Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Sunday, January 25, 2009

rindu smih :]

assalamualaikum...

mmm lame x post kat blog ni, ini 2nd tyme kot ana saje je nak post, diberi hidayah oleh ALLAH lah katakan

tujuan ana meng'post' kali ini adalah untuk menyatakan di mana ana berada sekarang ni..bukannye nak mencapub kan diri, akan tetapi oleh kerana ramai sangat orang tanye sampai x terjawab.....
sekarang ni insan yang bernama ANDI NOR AISYAH d.o NASTAIN masih lagi wujud di dunia fana ini..dan status masih lagi bergelar seorang pelajar..

ana sekarang ni bersekolah berdekatan dengan rumah, sambil menunggu jawapan dari sebuah smka di kajang, ..... dan kalau nak diikotkan ana xnak pindah pon, tapi kerana hajat ortu yg suke giler kat sekola tu so, ikot je lar...

kepada g12 yg laen blaja rerajin ye..dan jgn dilupakan kwn2 yg tlh keluar sekolah....selalulah bg kami2 ni tazkirah ke, kata2 hikmah ke, atau apa jua bentuk peringatan..dan kepada yg ingin pindah sekolah tu, kalau boleh lupakan sajalah hasrat korang.. kerana sememangnya kat luar ni mmg iman kene cabar 100%, tpi x kesah la kalau korang nk keluar jugak ana x blh halang dan xde hak pon..

kat cni ana jugae ingin mengucapkan berjuta kemaafan kepada g12, terutama budak2 intisor 2008... rindu kelas itu..ana tau ana ni xdelah baek mane..okaylah salam.....

Jadual Kelas Form 4..

Salam~

First of all,congrats to rumah merah yg dpt jd juara lagi tahun ni.. Then,of course,to naib juara, rumah biru! Up,up,up! Next year kita juara ok! Yang lain tu,jgn give up.. Cube lagi lawan biru next year..

Ana ada terbaca request Aliya K yg nak org post kan jadual baru form 4.. Ana ada jadual baru tu, tp utk kelas 4 Abqari,4 Ittihad n 4 Imtithal je.. 4 Indibath punye,ana x dpt pulak..

Ni jadual utk hari rabu je tau,hari lain tu pndai2 la korg salin naik sekolah nnt..

4 Abqari - Tilawah, PJK, PA, Sej, Bat, PQS, BM, Tafsir

4 Ittihad - Akidah, Add Math, Mod Math, PSI, Tafsir, EST, Chemistry, BM

4 Imtithal - Tilawah, PJK, Add Math, BI, Tafsir, PSI, Physics, BAT

Kalau ana dah dpt jadual 4 Indibath,ana edit post ni.. Atau pon ssiapa je yg tau jadual kelas tu boleh la edit post ni..

Salam~

Yang baru di edit :

Ana dah dpt jadual 4 Indibath!

4 Indibath - Tilawah, Sej, Bio or PA, Aqi, PSI, Kom, PQS, Mod Math, Tafsir

Monday, January 5, 2009

Latihan Bola Sepak L15 Tahun 2008

Salam.
Message ini khas kepada G12 banin yang mewakili sekolah dalam acara bola sepak L15 pada tahun 2008 sahaja. Seperti yang antum mungkin/sudah ketahui, pada 8hb Januari 2008, akan diadakan latihan bola sepak kpd semua L15 2008. Ana xbrapa pasti samada G12 sahaja atau G13 & G14 akan turut hadir. Yang penting, hari khamis ni, akan diadakan latihan. Harap dapat memaklumkan kpd yang lain. Jikalau tiada latihan pada hari sbnrnye atau ditangguhkan atau memang xde pun latihan ni, boleh la bertanya kpd Abdullah Ammar, kerana dia sorang sahaja yang terlalu semangat untuk menghantar msj kpd ana ttg bende ni. huhu. Thanks ammar. Sekian. Harap maklum. Allahumma 'afini fi badani. Allahumma 'afini fi basori. Allahumma 'afini fi sam'ie.

Saturday, January 3, 2009

Ya Allah Selamatkanlah Palestin...

Bismillahirrahmaanirrahiim



Jika antum lihat pd mana2 media massa sama ada internet, tv, and so on... mesti ada cerita ttg penindasan kaum Israel(laknatullah) kepada Palestin, Jadi ana minta antum baca qunut nazilah setiap kali antum solat fardu, ini doanya:



اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!





Moga2 dgn usaha antum semua, dengan izin Allah Kaum Israel (laknatullah) akan dibalas dgn balasan yg setimpal dgn perbuatan mereka...



AllahuAkbar!!!



..Barakallahufiikum..







Tingkatan 4? Form 4?

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tahun 2009 ini, kita sebagai warga generasi ke-12 SMIHJB akan masuk ke Tingkatan 4. Selasa-Rabu depan ada orientasi. Rasa macam pelajar baru tak? Abaikan.
Jadi, masuk tingkatan 4, kita akan mula mengambil subjek-subjek penting yang berkaitan dengan kerjaya yang kita minati. Sudahkah anda membuat keputusan untuk mengambil subjek yang mana? Adakah anda pasti pilihan anda tepat? (ceh, tetibe suspen plak).
Ehm.
Apa-apapun pilihan korang, ana harap korang akan pilih yang terbaik untuk diri. Kalau masih keliru lagi nak ambil yang mana, beristikharahlah. Insya-Allah, waktu orientasi, selepas diberi penerangan tentang subjek-subjek tertentu, anda akan menemui jawapannya. Sebelum orientasi tu, doalah banyak-banyak, betulkan niat, dll.

Sudahkah anda bersedia untuk masuk tingkatan 4?
Sudahkah anda bersedia untuk menggalas misi Syahadatain?
Ingat tau (buat diri juga), waktu form 4 ni, ahli kita lah yang akan menjadi ketua untuk berbagai-bagai bahagian. Ketua Pelajar, Ketua Pengawas, Ketua PRS, Ketua KRS, dll. Waktu form 4 ni juga, kitalah yang menguruskan bermacam-macam program untuk para guru dan pelajar-pelajar lain.
Jadi, sebelum melakukan apa-apa, doalah terlebih dahulu. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Insya-Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.

Sebelum ana mengakhiri post ini, ana ingin mengucapkan tahniah buat semua warga generasi-12 kerana telah berjaya menempuhi PMR. Mungkin kita tak dapat capai target kan, tapi, sekurang-kurangnya kita dah berusaha kan?

hadiah

Kalau rasa down pasal result tu, janganla down sangat. Macam yang orang selalu kata, "PMR bukan segalanya". Kita belum SPM pun lagi. Jom ramai-ramai pasang azam baru, lahirkan semangat baru untuk tahun ini dan seterusnya. Insya-Allah, kita akan buat yang lebih baik dalam SPM 2010 nanti! Semoga kita semua cemerlang! Amiin..

Kakak ana kata, bila naik form 4, semua dah tak kisah pasal result PMR pun. Jadi, takyahla risau sangat ye.

Sekian sahaja post dari ana yang tak sempurna. Maaf andai tersalah taip, terkasar bahasa, etc..
Terima kasih kepada semua kerana.......... dah banyak membantu ana, dan ....lain-lain..

.: wassalam :.