Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Wednesday, December 31, 2008

STAND UP!!!!

Ana post lagu ni bukan untuk mempromosikan lagu ini tp untuk mempromosikan isi lagu ni
Hari ini terdengar lagu Miley Cyrus yg bertajuk Make Some Noise. Lagu ni memang memberi kesan kepada diriku, Wahh… lagu ini m'beritahu kita untuk stand up dan jadi diri sendiri.Lagu ni sesuai untuk orang yg selalu rendah diri dan kurang mempercayai diri sendiri. Setiap org mempunyai kelemahan masing2 itu lumrah bg setiap makhluk Allah di muka bumi ini. Sehebat mana pun manusia tak kisahla dia dr oxford ke, harvard ke, berlakon cerita yg bernilai b'juta2 ke, dia tetap ada kelemahan cumanya mungkin dia lebih bernasib baik dan rezeki dia murah.Tapi bagi sesiapa yg mungkin tak bernasib baik jgn rasa rendah diri , mungkin ada kelebihan diri yang belum dicungkil lg. jgn terus rasa b'sendirian dan putus asa. Kita kene stand up dan berusaha, jd diri sendiri dan buktikan pada dunia yg kita ni manusia yg berguna macam lagu This Is Me. Jgn bagi peluang pd org untuk pijak kita. Jgn rasa takut, terus b'juang hingga ke akhir bersama org yg kita sayangi di sekeliling kita.Nasihat ini untuk diri saya sendiri dan orang yang tercinta. Semoga hari yg bakal menjelang menjajikan seribu kegembiraan. SELAMAT TAHUN BARU @ HAPPY NEW YEAR

Tuesday, December 30, 2008

>>pEnGHarGaAn<<



Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah kerana akhirnya kita telahpun selesai menjalani sesi penyampaian bagi Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.



Tahniah kepada sesiapa yg berjaya mencapai targetnya dalam PMR.



Bagi sesiapa yang tidak berjaya, ingatlah bahawa PMR bukanlah segala-galanya. Oleh itu, janganlah putus asa dan teruskanlah usaha anda semua dalam menghadapi segala ujian dunia disamping mengumbah pandangan orang ramai terhadap batch kita dengan berusaha bagi mendapat target sekolah bagi SPM 2010, InsyaAllah. Ganbatte!!



BTW, tujuan sebenar ana post benda ini adalah untuk memberi peringatan kepada sahabat-sahabat ana yang dikasihi Allah tentang pengorbanan mu’alim-mu’alimah kita yang telah banyak berkorban dalam menjadikan kita orang berguna di dunia ini.



Sehubungan itu, kita sebagai pelajar mereka baik yang berjaya mahupun tidak berjaya, perlulah memberi sedikit penghargaan terhadap segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sementara masa masih ada sebelum ianya hilang.



Oleh itu, dukacitanya ana ingin maklumkan tentang pemergian beberapa orang guru yang telah banyak berjasa kepada batch kita dari sekolah kita dan mungkin kita tidak sempat utk ucapkan “Jazakallahu Khairan Kathira” dan hanya mampu doa yang terbaik untuk mereka iaitu:-



1)Ustz. Hawa (Sambung belajar) [dh pindah] {019-7165601}

2)Ustz Zaemah (Dapat kerja lain) [31dis last day]

3)Us. Zaidi (Dapat kerja lain) [sepatutnya 31dis last day, disebabkan beberapa factor yang tidak dapat dielakkan yang menjadikan 30dis (result’s day) adalah hari terakhir beliau] {013-7024467}

4)Ustz. Halimah (Ikut suami) [31dis last day] { 019-7301890}

5)Ustz. Hamidah (Ikut suami) [31dis last day] {019-7954719}

6)Us. Shahir (Sambung belajar) [30dis (result’s day)].



Disamping itu, ana telah menyediakan no HP mereka agar anda semua yang tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada merka untuk melakukannya disamping mengucapkan terima kasih dan minta maaf kepada mereka serta mohon doa yang terbaik untuk kita 1 batch.



Sebenarnya terdetik di hati ana untuk taip di post ini no. mu’alim-mu’alimah kita yang lain agar mudah untuk kita semua buat rujukan serta telefon mereka untuk mengucapkan terima kasih dan minta maaf kepada mereka serta mohon doa yang terbaik untuk kita 1 batch. Namun, apabila fikir-fikir balik, tidak manis sebenarnya untuk menayangkan no. privacy mereka di tempat yang begitu public sebegini. Oleh itu, bg sper2 yg memerlukan no. mu’alim-mu’alimah yang lain, bolehlah memohonnya di ruangan komen dan sesiapa yang tahu no. yang diminta itu, bolehlah memberitahunya.



Oleh itu, apa salahnya jikalau kita mengorbankan sedikit kredit kita utk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada kita semua terutamanya bagi mu’alim-mu’alimah kita yang sudah tidak berada kita pada tahun hadapan. Disamping itu, ana ingin memohon idea antum-antunna mengenai hadiah ingin kita berikan kepada guru PEP kita yang tercinta bagi detik-detik terakhir beliau di SMIH esok (31dis '08).



Moga post ini dapat menyedarkan antum-antunna mengenai pengorbanan mereka yang tercinta.



Wassalam...

Sunday, December 28, 2008

Akum tak bole?? Skati A....


Warning...
*post ini dlm bhs melayu majoritinye..
*perlu byk(xbykpon) pk utk paham

Assalamualaikum
Kenape Akum Tak Bole?? Akum=Binatang??
Korang Ni Org Melayu Ke Yahudi?
Kenape Ana Bantah??

Point 1 : Akum, Ngah Wat Pe = Binatang, Ngah Wat Pe?... Bhs Rojak Kan? Camne Plak Dgn Ni... Pokok Itu Daripada BAKA yang baik... BAKA = Bodoh... Lu PK a Sniri...

point td x kuat??Hmm

Point 2: Akum, Apa Polah Kitak??.... Antum Akan Jawab, Wslm, Ngah .....,Btol?? Ade Ke Yg Jwb Kuang Ajo Nye Bdk... Hmm.. Ntahlah...

x kuat lg??Adoyai

Point 3 : Niat Korg Nk Bg Salam Ke Nk Pggl Org Tu Binatang?? Selame Ana Hidup Ni, X De Pon Ana Anggap Org Tu Nk Pggl Ana Binatang...

X Nk Kalah Gak?? Hmm.. K A, Sebelum Ana Akhiri Post Ni, Ana Tgglkn Satu Ayat...
Akum Itu Sedang Bergayut Di Pokok
(tatabahasa btol x?)

Sekian,
Wassalam

(correct me if i'm wrong)-narmi-

Saturday, December 27, 2008

Temuduga Kemasukan ke Tingkatan 4 '09 + Gotong Royong

Untuk Pelajar SMIH : Semua pelajar tingkatan 3 sesi 2008 dikehendaki hadir pada hari tersebut untuk sesi temuduga sekiranya ingin meneruskan pembelajaran di SMIH.

Untuk Pelajar Luar : Dikehendaki faxkan keputusan PMR ke pejabat sekolah (dari pukul 10pg-2ptg) pada hari penerimaan keputusan tersebut. Hanya permohonan secara online berserta keputusan yang difax sahaja akan diproses. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga. Sekira belum membuat permohonan kemasukan ,sila mohon secara online di E-Waris.

Tarikh Temuduga : 31/12/2008

Tempat : Di Sekolah Menegah Islam Hidayah

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sila lapor diri di pejabat sekolah pada jam 8.00pagi untuk pendaftaran temuduga.

----------------------------------------------------------

Tarikh : 3 Januari 2009

Masa : 8 pagi - 12 tengahari

Semua pelajar dan ibu-bapa dikehendaki hadir untuk pembersihan kawasan dan susunan bilik darjah.

>>hApPy nEw YeAr<<

Assalamualaikum wbth.



Kepada semua Sahabatku Yang Di Rahmati Allah sekelian.







SALAM MA ' AL HIJRAH 1430



Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.





Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun



Doa Akhir Tahun



(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".







Maksudnya:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.




Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.




Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.






Doa Awal Tahun



(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.











Maksudnya:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.




Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu



Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Wassalam.

Friday, December 26, 2008

10 Taktik Syaitan


ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). 

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. 

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 

1. Melalui sifat bohong dan angkuh 

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 

3. Melalui sifat takbur dan bongkak 

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 

4. Sifat khianat 

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat 

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 

6. Melalui sifat hasad 

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain 

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri 

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 

9. Melalui sifat suka berangan-angan 

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 

10. Melalui sifat buruk sangka 

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

*Semoga mendapat manfaat daripada ni.. Ingatan kepada seluruh umat Islam + me.

sIngkAtAn aYaT

Just So You Know......
Sahabat Ana Dari MRSM hantar 2 SMS........
SMS Pertama.........
seorang bkas biarawati kristian yg dah masuk islam bagitau dalam cramahnya HARAM bg ssorg ISLAM ucap slamat hr NATAL @ MERRY X'MAS krana ia mmbawa maksud SEJAHTERA KEATAS TUHAN JESUS, jd kalau ada jiran org kristian awak selamat b'cuti @ gmbira.
SMS Kedua...........
Jika Kamu Seorang Muslim..........
jgn kata mosque, tp masjid krana organisasi islam tlh mnemukan bhawa mosque = NYAMUK
jgn tulis mecca tp mekah krn mecca = umah anggur @ bir
jgn tulis mohd tp tulis Muhammad krana mohd = anjing b'mulut bsar
jgn tulis 4JJI tp tulis Allah SWT krana 4JJI = for judas, jesus, Isa al-masih
jgn tulis askum tp tulis assalamualaikum krana askum = clakalh kamu
Dia Suruh Ana 4wardkan SMS Ni.........
Moga Dapat Diambil Iktibar.....
Tidak Banyak, Sedikit Pun Cukup......

Thursday, December 25, 2008

100th Post+draft/97th Post posted.... Shoutbox Oh Shoutbox

Assalamualaikum G12
How's 'Uthlah?
Bosan?? Da Lame X jumpe kawan...

Hmm.. Isu yang paling hangat kat G12 ni:Shoutbox... Sampai ade yang buat poll lagi.. Sape yang buat poll tu?? Baik mengaku sebelum amek result.. Shoutbox yang x berdosa ni pon boleh mendatangkan dosa ke?? Mungkin ramai pk gitu sebab diorang pk kt shoutbox batch ni ramai yang ber"ikhtilat" kot... Yes, Alhamdulillah, Ana da jumpe jawapannye.. Sebab ramai yang gune nickname, So, org tak tau jantina org yg gne nickname ni, So, orang yang tau tu pk mereka tu ber"ikh*****" a... Obviously, TenEleven tu ana.. *duh* TenEleven 10/11... See the resemblance? Mungkin disebalik nickname ni, ade yang ambik kesempatan untuk berikhtilat... So, solution nye jangan la gne nickname yang terlampau sampai org x tau nta/nt tu bnn or bnt... Kenape x gne name yang indah mcm Abduh, Anas, Ilham, Hanif EMC@Etc??... Name da sedap, x nk gne..Sebelum ana lupe, jangan merepek SUDE + Jangan bg komen merepek SUDE...

Sekian, Wassalam,
Abduh


(correct me if i'm wrong)-narmI-

Wednesday, December 24, 2008

Khas untuk si pencari Hidayah


Syahadat Cinta

Iqbal (Arif Rahman), pemuda metropolis yang tidak pernah sholat dan tak bias mengaji. Namun akhirnya ia mulai meniti jalan yang benar, dimulai saat ia merasa  bersalah telah mencelakai ibunya sendiri. Karena penyesalannya, ia memutuskan untuk mondok di pesantren Kyai Siddiq (Muchtar Sum) di Tegal Jadin. Ternyata selama dua bulan Iqbal hanya disuruh mengambil air dari telaga. Saking kesalnya, Iqbal meluapkan amarahnya di telaga. Disanalahi a bertemu dengan Aisyah (Imel Putri Cahyati), putrid Kyiai Subadar (Chairil JM), sekaligus cucu Kyiai Siddiq

Takut dimarahi Kyai dan adanya perseteruan religius yang sangat tajam, Iqbal melarikan diri tanpa tujuan. Hingga ia bertemu Pricilia (Cantika Atmanagara), gadis Kristen yang baik hati. Pricilla membantu iqbal mencari tempat tinggal namun Iqbal memutuskan untuk tinggal di rumah Ibu Jamilah (Donna Harun), seorang pengemis yang hidup bersama kedua anaknya, Fatimah (Salsa) dan Irsyad (Ricky Harun)

Dalam perjalanan mempelajari agama Islam, Iqbal mendapat banyak cobaan. Namun cobaan tersebut tidak membuatnyamundur dari tekadnya untuk menjadi orang yang taat.

Jenis Film :
Drama
    Produser : Budhi Sutrisno
    Produksi : Pt Piramid Citra Perkasa
Pelakon :
Arif Rahman 
Imel Putri Cahyati 
Cantika Atmanagara 
Mochtar Sum 
Adytia Putri 
Hengky Kurniawan 
Ricky Harun 
Minati Atmanagara 
Donna Harun 
Sutradara :
Gunawan Paggaru 
Penulis :
Taufiqurrahman Al-Azizy (novel) 
Messiah Fajarwati 


# Filem ini banyak manfaat kalau ditonton. Kenapa? Banyak unsur dakwah. Banyak pengajaran. dll la berkaitan dengan Addinul islam. Oleh hal demikian, ana seru kepada peminat cerita2 yg berunsurkan dakwah, jom tengok cite ni!!! Xtau nk beli kat mane cd? Download it la. Preferrably kat torrent.jiwang.cc . Dont forget to register first & most importantly, antum perlulah ada dlm PC bit-torrent client sepert uTorrent, Azuerus, Bittorent dan lain2. Wassalam.

Monday, December 22, 2008

X-ReK Nasional 2008

giliran kami pula untuk mencapub
.: team Johor KaLiBer bersama kak pengiring :.
- 7 ikhwah, 10 akhawat (8 nisa G12) -

team yg stay paling lama kat CRR. team yg paling lmbt balik. hehe.

Ekspidisi Remaja Kental (X-REK) Nasional 2008
19-21 Disember 2008
Cheneh Recreation Resort, Kemaman, Terengganu.

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang.
Orang sana kata, kita bagus kat sana :)

Banyak pengalaman baru yang kami dapat.
Berbagai-bagai ilmu baru kami timba.
Ramai kenalan baru yang kami dapat.

Terima kasih buat semua yang telah mendoakan kami.
Alhamdulillah 'ala kulli hal :D

Misi Syahadatain sudah bermula!!

Sunday, December 21, 2008

Keputusan PMR 30 Disember

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada 30 Disember ini dan semua calon peperiksaan itu boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, analisis keputusan PMR juga akan diumumkan pada hari yang sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

Seramai 472,060 calon di seluruh negara telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu.

Friday, December 19, 2008

Penggunaan "A'kum", "semekom", "bye" tak boleh!

Salam.

Sebagai renungan kepada sape2 yg slalu menggunakan perkataan2 tersebut...

perkataan 'BYE' adalah jarum sulit kristian yg brmaksud dbwh naungan pope(paderi).Dan jgn gnakn "A'KUM" krn ia brmksud "BINATANG" dlm bhs ibrani(yahudi),semekom brmksud "CELAKA AWAK".Atau apa2 la..melainkn assalamua'laikum.Gunakn "SALAM" wlaupon utk singkatan assalamua'laikum.Sma2lah kta btulkn diri dr dosa yg tdk dsengajakan.

Ana rasa lebih elok menggunakan salam yang panjang kerana ia merupakan satu doa, dan tidak salah menggunakan singkatan. So, kalau ana/antum tergune perkataan2 dengan sengaja atau tak, harap2 dapat perbaiki kekurangan ini.

Jazakallah.

Thursday, December 18, 2008

Hands-on: iQuran on iPod touch

Ana berpeluang cuba iQuran (dari Guidedways) dalam iPod touch.
IMO iPod touch+iQuran memang lagi bagus daripada al-Quran Digital.

Sori ye - lighting kurang baik. Asal nampak.



P.S iPod touch ni bukan ana punya. Ayah ana pinjam dari kawannya kejap.

Sunday, December 14, 2008

PERNAS 2008


Kontijen SMIH JB
Perkhemahan Nasional KRS Musleh ( PERNAS08 )
16 - 19 Disember 2008
Pusat Latihan Unit Beruniform
Kem Rimba Ilmu
Juasseh
Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Doakan Kejayaan Kami!

doakan pemergian kami .......

salam :)

16-20 Dis ni kami pelajar Hidayah yg terpilih yg terdiri drpd

form 2 ( bnn je )
form 3
form 4
form 5

akan mengikuti satu aktiviti di peringkat nasional a.k.a Perkhemahan Nasional.
perkhemahan ni diadakan di Negeri 9. fuhh, kat kuala pilah plak tu. ntah hujan ke x kat sana.

kebanyakan pertandingan dlm perkhemahan ni amatlah sukar utk dicapai dlm masa 3 hr kami latihan hari tuu.
so, maklumlah kalo ade yg x brp nak mantap.
kami mohon sahabat generasi 12 yg disayangi utk mendoakan kekuatan kami
utk meneruskan semua pertandingan ni.
dahlah dgn org x cukupnye, ade org yg x jd pgi tiba2. mmg sume tu susah nak handle.

dan yg paling penting, kebanyakan penyertaan terdiri drpd batch kite sendiri, form 3.
so, inilah juga masanye utk kita buktikan bahawa batch 12 mampu
mengubah kpd kebaikan.

harapan kami agar kwn2 di sana mendoakan dr bermulanya perjalanan kami
hinggalah kami tiba semula di sekolah. doakan juga kelancaran dlm sume pertandingan.

sekian saja drpd ana.
sayonara
wslm

~NIsa165~

Monday, December 8, 2008

cerita tajwid.

Assalamualaikum.
di sini ana ade 1 cerita.
semua dah tahu kan yg kami pelajar tahfiz baru je tamat kem tahfiz yg berjalan selama 3 minggu itu. secara peribadi , ana pada awalnya mmg xnk pegi sbb malas sgt! well , 3 minggu tuh. mmg 1 tempoh yg lama. tp hakikatnya , bile melaluinya , xterasa pon lamanye tempoh tu. so , what is my point actuallyy??


cmnih , kat kem tahfiz , kami bukan hanya menghafal. tp kami juga disua dgn bengkel tajwid. kami dipimpin oleh Ustaz Aqib anak Ustazah Arfah. sape kenal? ok xpe. abaikan! ape yg ana nk tekankan di sini , bile dah belajar tajwid yg merangkumi makhraj huruf dan sifat2 huruf , ana baru sedar yg byk sgt2 kesalahan sebutan huruf AlQuran. sbnrnye , bile kite salah sebut huruf2 , maksud sebenar ayat2 dlm AlQuran juga akan turut menyimpang. senang kata , klu huruf2 tu kite tukarkan bunyi yg jauh mencapah drpd bunyi asalnya , seolah2 kita telah menukar perkataan dlm AlQuran tu. Na'uzubillah.

makhraj huruf. tmpat kluar huruf. yg ni senang sket. best belajar yg ni.

Jadi , ana menggesa kita semua agar perbaiki bacaan Quran kita. Ana cukup terasa dgn kata2 ustaz tu yang mengatakan bahawa realiti pelajar kita hanya mengejar bilangan mukasurat yg dihafal. tp mengabaikan tajwid ketika membacanya. sbb ana pon mcm tu. asyik nk tambah mukasurat hafalan baru tp tajwid? tunggang langgang. rase berdosa sgt2. klu antum semua nk cek bacaan tajwid antum , cuba antum baca surah Al-fatihah. sbnrnye kan , surah Al-fatihah tu pon hakikatnya ramai yg salah baca. bkn salah baca ayat , tp salah bunyikan makhraj huruf. Ingat! jgn remehkan aspek tajwid ini!

selama ni , ana bace Quran mcm masyi (lancar) je. tp sbnrnye byk salah. 1 cerita nk ana kongsi di sini. mase bengkel tajwid bersama ustaz tu , ana disuruh membaca ayat pertama Juz 2. (sayaqulussufahaa') know what? ana salah di 5 tempat. padahal ana bace mcm ana bace klu murajaah biase laa. rupe2nye byk salah. mmg kesal sgt2 dgn diri sendiri. xtau laa byk salah sbb nervous kene bace kt microphone ke ape ke. tp mmg byk salah!

sifat2 huruf. yg ni complicated sket. tp ok je :)


serabut x? byk bnde kene igt. eheh.

jadi kwan2 , mari kita perbaiki bacaan kita semua. alangkah ana bace 2 ayat pertama surah Al-Baqarah di bwah selaan Ustaz Mat Isa pon ade salah , apatah lg bacaan ** juzuk yg telah ana hafal. sgt2 sedih. mari kita sama2 belajar tajwid dan ana sarankan , antum boleh talaqqi dgn mana2 ustaz utk perbaiki bacaan tajwid. sgt2 berguna! dan , belajar tajwid xboring sbnrnye. bergantung kpd kite samada mahu belajar atau x.

cara melatih makhraj dan sifat huruf yg amat efektif!

kesimpulannya , tajwid merupakan elemen yg AMAT penting dlm AQuran. tujuan knape diturunkan hukum tajwid bak kate ustaz aqib ialah utk memperindahkan bacaan AlQuran yg balaghahnya telah sedia indah. Jadi , klu kite salah tajwid , maka keindahan AlQuran itu turut akan tercemar. got it?
hanya mahu menyampaikan apa yg ana dpt di kem tahfiz. moga sama2 bermanfaat.


till then ,
Nads168


take care.
salam.

Sunday, December 7, 2008

Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniah

Bismillahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum...
ana ada satu video clip untuk ana share kat antum, harap dpt ambil pengajaran darinya:



(p/s: video ini mengambil masa 35.56 minit so, lambat la bufering nye kalau x nak tunggu boleh la download di sini)

************
By the way, happy Eid Al-Adha






Saturday, December 6, 2008

Apa yang penting? Kerjasama!

90th post (including posts in draft), 85th post (excluding posts in draft)

Salam.
Gambar yang menunjukkan keindahan (?) berkerjasama :)

- adapted from haha.nu -

.: wassalam :.

Friday, December 5, 2008

.: RENUNGAN BERSAMA :.

              SOLDIERS OF ALLAH -1924


                                   
                             


SALAM... 

kat sini ana nk kongsi satu nasyid (ala2 rap) yg sama2 kita boleh ambil banyak pengajaran. Nasyid ni menceritakan ttg deenul islam  yg pernah mencapai tahap kegemilangan pada satu mase dahulu. 

sama2lah kita renungkan

Monday, December 1, 2008

.: announcement :.

assalamualaikum...


sempena dgn cuti skolah ni pihak JIM akan mengadakan aktiviti2 utk semua plajar skolah menengah.  tujuan aktiviti ni adalah utk mengisi mase lapang, mengeratkan ukhuwah dll. i'allah utk minggu ni ade pengisian dr DR Hishamudin yg bertajukmengimbau nikmat allah.

pengisian ini  akan diadakan pada 

hari rabu 
3/12
5ptg
pejabat jim (dkt dgn shell desa skudai)  - sape yg tak tau ni kat mane bleyh lah tanyer

klu nk ajak bdak dr form laen dan skolah laen lagi bagus

sekian....

sekadar menyampaikan