Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Sunday, December 27, 2009

Bilakah Boleh Solat Duduk?

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka dalam keadaan duduk.” (Riwayat Bukhari)

Daripada hadis ini, dapatlah kita fahami bahawa tidak boleh kita solat dalam keadaan duduk, melainkan dalam keadaan kita tidak mampu atau tidak berupaya untuk berdiri.

Perinciannya seperti berikut:

1. Yang dikatakan solat dalam hadis tersebut, adalah solat fardhu.

2. Sekiranya seorang itu sakit, dan sakit itu memampukan dia berdiri sepanjang solatnya, batal solatnya dengan sengaja duduk menggantikan berdiri. Bahkan dia wajib berdiri menunaikan solatnya.

3. Sekiranya seorang itu sakit, dan sakit itu tidak memampukan dia berdiri sepanjang solatnya tetapi boleh pada sebahagian solatnya, maka dia berdiri sekadar kemampuannya. Kemudian, dia boleh duduk bagi menyelesaikan solatnya.

4. Sekiranya seorang itu sakit, dia perlu melihat apakah dia boleh berdiri sepanjang solat atau tidak. Sekiranya dia rasa mampu berdiri sepanjang solatnya, dia solat berdiri. Kemudian jika tiba-tiba dia jadi tidak mampu, maka dia boleh terus duduk seketika itu juga.

5. Sekiranya dia memang lemah atau tidak mampu untuk berdiri pada sebelum takbiratul ihram lagi, maka dia memulakan solatnya dengan duduk sehinggalah selesai solat.

6. Semua jenis solat sunat, boleh dilakukan dalam keadaan duduk, samada seorang itu mampu ataupun tidak. Namun, dianjurkan berdiri bagi yang mampu kerana dalam hadis yang lain, Rasulullah memberitahu, “dan sesiapa yang solat dalam keadaan duduk, baginya separuh pahala daripada orang yang berdiri.”

Kehidupan Muslim di Kolej : Dating? Drinking?

dirembat dari iloveallah.com

Kebebasan.

Young people live for the day when they can move out of the house and go to college and finally be free. Orang muda hidup untuk hari ketika mereka boleh pindah keluar dari rumah dan pergi ke universiti dan akhirnya menjadi bebas. Freedom from their parents, from restrictions on their lifestyle, from everyone telling them what to do. Kebebasan dari orangtua mereka, daripada sekatan pada gaya hidup mereka, dari semua orang mengatakan kepada mereka apa yang harus dilakukan.

This is why in college you find a whole generation that does what they want. Inilah sebabnya mengapa di kampus anda menemukan seluruh generasi yang melakukan apa yang mereka inginkan. Life's short they say, let's enjoy ourselves while we can. Kehidupan pendek kata mereka, mari kita menikmati diri sendiri sementara kami bisa.

So it goes for Muslims. Jadi berlaku untuk umat Islam. In college you find the most amazing things, Muslims who don't pray, Muslims who date , go out to parties and drink. Di kampus anda menemukan hal-hal yang paling menakjubkan, umat Islam yang tidak berdoa, umat Islam yang tarikh, pergi ke pesta-pesta dan minum.

Tuesday, December 22, 2009

Perhatian!!

Assalamualaikum,

Perhatian kepada semua warga generasi 12,

Mulai esok,Rabu-23 Disember 2009 antum tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa barang-barang elektronik seperti handphone,mp3,camera dan lain2 ke sekolah.

*Juga dikuatkuasakan mulai esok,jika ada sebarang kelas tambahan diadakan,antum x dibenarkan langsung untuk membawa peralatan elektronik ke sekolah.Begitu juga buat pelajar asrama,penggunaan handphone langsung tidak dibenarkan walaupun pada hari Ahad.Ini bermakna,penggunaan peralatan elektronik yang dilarang tidak dibenarkan langsung untuk dibawa ke sekolah

Jika barang antum dirampas,ianya hanya akan dipulangkan pada akhir tahun 2010.

Arahan drpd Ustazah Norhawanis Samion

p/s:minta disebarkan.

Wednesday, December 16, 2009

Always be there

Salam.
mari sama-sama hayati lagu ni.

Maher Zain - Always be there


lyrics:

Alllahu Akbar

If you ask me about love
And wanna know about it
My answer would be
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,
the heaven and whole universe
The One that made us all
And He's the guardian of His true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As He promise He will always be there
To bless us with His love and His mercy
Coz, as He promise He will always be there
He's always watching us, guiding us
And He knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As He promise He will always be there...

He bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to You for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

Allahu akbar


:)

Saturday, December 12, 2009

Doakan kami...

Bismillah...

KEM TAHFIZ 2OO 9,

13 hingga 25 Disember 09

di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Terlibat : Form 1,2,3 dan 4.
Kami, para huffaz generasi 12;

memohon maaf atas segala salah silap,

memohon doa antum untuk menghadapi hari-hari sukar di kem tahfiz. Doakan kami mudah menghafaz untuk habiskan silibus dan ingat semula apa yang dihafaz dan doakan agar kami beas dari perasaan malas.Juga, dapat mengamalkan yang dibaca dan dihafaz.

Doakan juga, kami sebagai senior di kem tersebut dapat jaga sekolah dan adik-adik...

Jazakumullahukhairankathira...

Wednesday, December 9, 2009

Prasangka itu...

Assalamualaikum wbt...

Prasangka itu... sebahagiannya adalah dosa...Betul?

Sememangnya, tidak membangga diri itu dituntut, itu tandanya kita mukhlis.
Ikhlas tu, umpamanya seperti semut hitam yang berjalan atas batu yg hitam...Tak nampak, kan?

Begitu juga dgn sikap sangka baik.Sememangnya, hati manusia ni, sangat mudah untuk berprasangka. Perasaan bersangka baik itu terhasil andai manusia ikhlas. Susah... namun inilah dugaan.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

p/s : dengan bersangka baiklah, dapat menyucikan hati dan elak perasaan tak ikhlas berkawan dengan orang lain...

Friday, December 4, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Babi??

@na'udzubillahimin zaalik@

Salam. Cuti Ok?. Baik2 Cuti, Jangan Sampai Leka. Hii. Penulis Telah Meletakkan Sebuah Tajuk Untuk Post Ini Yang Pastinya(yekah?) Menimbulkan Kontroversi. Babi Tu Tak Salah. Memang Tak Salah. Apa Salahnya Seekor Binatang Ciptaan Allah Sehinggakan Kita TerAgak-Agak Untuk Mengatakan Babi.

Punca Kita Takut Untuk Cakap Babi.
@>Babi Digunakan Sebagai Kata Carutan.

Mencarut??

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat.
Jadi, Babi Tu Nama Binatang. Bukan Kata2 Kesat..

TAPI!!!!

Bila Perkataan Babi Itu Disalahgunakan, Tu Yang Salah, Tu Yang Jadi Kata-kata Kesat. Bila Babi Digunakan Untuk Memaki Orang Lain, Itu Yang Jadi BERDOSA.
dicopy dari blog Abduh
Wassalam

istiqamahlah baca al-ma'thurat

salam,

okey, kawan-kawan.

Jangan hentikan amalan baca ma'thurat kat rumah. Baca al-ma'thurat spy nafs kita t'jaga dr syaitan. salah satu cara nak pagar diri juga ni.

Tengah2 baca tu, kalau nmpk sedara-mara tertarik ke, adik-adik kita ke, ajaklah baca sesama. Ajar, didik, perkenalkan kat adik-adik kita al-ma'thurat ni apa sebenarnya. Ni salah satu ibadah khusus kita kepada Allah. Termasuk bawah skop hablumminallah=jaga hubungan dgn Allah. Yang part ajak -mengajak ni pula t'masuk dakwah yg mana t'masuk bawah skop hablumminannas=jg hubungn dgn manusia.

Baju Batch?

Salam. Menyampaikan pesanan daripada saudara ketua batch. Ada inquiry pasal baju au tee batch.

  • Setuju nak buat?
  • Ada sumbangan idea?
  • Bila mahu mula buat?
Harap dapat respon. Harap maklum. Terimas.

[Hitam untuk lelaki sahaja ada]
Sesiapa pun boleh contribute dan submission details would be given later, insha Allah.

Apa Guna Market?

Salam. Post ini berdasarkan pengalaman saya yang serba sedikit aktif dalam laman-laman web sosial dan telah bertemu ramai jenis manusia.


Bila cakap pasal market dengan pelajar kita, jawapannya,


"Baik market dengan Allah, tak elok ke gitu? Syurga pun dapat"


Jawapan itu memang yang terbaik. Tapi saya tak ambil itu secara bulat-bulat pada pandangan pertama. Saya juga menyokong subjek "market dengan manusia". Why?


Bila market dengan manusia, mereka percaya kita, kita berpengaruh. Dengan pengaruh yang serba serbi itulah senjata kita. Kita boleh selitkan kefahaman kita terhadap ISLAM. Tak guna kita berbuat baik seorang kalau persekitaran kita menghadapi kerakusan.


Seseorang yang berpengaruh telah beritahu saya, dakwah itu wajib. Jadi, pada pendapat saya, nak berdakwah bukan sahaja kepada orang baik, tapi kepada semua orang, bukan? Dan, in order to get that people, get their trust 1st.


PLUS! Batasan-batasan kita juga penting! "Niat tak semestinya menghalalkan cara".


Ada SOKONGAN au BANTAHAN au TAMBAHAN au PERTOLONGAN?