Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Friday, February 27, 2009

Jadual UB1 Form 4

UPDATE: correction utk khamis dan jumaat

mon : bio aqi est addmath
tue : che/ea tafsir pqs phy
wed : bm bi fiqhsirah
thu : bat math pa
fri : psi sej qth


Wednesday, February 18, 2009

Organisasi Generasi ke-12

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yang kita semua telah sedia maklum, beberapa hari yang lalu, warga tingkatan 4 SMIH ada buat pilihan raya kecil bagi melantik ketua dan lain2 tu. Alhamdulillah, hari ini keputusannya telah pun selamat (?) dikeluarkan. Jadi, ini organisasi kita yang baru ye :)

Pemantau:
Nadhirah Othman

Amir:
Abdullah Munzir Mokri

Timbalan Amir:
Muhammad Farid Raziman

Amirah:
Afiqah Abdul Rahman

Setiausaha:
Muhammad Ihsan Abdul Halim
Raudhah Mohd Salleh

Bendahari:
Amirul Akif Abdul Aziz
Nurul Izzati Azmi

Ahli Jawatankuasa

Unit Dakhili:
Muhammad Syihan Md Amir
Nadia Fariza Mohd Rafiz

Unit Khariji:
Ilham Nasharuddin
Nur Athirah Kahar

Unit Ekonomi:
Taufiq Hamidi Noor Hisham
Ili Syazwani Shairi

Unit Penerbitan:
Muhammad Hanif Muhammad Nassir
Aliya Khairuddin

Unit Mawar:
Nur Izatur Farhana Mohd Said
Anisah Taha


Insya-Allah, inilah apa yang majoriti kita undi, jadi, terimalah ia dengan hati yang terbuka. Demi kemaslahatan kita bersama (?).
Jadi, sebarang cadangan atau ape2 lah kan, komen ke, sila kemukakan kepada mereka yang namanya tertera di atas.

Harap maklum.
Sekian terima kasih.

.: wassalam :.

Monday, February 9, 2009

Cara nak pakai kasut.

as-SalamuAlaikum semua.

Kalau korang nak tahu,
Inilah cara yang betul bagi orang Islam nak pakai kasut.

Theme song Munsyid: Dawud Wharnsby Ali
Actor: Baba Ali (director of Ummahfilms)

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Motivasi

Wednesday, February 4, 2009

Pilihan di tangan anda...

Salam~

Hmm... Agak sedih sebab tengok blog ni kosong je. Jadi ana dengan segala rasa prihatinnya *eceh* buatlah post nak hiasi blog kesayangan ana ni. Tapi nombor 2 la sbb nombor satu mestilah blog ana.

Sebut pasal pilihan, mesti semua tahu yang pada hari esok kita semua akan isi borang undian untuk memilih tampuk kepimpinan untuk Generasi 12 bagi tahun 2009. Sebenarnya ana teringat masa tahun lepas. Masa undi untuk GPK 1.3. Rindu time2 macam tu bila semua kumpul ramai-ramai...

Point ana sebenarnya senang je. Jangan lupa undi orang-orang pilihan anda. Jangan biarkan diskriminasi mengaburi pilihan. Okay, ayat skemalah pulak. Pastikan apa yang antum pilih adalah demi batch kami ini. Malam ini jangan lupa fikir masak-masak sebelum tulis nama esok.

Semoga bakal-bakal pemimpin kita dari golongan yang boleh diharap.... Selamat mengundi~


Dah2, pergi main jauh-jauh. Dahlah kerja rumah tak hantar. Bak kata Ustzaha Juhanita >.<


Anda mampu mengubahnya....


Maaf kalau post ni bosan sangat sebab ana memang sedang bosan tahap apa ntah disebabkan ketiadaan orang lain dekat alam maya.