Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Thursday, June 25, 2009

>>4 ThInGs YoU pRoBaBLy NeVeR kNeW yOuR mObLe PhOnE cOuLd Do<<

There are a few things that can be done in times of grave emergencies. Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Check out the things that you can do with it:



FIRST Emergency

The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile; network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.

SECOND Have you locked your keys in the car?

Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone: If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone.

Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock.. Saves someone from having to

drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other "remote" for your car, you can unlock the doors (or the trunk). Editor's Note: It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a mobile phone!"

THIRD Hidden Battery Power

Imagine your mobile battery is very low. To activate, press the keys *3370# Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your mobile next time.

FOURTH How to disable a STOLEN mobile phone?

To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: *#06#

A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point ipeople stealing mobile phones.

Friday, June 19, 2009

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 .Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 .Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah. Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat).

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan.


3. Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 .Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)

Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi.

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini.


Wallahualam..

Tuesday, June 16, 2009

iklan.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

"Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya
dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari"
[Surah Al-Insan : 26]

Malam Amal Bina Iman dan Taqwa
MABIT
Banaat SMIH Tingkatan 3 , 4 & 5
Kehadiran bukan pilihan semata-mata , kehadiran adalah wajib.
maka , pastikan ikhlas! :)
Sertai dengan hati yang tenang dan gembira!

Pelbagai slot menarik telah disusun untuk puteri-puteri Hidayah, hadirlah dan....
Cintai Diri : Kerana Dirimu Begitu Berharga!

[Tema MABIT kali ini]

*p/s untuk banaat : Barangsiapa yang tidak dapat menghadirkan diri ke MABIT kali ini, sila berikan nama antunna kepada Ukhtuna Wan 'Atikah di 5 Iltizam DAN sila berikan surat bertulis rasmi menyatakan sebab ketidakhadiran kepada Ustazah Siti Suhailah Tasmon. Jika merasa diri sudah selalu lalai dan leka , janganlah jadikan MABIT ini sesuatu yang sia-sia. boleh?

Sekian , Jazakillahukhayrankathira.
Moga kehadiran antunna diganjari Allah SWT, di dunia mahupun di akhirat.

" Sesungguhnya orang2 yang bertakwa berada di dalam taman2 (syurga) dan di mata2 air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang2 yang berbuat kebaikan; Mereka tidur sedikt di waktu malam; Dan di akhir2 malam mereka memohon ampun kepada Allah."
[Surah Adz-Dzariyaat : 15-18]

Friday, June 12, 2009

Rezeki bertambah buat warga Hidayah

10 Jun 2009 (Rabu): Sekolah Islam Hidayah mendapat kejutan pada hari ini apabila menerima sumbangan kenderaan.
 
Kenderaan dari jenis Naza Suria dan berwarna hitam itu telah disumbangkan oleh pendermanya ke sekolah pada pagi Rabu. Satu majlis penyerahan ringkas telah diadakan di pejabat sekolah. Pendaftar sekolah, Tuan Hj Mohd Hatta Hussin telah mewakili sekolah untuk menerima sumbangan tersebut. 

Ini adalah kali ke 2 pihak sekolah menerima sumbangan kenderaan. Kali pertama, seorang penderma telah bermurah hati mendermakan van Mitsubishi Delica kira-kira 9 tahun yang lepas. Van tersebut kini telah agak uzur dan perlu diganti dengan kenderaan yang baru.  

Sehingga kini, akibat dana yang amat terhad, pihak sekolah belum lagi berkemampuan untuk membeli kenderaan sendiri.

Kehadiran kenderaan baru ini menjadi kejutan yang tidak disangka-sangka memandangkan pihak sekolah sedang dalam perancangan membeli kenderaan baru untuk kegunaan pelajar. Untuk itu, satu tabung khas telah diwujudkan dan kutipan derma juga telah dilancarkan.  

Pihak sekolah tetap meneruskan usaha membeli sebuah kenderaan baru pelbagai guna untuk aktiviti kira-kira 1500 orang pelajarnya. Oleh itu sumbangan anda amat dialu-alukan.

Semoga Naza Suria akan digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah. Ya Allah jadikanlah sumbangan ini sebagai saham akhirat kepada pendermanya. 

--------------------------------------------------------------------

Van Mitsubishi Delica yang telah didermakan ke sekolah pada tahun 2000. Keadaannya yang uzur memerlukan satu MPV baru untuk aktiviti pelajar. 

Naza Suria yang disumbangkan pada 11 Jun 2009

Layout/Skin/Theme/Template

..

Assalamualaikum..

Setelah setahun lebih kita menggunakan kulit (skin) ini untuk blog kesayangan kita ni, ada sesiapa rasa macam nak tukar lain tak?

Macam bosan ke..?

Kalau ana lah kan, ana pun rase cam err, da jemu skit. huhuh.

Jadi, semalam, ana dah pun cuba untuk mencari beberapa skin yang baru dan fresh sikit. Tapi hanya dua skin sahaja yang berjaya menarik minatku. Tapi masih buntu nak pilih yang mana satu..

Jadi, ana mohon jasa baik semua ahli G12 untuk bantu ana memilih. Senang aje. Vote je kat poll sebelah tu.. (tempat biasa, bawah sbox)

*format sebenar poll walaupun poll kat sebelah tak boleh ada gambar (duh) dan mungkin ayatnya akan disingkatkan sikit.
Pertukaran Skin.
Mana satu pilihan anda?

1. Waterworld
*click image for live demo

2. Paradise Valley
*click image for live demo

3. Umm, yang lain boleh tak? Ana ade jumpa yang lagi best.
(pls nyatakan di ruang komen. Shoutbox pun boleh)

4. Tak nak tukar. Ana sayang skin ni.


Pilihan di tangan anda.

Kalau bolehlah, ana nak siapkan pasal benda skin2 ni, jika tiada sebarang halangan (e.g: internet terputus dsb.), sebelum naik sekolah. 2 hari je tinggal. Jadi, ana mintak tolong vote cepat2 ;p
Kalau tak sempat sangat, tunggu next holiday jelah. Not weekends.

Pasal header (gambar yang kat atas blog) tu insya-Allah ana akan edit2 sikit atau tukar gambar yang lain. Tapi header tu mungkin tukar lambat sikit/banyak kot.

Oh ye, skin2 ni kebanyakannya ana ambil dengan free dari www.btemplates.com . Dia suka update website dia dengan macam2 skin AGAK baru. Jadi, jika anda semua nak cari skin lain ke apa ke, bolehla tengok website tu. Ataupun google je website lain.

Kerjasama anda amat dihargai.

Sekian.

.: wassalam :.