hal itu telah diterangkan di dalam Al-Qur'an dan dianjurkan supaya mereka waspada dan menjaga diri dari fitnah tersebut.

Dalam sabda Rasulullah saw. diterangkan mengenai fitnahnya kaum wanita, iaitu seperti berikut,

"Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (H.r. Bukhari).

Erti dari hadis di atas menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang dikhuwatirkan lupa pada kewajipannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.

Selain masalah wanita, Al-Qur'an juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak.

Allah swt. berfirman dalam Al-Qur'an:

“Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Q.s. At-Taghaabun: 15)

“Hai orang-orang yang beriman!Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian' maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.s. Al-Munaafiquun: 9).

Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik.

Firman Allah swt.:

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik ...” (Q.s. An-Nahl: 72)

Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti kesemuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Allah swt. tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.

Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bahagian yang amat sensitif, realitanya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah swt.

Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum laki-laki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut.

Diwajibkanjuga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai sarana perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci.

Wajib bagi para wanita Muslimat kembali pada kodratnya sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah, dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, aga
ma dan negara.

Saturday, November 15, 2008

JOB VACANCY(berdasarkan kata2 Akhuna Zahid)

Assalamualaikum
*amanah dari akhuna Zahid Jamaluddin...

Ana nk buat satu promotion...
Sebagai mana yang antum sume tak maklum, Skola rendah ade kem tahfiz gak...
Jadi, mereka memerlukan beberapa orang fasilitator untuk program itu...
Zahid kate Liyana Z da jdk da...
Bak kata Zahid, derang nak fasi dari kalangan f3 ke atas...
Tapi kalau ANA pikirkan... f4 ade klas tambahan... f5... uhh.. mereka mesti nak buat prog..
Jadi, sebagai BATCH YANG TERBAIK, kita kenelah join...

Tarikh:17 - 23 Disember...
Masa:Tanye Liyana Z(sbb die da masuk)

Kelebihan:
  1. Dapat mengeratkan ukhuwah antare batch kita dengan batch skola rendah(derang pon taun depan ade yang nak masuk SMIH)
  2. Dapat berjumpa dengan rakan2 seperjuangan yang sudah lama kita tidak bertemu dengan mereka...
  3. Dapat meningkatkan lagi daya ingatan melalui hafazan + dapat tingkatkan mutu hafazan kita yang sudah lama kita tinggalkan..
  4. Mendapat Ganjaran dari Allah S.W.T dan insan yang membuat program ni(ana tau ape ganjaran die.. Zahid da gtau ana da... Tp jangan tanye ana sebab ana takut nnti antum jadik fasi tak ikhlas...)
Last Skali Penting.
5. Untuk membuktikan bahawa Batch kita boleh membantu sekolah walaupun semasa waktu cuti.. senang kata.. kita boleh bantu sekolah bila2 masa je...

*nama bnn boleh berikan kepada ana, klu banat boleh berikan kepada Liyana Z...
*perkara diatas ana rujuk kepada kata2 akhuna Zahid mase ana pegi skolah td...
*ana harap sume dapat sebarkan...
*ana harap sume dapat mengisi kebosanan dengan menyertai prog. ni...
*sebarang persoalan boleh tanye Liyana Z... Jangan tanye ana.. sebab dia lebih mengetahui...Sbb die da sertainya(bak kata abang Zahid)
*sebarang kesilapan dalam post ni, boleh beritahu ana...
*mungkin klu bnn yang x dapat contact ana sbb esk ana da pegi kem tahfiz, bole kumpul name, pastu bg kt Liyana Z terus...
*sesape yang dah dapat maklumat lebih tentang program ni.. boleh edit post ni...

Sekian,
Wassalam...

Friday, November 14, 2008



sempena cuti sekolah,  ni marilah kita sama2 melakukan prakarsa yg pragamatik dengan mensucikan hati kita dengan zikrullah dan taubat supaya apabila f4 dtg nnt hati kita bersedia untuk menerima ilmu dan hidayah.  Isilah masa dengan aktiviti berfedah agar kita tdk menyesal di kemudian hari.

Far East - Ukhuwwah Sejati

Ukhuwah Sejati - Far East

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama

"Semoga pertalian ukhuwwah kita tidak terputus selama - lamanya..."

acciddent

assalamualaikum.....

hmm...
ohyes....

ana nak post ni just nak bagi tau yang sahabat kite Shairie accident moto.... rabu lepas (12/11/08)

i donno much about this accident tp post je r....
pehe die kene jahit 5....
bukulali retak....
2 bulan x boleh maen....

macam mane terjadi? (SJ) :P
malam rabu tu dia naik motosikal..... so tibe2 ade kerete n die x nampak sgt... then die tekan brek tp tayar botak so die teseret....

that's the story

akhiran... doakan lah sahabat kite ni sehat dan sejahtera.....
- p r a c t i c e m a k e p e r f e c t-
~ p r a y f o r o u r r e s u l t ~

BANIN SAHAJA : Perjumpaan di Skudai Parade...

Salam to all BANIN generation 12 sahaja.

As some of you already know, pihak kami (ana & member2 yg lain) telah bersepekat bahawa tak lama lagi, akan diadakan perjumpaan di Skudai Parade, Johor Bahru (tarikh x tetap lagi). Di sana, akan diadakan pertandingan bowling. So, berharap sgt2 kepada sape2 yg sudi meluahkan masanya utk datang dan meluangkan masa bersama2 banin2 gen12 yg lain sambil bermain bowling bersama-sama.

Ana mencadangkan agar kita dpt main sebanyak 2 games... Okay x? Ke nak 10 games? Tu dh kire "over" sgt dh... So, kalau antum nk cadangkan berapa games kite spatutnye main (agar xde sape2 injured), tell me/hazwan or other AJKs A.S.A.P. :)

Ana rasa, 1 game=rm5, so pandai2lah bawak duit sendiri... Makanan & minuman disediakan SENDIRI (korg ingat aku ni anak raja ape nk blanja). Perjalanan ditanggung SENDIRI. Sebarang kesakitan ditanggung SENDIRI (dh besar, xkan xpandai jaga diri kot). Kalau duit kene rembat, report kat 999; not me.

As I already told you, we haven't put up the dates yet (as soon as possible would do..). Ana harap sgt2 agar minggu depan kite boleh wat program ni; without any hassle; AT ALL. So, jikalau anda berminat, rajin2lah send me/hazwan your namee through the blog, my friendster (syafiq_2008@yahoo.co.uk/syafiq007@yahoo.com) ataupun @ YM.. or hendpon. (Sape2 nk nombor hazwan/me,, rajin2lah mintak ye.)

Ana harap program ini dpt mengeratkan lagi tali persaudaraan antara sesama Islam.

Okay, that's all. Lagipun solat jumaat is just around the corner,

wassalam~

.:SoLaT DhUhA:.

Salam..
Alhamdulillah akhirnya kte dah pun bercuti..dan kte akan naik semula sekolah utk amek result nanti (uhuk2..kecut perut..)
bile cuti,kte banyak masa kosong..lg2 waktu pagi..so,ntuk membuatkan cuti kte ni lebih diberkati..sebaiknya kte gunakanlah mase yg terluang utk kte same2 mengejar mardhatillah..

antaranya adlh dgn Solat dhuha..klu kat sekolah,selalunya org bg alasan x nak buat coz nnt x smpt mkn @ pape lah alasan mereka..

Hukum solat dhuha ialah sunat muakkad(yg sgt dituntut)

-Abu hurairah r.a meriwayatkan : "kekasihku rasulullah s.a.w memeberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal dunia iaitu Puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan solat witir."
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Oleh Al-Bukhari no. 1981. Diriwayatkan oleh Muslim no. 721, telah ditahrij sebelum ini].

KEUTAMAAN SOLAT DHUHA

1. Hadis Abu Dzar r.a dari Nabi s.a.w beliau bersabda."Ertinya : Pada setiap pagi, setiap sendi tubuh bani Adam harus bersedekah. Setiap tasbih bisa menjadi sedekah. Setiap tahmid bisa menjadi sedekah. Setiap tahlil bisa menjadi sedekah. Setiap takbir bisa menjadi sedekah. Setiap amar ma'ruf nahi munkar juga bisa menjadi sedekah. Semua itu dapat digantikan dengan dua raka'at yang dilakukan pada waktu Dhuha"
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Solat Al-Musafirin wa-Qashriha, bab Istihbab Solat Adh-Dhuha no. 720].

2. Hadis Anas bin Malik r.a tentang keutamaan solat Dhuha bagi orang yang duduk di masjid sesudah Subuh hingga terbit matahari.Rasulullah bersabda."Ertinya : Barangsiapa melakukan solat Subuh berjama'ah, kemudian duduk dan berzikir kepada Allah hingga terbit matahari, kemudian ia solat dua raka'at, ia akan memperoleh pahala ibadah haji dan umrah, sempurna, sempurna dan sempurna"
[Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dalam kitab Al-Jum'at bab Ma Dzukira Mimma Yustahabu Minal Julus fil Masjid ba'da Solat Ash-Shubhi hatta Tathlu'a Asy-Syamsu no. 586, dihasankan oleh Al-Albani dalam Shahih SunanAt-Tirmidzi 1/181 dan saya mendengar Al-Imam Ibnu Baz rahimahullah menghasankannya kerana banyak jalannya]

WAKTU SOLAT DHUHA

-Waktu solat Dhuha dari mulai meningginya matahari hingga sebelum bayangnya tergelincir (zohor)

RAKAAT SOLAT DHUHA

*Mengenai jumlah raka'at solat Dhuha, tidak ada batasannya menurut pendapat shahih. Kerana Nabi s.a.w mewasiatkan dilakukannya dua raka'at pada waktu Dhuha serta menjelaskan keutamannya.
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 1981, Muslim no. 820-821, telah ditakhrij]

*Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah pernah melakukan shalat Dhuha enam rakaat.
[Hadits Jabir dikeluarkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Ausath no.1066, 1067 (Majma Al-Bahrain) 1/276 dan At-Tirmidzi dalam Asy-Syama'il (ringkasan Al-Albani) no. 245 dan Al-Albani mengatakan shahih didalamnya hal.156, Irwa Al-Ghalil no.463 dan beliau menuturkan jalannya yang banyak, rujuklah kesana kerana beliau memastikan keshahihannya, 2/217].



-Wallhua'lam..semoga lepas ni kte lebih bersemangat utk menunaikan solat dhuha..insya allah..-

Thursday, November 13, 2008

Virus - virus Ukhuwwah


Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahiim

Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)
-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

Shoutbox

Assalamualaikum


Shoutbox limit of 60 posts per hour reached.

Please try again in the next hour.

This shoutbox version is Basic and can accept up to 60 posts per hour only.


Arghh!!!! Ape ni??? Asl bile mase ana nk post kt shoutbox je.. MADAH kuar bende ni je.. Tolongla ye... Kepade sesape yg br nk post kt shoutbox, tlg la bace ape yg ditulis kt bwh shoutbox tu... Klu nk berborak pon, x yh kt cni.. Klu nk sgt la org tau ape yg korang bualkan, padatkan la msj tu... Ana seakan2 menyirap gak... Klu mlm2/tgh2 mlm tu bole la, x rmi org... Sbb ana pon slalu bbual kt ctu tgh2 mlm... Ni x, siang2 ni je da dkt 3 kali/krg/lbh da ana nmpk bnde ni... So, klu bole bagi la ruang dkt org yg nk ckp bnde pntg kt ctu...

Segale Kerjasama Anda amat dihargai...

Terima Kasih

.....Wassalam...

Wednesday, November 12, 2008

.: TaZkIrAh Of ThE wEeK :.

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh


Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

 


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


________________________________________________________


semoga antum dpt mengisi cuti ini dengan bende yg berfaedah

"Don't compare you life with other because you never know what their journey is all about"wink wink 

Monday, November 10, 2008

GoOd ByE F3


Sesungguhnya umur adalah sesuatu yang terbatas,Kematian pula sesuatu yang tidak diketahui.Manusia tidak mengetahui bila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia untuk bertemu Tuhan.Sesungguhnya perkara silam telah berlalu pergi dan tak akan kembali. Perkara yang akan datang masih terhijab.Maka yang tinggal hanya hari ini yang kita lalui..Sama2 kita doa agar Allah permudahkan urusan kita demi mengembalikan 
kegemilangan G12!

Lawatan Form 3 ke Melaka

Salam.

Pada hari Sabtu, 8 November 2008 yang lalu, beberapa orang pelajar tingkatan 3 bersama-sama 10 orang guru pengiring telah pergi ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kami pergi dengan menggunakan 3 buah bas, Bas 1 (banin&banat), Bas 2 (banat) dan Bas 3 (banin). Tempat-tempat yang telah kami lawati ialah A' Famosa Animal World Safari di A' Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah, Melaka dan juga Bandar Hilir, Melaka.

A picture worth a thousand words. Ana letak gambar jelah ye. Dengan description sikit2.

Dalam bas 1.

Alhamdulillah, sampai pun!

Disambut oleh maskot dan 'orang asli'
yang agak menakutkan.
Maskot2

Haiwan2 yang tinggal di situ

Multi-Animal Show

Nasi Ayam yang sangat mahal
(RM 12 sebungkus)

Monkey Island.
Nak pergi sana kena naik feri.
Jumpa org MIC. Huhu.

Naik trak pula untuk melihat haiwan2 liar.

Chicken Farm

Wild Wild West Show

Setelah penat melihat2 show dan haiwan2, kami pergi membeli-belah di kedai2 yang menjual souveniers. Ada yang tak nak lepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan ular sawa. Including me. Uhuk!
Kemudian, sementara menunggu bas yang sungguh agak lewat tiba (janji melayu), kami mengambil gambar beramai-ramai. Gambar banin takde lagi. Kalau sape2 ada, editla post ni dan tambah gambar banin.

Para peserta rehlah banat, asatizah dan anak2 asatizah.

Kemudian, kami pergi bershopping di Bandar Hilir. Ada yang pergi membeli-belah di Megamall dan ada juga pergi kat gerai2 seberang jalan. Team ana sempat dinner kat sana, alhamdulillah.

Then, bertolak pulang ke Johor. On the way, berhenti di Machap untuk solat Maghrib dan Isya'. Team yang tak sempat dinner, dinner kat sini. Kemuadian, kami sambung perjalanan pulang ke sekolah.

Semua kepenatan. Pada hari Jumaat dan Sabtu, blog ini sangat sunyi. Pada hari Ahad pula, blog masih sunyi tapi dah ada la beberapa orang mula shout. Hari ni dah aktif sikit. Ok abaikan. Tak masuk SPM pun. Ape2pun, lawatan ini sangat best! Kenangan yang betul2 manis dan berharga. Hari terakhir kite berjumpa sebelum mengambil keputusan PMR. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dengan program ini.

Semoga berjaya kepada semua yang bakal menduduki SPM pada esok hari
terutamanya X-Gen SMIHJB.
Kami doakan kejayaan anda semua, insya-Allah.

Kepada semua warga Generasi 12 SMIHJB;
Sayonara kitaaaaa... akan berjumpa lagi..
Sayonara, sayonara,
sampai berjumpa lagi..

.: wassalam :.

Thursday, November 6, 2008

Couple itu Haram (2)

Tekan butang play untuk start loading.
Siapa2 yang takde connection laju tu, sila chat kat Shoutbox tu dulu, atau bancuh teh, dll.


Ask Baba Ali - "We're Just Friends", by ummahfilms

Monday, November 3, 2008

Sukan? Meriah!

Assalamualaikum.

Konbawa!!
Konnichiwwa!!
Mushi-mushi!!

Isnin , 3 November 2008

Alhamdulillah , td telah selesai hari sukan form 3. wlupon agak sedikit berserabut sbb preparation yg kurang , namun kita telah berjaya mengatasinya dgn baik. Tahniah semua!! Di sini , ana menyusun jari memohon maaf kpd semua klu ade yg agak boring dgn sukan yg direncanakan oleh ana sendiri. Maaf byk2 yahh. Do you girls have fun?? i hope so lahh. heheh.

Mule2 , kite main cari gula2 dlm tepung (yg telah diketawakn oleh banin. sabarrr!!) yg menyebabkn sume muka putih dek tepung gandum sebyk 1kg yg diperuntukkan utk game nihh. ana rase happy je tgk korng main cam bdk2. terigt time sekolah rendah dulu lahh. ^.^ Lagi , ana minta maaf kpd kump Mujahidat yg xcukup gule2 dlm tepung tuu.. sbb ana silap kira laa.. hehe. dimaafkan tak??

Then , galah panjang. ana rase yg banat generasi 12 ni mmg suke main galah panjang ea? sblm ujian lans koperal ari tu pon , banat conquer dewan utk main galah panjang. hahah. best ke? ntahh. jarang main lahh. td , sblm balik pon , banat main kan? pape jelahh. yg penting xtension2. xelok aww.

Naik rehat kte main futsal. mmg klaka sgt main td. ana dgn muke confident dok tiup wisel2 jahh. xtau pon rules and regulation yg sbnr main futsal. ana pon , dgr wisel banin cam asyik bunyi je , ana pon nk laa jgk tiup wisel tuh. asal bola out je , tiup. hehe. pstu bola plk setiap 5 saat akan out. degil sgt. bola tu asyik nk golek2 kluar line jahh. nk wt cane en? sume kaki bangku kan?? then , bee memulakan jaringan gol sulung utk perlawanan futsal tuhh. jakon sgt2. klaka jek. tergolek2 kt pdg uhh. so , maafkan lahh pengadil korang ni ye?? ilmu kurang , ni lah jadinye.. :) tp , td mmg penat. bkn setakat penat main , tp saket perut , penat asek ketawa je. bak kate kak pah , die hebat sgt dlm main futsal sbb asek berjaya tendang angin jahh. heheh. bola xtau gi mane.. eh? out rupenye.. konon je rancang sape striker , defender , keeper and what so ever. ana pon xtaw strategy korng camne. lg2 kump Dozen. galah pnjg pon 10 minit nk bincang strategy! haishh. ape2lah. as the result , kump Dozen berjaya 2-1 mengatasi kump Mujahidat. tahniah yahh! wlupon agak merepek banat main futsal , tp i do really hope that u girls gain a new valuable experience yahh?? hope so.

* eh sorilah banat kene main bola besar. no choice lahh. pam xde. bola futsal tu cam xberangin dah. lembik semacam je. ust kate xpe. so xpelah yah?

Wlupon sblm sukan kite mmg xnk main bola jaring , tp kite main jgk kan? ana pon main jgk. main bola jaring agak penat sbb mmg ikut rules. sbb kite mmg expert dlm bab2 bola jaring ni en? cehs! perasan! :) tp , papepon , main bola jaring xdelah byk ketawa sbb sume org serius. last2 , kump Mujahidat menang 10-1 mengatasi kump Dozen. xpelahh. sape suro bdk2 mssd sume 1 team en?? alah , main utk suke2 jahh. tp sume i hope have fun keh??

Habis!

Ana skali lg mnx maaf atas sgala kekurangan td ea?? ana mmg xsedia pape pon. ana amek gule2 dr izatur , pstu tepung bru beli mlm semalam. tp ana tgk td sume ketawa , alhamdulillah. dah lame xsukan kan?? ana pon jd lebih active.

*al-'aqlu saliim fil jismi saliim..!

kpd both banin dan banat , ana ucapkan Arigatou Gozaimasu..!


Ganbatte kudasai!

Sayonara!

till then ,
Nadiyah S
3 nov 2008

Nadiyah : lepas ni , tumpukan pada rehlah! cari duit byk2.! dpt tampung expenditure batch. okeh??

*xsabar nk hbiskan tgk 1 litre of tears esk. Serius! cite tu best! nk tgk lg skalii!! banat , sediakan lahh tissue di sebelah kamu yahh? nnt bengkak mate cam ana plk sbb cite tu sedih lahh. heheh.

Permata Ayah Bonda


Assalamualaikum w.b.t.
(ok, macam biasa, ana tak reti tulis ayat sedap2. maaf)
Ana nak kongsi lirik lagi kali ini.
Kenape ana selalu bagi lirik lagu je? Sebab lebih padat (walaupun liriknya tak berapa nak ringkas). Ok abaikan. Tak masuk SPM pun.
Ini lagu dia. Kalau tak nak dengar pun takpe, tapi, baca dan hayatilah liriknya;


ini liriknya;

Mewangi kuntuman bahagia
Di Halaman ayah serta bonda

Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan didamba
Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kau penawar
Semyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar bercahya
hiasi rumahtangga

Engkau harapan seisi keluarga
Panjatkan doa dan air mata yang pasrah kepada yang Esa
Kepadamu tercurah kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yg berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai menyubur iman didada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititis seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah dipenghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa didalam sejahtera
Usah terpersona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela dihari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah kelaman ayah bonda
Kembali menghuni ditamannya
Bersamalah semula
Menghidup embunan kasih sayang
Sedingin air mata bonda
Engkaulah Permata Ayah Bonda...

.........

Nasyid ini umpama luahan hati ibu bapa terhadap anaknya.
Nasyid ini sebenarnya dah lama sangat, sejak kite semua kecil-kecil lagi. Tapi ana tak ingat bila. Rasanya, ramai dah tau nasyid ni. Tapi ana saje je tulis lagi.
Sila hayati lirik di atas jika anda belum menghayatinya lagi.

OK. Lagi 4 jam lagi dah kena bersiap nak pergi sekolah. Sukan!
Maaf andai post ini tak berapa nak best. Namun, jika anda men-set-kan minda anda untuk berpendapat bahawa post ini best, maka bestlah post ini. Sekian.

.: wassalam :.