Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Monday, November 30, 2009

Potong kuku

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama rasanya ana tak create new post kat blog batch ni. Maka, hari ni ana nak kita sama-sama mengulangkaji subjek akhlak (kot) ketika di sekolah rendah dulu.

Dulu kita ada belajar cara menjaga kebersihan diri kan? Antaranya adalah dengan memotong kuku setiap minggu.


Hikmah memotong kuku

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Hari disunatkan memotong kuku

Macam puasa, potong kuku pun ada hari-hari yang digalakkan melakukannya iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Tapi boleh je potong kuku pada bila-bila masa, asalkan tak membiarkan kuku tu tak dipotong melebihi 40 hari.

Cara memotong kuku



Ni asas je. Kalau nak tau banyak lagi, boleh [klik sini].

Hari ni hari Isnin. Dah potong kuku ke belum? Masing-masing jawab lah sniri ye..

Sekadar peringatan buat diri ini dan anda semua. Sebagai manusia, kita kena saling mengingatkan kan?

Semoga semua mendapat manfaat daripada post ini, insya-Allah.

.: wassalam :.

Sunday, November 29, 2009

Senandung Fatihah

Easy Add Math

Salam,
Ada promosi di sini.

Ada kem Easy Add MATH di SMKA Johor Jaya pada 22-25 Disember 2009.
Yuran:100 ringgit.
Kena booking awal, sebab seminar macam ni ramai yang nak ikut,
Cikgu Nor Ishak yang akan mengendalikannya.

Ayah ana akan tolong tempahkan bagi sesiapa yang berminat. Bagi nama kat comment. Due date, tiga hari selepas tarikh pengumuman ini. Terima kasih JZKK.

Have some intelectual discussion?

Lets have some intelectual discussion about:

"boleh tak kita add atau approve orang yg lain jantina dgn kita dlm apa-apalah, cth: myspace, facebook dan yahoo massenger..."

ana rasa, ramai yang punya pendapat dan keyakinan masing-masing ttg perkara ni. Harap dapat beri pendapat msg2.

Me,
Supaya lebih jelas mana yang baik dan buruk, mana yang halal atau haram...
Kerana yang penting, kita jaga syariat Islam.

Friday, November 27, 2009

PEKA physic

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 4)

Introduction

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Aim

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hypothesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

infrence

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Manipulated variable

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

fixed variable

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

responding variable

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Technique

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Observation

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Conclusion

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Eid Mubarak!


Wednesday, November 25, 2009

rezeki


sekiranya rezekiku di langit maka turunkanlah.


sekiranya rezeki di bumi maka keluarkanlah.


sekiranya rezekiku haram maka sucikanlah.


sekiranya rezekiku susah maka perrmudahkanlah.


sekiranya rezeki jauh maka dekatkanlah.



"Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.
Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu
bersamaku..."

-Allahyarham Ustaz Asri Rabbani-

Tuesday, November 24, 2009

Skema Pemakaian Mudah

Lelaki



  1. Seluar panjang melebihi lutut.
  2. Baju tee berlengan at least baju pagoda.
Mudah kan?

Perempuan



  1. Tudung, melabuhi dada.
  2. Baju longgar dan tidak ketat, melabuhi punggung lengan panjang.
  3. Seluar, loggar dan panjang.
Pun mudah kan?
Laa, tak susah pun.

Saturday, November 21, 2009

Cadangan Template?

Haa semua dah bising. Tolong cadangkan template yang menarik boleh? Sila postkan di komen :)

Sunday, November 15, 2009

Faizal Tahir - Islam Satu



Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada Mu
HarapanMu ingin ku laksanakan

Kau adalah Tuhan
Pada mereka yang mengaku Islam
Kami perlukan Kau
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganMu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada Mu
HarapanMu ingin ku laksanakan

Satu Islam
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganMu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada Mu
HarapanMu ingin ku laksanakan

Genggaman tanganMu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada Mu
HarapanMu ingin ku laksanakan

Friday, November 13, 2009

Exam Tamat

Alhamdulillah, tamat juga peperiksaan akhir tahun 2009. How were you guys doing?

Wednesday, November 11, 2009

Padah Tegur Bapok

Salam. Sekadar ingin mengembalikan kecoh-kecoh di sana-sini di blog ini. Jom saksikan.




pengajarannya? janganlah tegur bapok. janganlah jadi bapok.

Saturday, November 7, 2009

Haji.

Assalamualaikum W.B.T

( Sekadar Berkongsi – cedok orang punya )


بسم الله الرّحمن الرّحيم

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) makam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-Imran: 96-97)

Daripada sekalian banyak ibadah, fardu haji adalah puncak ibadah ritual yang amat dicita-citakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah sebagai saat pertemuan sejati kaum Muslimin untuk memenuhi panggilan Allah s.w.t dan merupakan kebahagiaan yang tidak terkira nilainya. Justeru pahalanya yang sangat besar, orang-orang yang mengerjakannya (haji) akan dianggap oleh Allah sebagai para tetamu-Nya.

“Orang yang beribadah haji dan umrah adalah tamu-tamu Allah. Dan adalah hak Allah untuk memuliakan para tamu-Nya serta mengurniakan mereka keampunan.” (maksud hadis)

Kebahagiaan itu akan lahir ketika mereka meginjakkan kaki ke Tanah Suci dengan mengunjungi Kaabah di Masjidil Haram sambil mengucapkan “Labbaik Allahumma Labbaik” (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Sungguh indah pernyataan fitrah hamba kepada pencipta-Nya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat takwa orang mukmin.” (Al-Hajj: 32)

Kaabah yang dikunjungi mengandung pelajaran dan pengajaran yang amat berharga dari segi kemanusiaan. Di sana, misalnya, ada Hijr Ismail yang erti harfiahnya “pangkuan Ismail”. Di situlah Ismail, putera Ibrahim, pendiri Kaabah ini, pernah berada dalam pangkuan ibunya yang bernama Hajar, seorang wanita miskin yang dikatakan pusaranya pun berada di tempat itu. Namun demikian, makna di sebaliknya, wanita ini ditempatkan Tuhan di situ untuk menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita bahawa Allah s.w.t menganugerahkan kedudukan untuk seseorang bukan kerana keturunan atau status sosialnya, tetapi kerana hubungannya yang amat dekat kepada Allah s.w.t dan usahanya untuk hajar (berhijrah) daripada kejahatan (keburukan) menuju kebaikan.

Ibadah haji merupakan sumbangan Islam yang paling positif untuk melahirkan manusia-manusia yang ideal, bersatu hati dan bersatu amal, yang sebenarnya sering dicita-citakan oleh para ahli falsafah sejak dari zaman Plato, Al-Farabi, sampai ke zaman kita ini.

Kaum Muslimin yang pelbagai macam rupa bentuk dan warna kulitnya, kerencaman bahasanya, aneka lagak lakunya, semuanya berkumpul di Tanah Suci yang satu. Hilang segala perbezaan dan hapuslah segala keasingan, dan semuanya bersaudara bagaikan mereka daripada keluarga yang satu, bahkan lebih daripada itu, bagaikan tubuh yang satu, yang sama-sama merasakan derita dan bahagia, duka dan gembira. Keyakinan terhadap kemanusiaan yang bersifat sejagat, tiada perbezaan antara seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain, betapapun terdapat perbezaan antara mereka dalam pelbagai hal.



Tidak pula kurang pentingnya, ibadah haji mengembalikan kenangan kepada zaman hampir 50 abad (5000 tahun) yang lampau, iaitu perjuangan Nabi Ibrahim a.s. Bukankah baginda yang telah menghabiskan segenap usia untuk mengabdi kepada Allah, berpindah-randah mengembara dari Mesopotamia, sampai Palestina, terus ke Mesir, dan dengan berpusat di Tanah Suci Mekah, baginda meninggalkan bekas-bekas yang menjadi sejarah agung hingga sekarang?

Tiada yang diinginkan oleh mereka yang mengerjakan haji di Mekah melainkan keinginan yang amat tinggi untuk memperoleh haji yang mabrur. Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

Dengan demikian, haji mabrur adalah haji yang membawa kebaikan kepada orang yang melakukannya. Menurut pendapat sebilangan ulama, haji mabrur adalah yang tidak bercampur dengan perbuatan dosa-dosa kecil, mahupun dosa besar. Orang yang memperoleh haji mabrur akan semakin kuat imannya serta semakin meningkat amal ibadatnya.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Daripada umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Dan haji mabrur ada balasannya, iaitu syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keunikan ibadah haji adalah kerana ia mencakupi seluruh dimensi ibadah itu yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi fizikal, harta dan jiwa. Justeru, tidak mudah untuk mendapatkan haji mabrur, sebagaimana yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab sekitar 1400 tahun yang lampau, iaitu hanya makan angin (melancong) yang banyak sedangkan yang melakukan haji hanya sedikit.

Maknanya, secara kuantiti, banyak orang yang mengerjakan haji tetapi secara kualiti sedikit saja yang benar-benar melakukan manasik (ibadat) haji dan memahami setiap amal ibadah haji sehingga memperoleh haji mabrur.

Dalam konteks haji, dikatakan ibadat haji yang lengkap memerlukan mujahadah, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai musyahadah (kesedaran), barulah dapat disebut haji mabrur. Kesedaran ini akan melahirkan al-mahadah, cinta yang satu, persiapan untuk berkorban apa sahaja kerana Allah s.w.t.

Ringkasnya, ibadah yang telah sampai pada peringkat musyahadah adalah ibadah yang telah melahirkan kesedaran mengubah dan membentuk perilakunya kepada sikap yang sesuai dengan nilai moral dan spiritual daripada ibadah itu.

Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak adalah bergantung seberapa banyak amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran moral dan spiritual yang berupaya melahirkan semangat untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong berlakunya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan.

Haji mabrur ditandai dengan kesannya, iaitu makna simbol-simbol amalan yang dilaksanakan di Tanah Suci, sehingga makna-makna tersebut wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku kita saban masa

Pakaian biasa ditanggalkan dan pakaian ihram dikenakan. Pakaian dapat melahirkan perbezaan, menggambarkan status sosial, di samping juga dapat menimbulkan pengaruh psikologi.

Menanggalkan pakaian biasa bererti menanggalkan segala macam perbezaan dan menghapuskan keangkuhan yang ditimbulkan oleh status sosial itu. Mengenakan pakaian ihram melambangkan persamaan darjat kemanusiaan serta menimbulkan pengaruh psikologi bahawa yang dalam keadaan demikianlah seseorang akan menghadap Allah pada saat kematiannya. Bukankah ibadah haji adalah kehadiran memenuhi panggilan Allah?

Apakah sekembalinya dari Tanah Suci, masih ada keangkuhan di dalam jiwa? Masih terasa adanya perbezaan darjat kemanusiaan? Masih ingin bersikap hipokrit, menindas orang lain? Masih mahu berpura-pura alim tetapi hakikatnya jahil. Kalau masih ada, maka kita masih mengenakan pakaian biasa dan masih belum menanggalkannya.

Seseorang yang pulang daripada menunaikan haji, bukan sahaja merasakan dirinya kembali kepada fitrah kesucian tetapi juga tumbuh dalam dirinya perasaan menjadi sebahagian daripada satu masyarakat dunia bernama Muslim. Suatu umat yang merapatkan barisan atas landasan tauhid yang menyatukan pemimpin dengan rakyat jelata, ulama dengan kaum dhuafa. Landasan tauhid juga menjadikan mereka bersaudara, misalnya, di antara orang Arab dengan orang Melayu, perantau China dengan mualaf Eropah, hamba Afrika dengan pedagang India, dan sebagainya.

Mercup di dada setiap jemaah haji bahawa dirinya adalah sebahagian daripada suatu kekuatan yang besar. Namun, apakah kekuatan itu dapat dipraktikkan seterusnya dalam kehidupan sehari-hari?

Sunday, November 1, 2009

Al-Fatihah


Al-Fatihah buat ibu saudara Fazrul Asyraf (tengah), yang meninggal jam 1 tengah hari tadi. Dikhabarkan menghidap kanser.