Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Friday, December 31, 2010

KATIBAH I



Tarikh: 6 Jan 2011,

Tempat: Dewan Qadisiyah,

Masa: 8:45-11:00 mlm......



ps: pinjam background...lawa

Sunday, December 19, 2010

Valley of the Wolves Palestine - Jan 28, 2011 (English Subtitles)


"I did not come to Israel, I came to Palestine"...tak boleh bla...




Polat Alemdar and his men are going to Palestine to get revenge of the people who were killed on the Blue Marmara Ship which was carrying aid to Gaza. Their aim is obvious: They will catch the Israeli general, who is the military planner and executive of this attack. Polat Alemdar makes his investigation in Palestine and he becomes near to achieve his aim step by step. However, they face with unexpected events. The Israeli general, at the target of Polat Alemdar, Mosche Ben Eliezer, makes it difficult with his atrocity and technologic possibilities in Palestine... The movie will tell the dramatic stories of Palestinian people. While Polat tries to reach Mosche, he will see how innocent people die in Palestine. Mosche burns villages, kills children and has everyone, who help Polat, put in jail. With the movie Valley of the Wolves Palestine, the attention of the whole world will be on Palestine, where people are facing with one of the biggest humanity drama.

Saturday, December 18, 2010

The end...





PN Fatamawati;" masa menjawab telah tamat, sila habiskan ayat takhiranda".

Tepat jam 1600 pada 20 Disember tarikh bersejarah yang tidak tercatat dalam buku teks KBSM, Bg sume pelajar tingkatan 5,dengan berakhirnya subjek EA bermakna perang SPM telah pon tamat bagi sume calon kelas sains dan sosial. bendera penjajahan SPM telah pon diturunkan bermakana kita telah berjaya memperoleh kebebasan. Darurat yang berslogan "duduk rumah study" baru sahaja dibubarkan. Hormone adrenaline yang dikeluarkan oleh hypothalamus memuncak kegembiraan..Tahniah kepada semua yang berganding bahu untuk mencapai kemerdekaan yang sementara ini.

selamat bercuti kepada G12 semoga cuti ni dimanfaatkan dengan sebaiknya!!



TAQWIM BATCH 12 2011

BIL.

PROGRAM

TARIKH

1.

KATIBAH I

6 JAN

2.

KATIBAH II

10 FEB

3.

REHLAH

26 MAC

4.

DAURAH

23 APRIL

5.

HALAQAH

TERTAKLUK KEPADA NAQIB




Friday, December 17, 2010

Tamat

Alhamdulillah. Tamat bagi pelajar sains tulen. Masih ada satu lagi paper untuk pelajar ekonomi asas.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
MERDEKA! *tu je nak lepas geram sebenarnya

ok sila tambah post ini.

Wednesday, December 8, 2010

hati dan bahagia

salam :)

i came with little hope,
but walk away believing in miracles.

if you want to make enemies,
try to change something.
those who look only to the past of present
are certain to miss the future.

selamat berjuang.
together we stand hand in hand.

pesanan tol bebas: benji


people often over estimate what will happen
in the next two years and under estimate
what will happen in ten.

setiap yang mematahkan itu mematangkan.
no pain no gain.
sabar.
never give up
teruskan usaha.
jangan putus asa.
never stop praying.
everything is under HIS will

untuk seseorg: nurul


awak semua comel :)
try your best in spm.

arigatou
kimi ga ite kurete yokatta yo
donna toki datte itsumo
waratte irareru
tatoeba, hanarete itemo nannen tatte mo
zutto kawaranai desho
watashitachi Best Friend
suki dayo, daisuki da yo

friend,
we are under the same rainbow :)

by: mina-san.

now this is real me. haha. wth sharing acc?
but this moment i ll remember.
deeply in heart, never fade.
so hows exam recently? frankly, its like ****.
but pls don't yet give up!
BAT and PQS? alaa belajar je pendebat kita tu :P
strive the best. and fyi, we can start praying for
the marking papers. Sejarah had sent in. the worst
paper i think :D
till then, just fight till you win ;)

by: NisaDesu!

the past give us the sky,
5 tahun kat asrama bukan senang tau!
terima kasih kpd semua.
sama ada yg hidup ataupun dah lama jmp tnh merah :D
otai tetap otai laa :)
bye.

take care, Garnier :D
sayangi diri anda setiap hari, VITAGEN! :D

Thursday, November 18, 2010

Selamat berjuang!

Jangan risau, kita boleh buat. Walaupun tak boleh score every each,
DO YOUR BEST! ALL OUT!

Tuesday, October 19, 2010

Logo

Cadangan ; membuat baju, membuat button badge.
Logo ini boleh dimanipulasikan mengikut kesesuaian design.
Harap boleh terima rekaan ini.
Contoh :

"CADANGAN"

Bakal diterima kalau tak busy. Terima kasih.

MINDA KREATIF


Saturday, October 16, 2010

Last

OK semua steady. Lagi 37 hari nak SPM (dari hari entri ni).

Siapa yang dah taknak belajar tu, terpulang. Siapa nak tahu sebabnya, komen.

Dunia Akhir Zaman

Salam. Kepada banin dan banat yang hadir ke Dewan Qadisiyah pada sabtu 10.30am, dan tertanya-tanya video apakah yang ana beria2 sgt nk play kan. Jemput tengok. Harap tengok sampai habis eh.

Part 1

Part 2


Semoga Terkejut.

Friday, October 8, 2010

Booster

Salam. As a responsible one, ana nak buat sedikit cadangan dan action. This is due to our achievement during trial.

GPK TRIAL, 4.48
daripada 113 calon.

Sebelum apa-apa, ana mahu semua orang fikir positif tentang statistik yang bakal ana tulis ni. Kenapa? Mungkin akan ada yang bakal terasa kerana dia tergolong dalam kelas atau kumpulan yang menarik GPK kita ke bawah.

STATISTIK 1
Susunan subjek paling teruk mengikut Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) :
1. Prinsip Perakaunan - 6.02
2. Bahasa Arab - 5.86
3. Add Maths - 5.77
4. Chemistry - 5.71
5. Ekonomi Asas - 5.56
6. Fizik - 5.48
7. Science - 5.16
8. Biologi - 5.02

*semua yang tersenarai adalah bernilai 5.00 (C+) dan ke atas.

STATISTIK 2
Susunan subjek paling teruk mengikut peratus gagal :
1. Akaun - 37% (18 daripada 49 calon)
2. Ekonomi Asas - 34% (11 daripada 32 calon)
3. Bahasa Arab - 32% (36 daripada 111 calon yang ambil)
4. Science - 26% (8 daripada 31 calon yang ambil)
5. Chemistry - 21% (17 daripada 60 peserta yang ambil)
6. Add Maths - 18% (17 daripada 93 yang ambil)

*maksud yang ambil tu ialah jumlah yang hadir pada hari peperiksaan.

SUMMARY STATISTIK 1
- Pelajar yang mengambil akaun harus diberikan perhatian yang lebih. Mungkin GPK tinggi kerana pelajar yang ambil tidak ramai, tetapi yang tidak menguasai subjek itu ramai.
- Bahasa Arab perlu diutamakan, kerana semua calon mengambil subjek ini dan dapat dilihat bahawa kedudukan GPK yang tidak memuaskan. Menggambarkan jumlah yang amat ramai tidak menguasai. A+ = 0 calon.
- Subjek lain perlu diberikan latihan yang lebih bukan sahaja mencukupi. Kerana masalah calon ialah tidak tahu teknik menjawab.

SUMMARY STATISTIK 2
- Kedudukan gagal paling tinggi, Akaun dan Ekonomi, dapat dikaitkan dengan "mutual exam candidate" iaitu pelajar 5 Ikhlas. Push hard babeyh!
- Bahasa Arab, ana tak tahu macam mana nak cakap =.=" Sebab pada ana Bahasa Arab ni datang "by heart" since sekolah rendah. Tapi bukannya ramai sangat pun yang datang ke Hidayah tanpa ada pendidikan Arab, kan?

OVERALL
Dari sudut pandangan ana, paling busuk pun kita boleh dapat 15 STRAIGHT A's. Tu paling busuk. Paling hebat ana rasa, 110 orang boleh dapat straight. Haa yang lagi 3 tu mana? Haa yang tu kita tak tahu.

Yang telah menunjukkan keputusan hebat pada trial ni, kekalkan di atas.
Yang berada di tengah-tengah, pecut ke atas, tak mustahil!
Yang berada di bawah, sila sasarkan tiada gagal dan sasarkan Gred Purata Individu = 3.00.

I NEED YOUR OPINION, I CAN'T DO THIS ALONE WITHOUT YOU GUYS.
Sila komentar pandangan kalian, sila sila sila.

Wednesday, September 29, 2010

berJAYA ke GAGAL??

salam ^_^ hari2 ade post.. ana pon penat nak post.. tapi nafsu nak mengepost nih kuat sgt smpai ana tpkse post.. huh?? ape ana mrepek nih.. hahha.. senanyer ana tgh tercari-cari post yg bez.. n lastly ana pon tjmpe post yg bez.. allah memudahkan kerja ana.. hehe.. post kali ni spt yg korang sume dah tgk kat tajuk die.. berkisar ngn perbezaan org yg berjaya dan yg gagal.. bkn laa ana ni nak poyo sgt post bnde2 yg baik.. korang kene paham.. ana xde tajuk yg bez.. hehe.. erm.. dah laa mls la nak merepek lg.. menambah dose jep nnt.. huhu.. korang bace la yee.. smoge diberi petunjuk melalui post ana nih.. ngee~

Seorang yang berjaya
sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal
sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata
biar saya buat kerja ini untuk awak
Seorang yang gagal sentiasa berkata
ini bukan kerja aku

Seorang yang berjaya
sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal
sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya
berkata perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan
Seorang yang gagal
berkata perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah

Seorang yang berjaya
melakukan kesilapan akan berkata aku dah silap
Seorang yang gagal
melakukan kesilapan akan berkata ini bukan silap aku

Seorang yang berjaya
sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal
sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya
menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal
menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata
Aku mesti lakukan sesuatu
Seorang yang gagal berkata
Sesuatu mesti dilakukan

Seorang yang berjaya
sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal
sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya
melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal
membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya
belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal
hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya
menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal
menyaksikan kesedihan

Saturday, September 11, 2010

Brotherhood Arts '10 New Collection



Available in 6 designs to choose from, produced in limited quantity by Brotherhood Arts, so Grab yours today from RM 28 Only





ammar_lfc....

Friday, September 3, 2010

okeeeihhhhhh...Pa khabauu semua..?
Trial dah abez!!tapi.....
SPM MARI...!!

jap2,sblom tu jom kite renung mengapa kita dihadiahkan lailatulqadar...
ok,selamat mencari lailatulqadar...
digalakkan men mercon banyak2!!
klo tangan putos pon,tgn ko bkn tgn aku!
doktor ngn hospital pon byk!heeeeeeeee...(merepek skeeeeeeett)
enjoyy......

Monday, August 23, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN...

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan
mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak
saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor
Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,
makan dan minum
dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.
Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu
tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,
belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah
Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.

p/s : TAHNIAH kpd sesiape yg b'jaye hbes bce artikel ni..
*copy paste from someone notes in fb..

Saturday, August 14, 2010

SPM Trial

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

All 12th Generation students are invited to:

SPM 2010 Trial


Get a chance to win 10-11A+ in SPM 2010!
*Terms & conditions apply

Details of event:
Venue: Dewan Khandak, SM Islam Hidayah JB
Date: Aug 16th - Sept 3rd, 2010. (weekends and public holidays excluded)
Time: Monday-Thursday : 8.00 a.m - 2.30 p.m
............Friday : 8.00 a.m – 12.30 p.m
Target: 100% Pass

The timetable is shown as below: [edited version]
click to enlarge

Sponsored by Johor Department of Education and SM Islam Hidayah JB.


*Terms & conditions:
  • Make a proper preparation, study smart
  • Make du'as and prayers to Allah
  • Beg forgiveness from your parents and teachers
  • Make sure your intuition is right
  • Do your very very best! You know you can.

---------------------------------------------------

Bittaufiq wannajah!
InnaLLAHa ma'ana :)

Saturday, July 24, 2010

PLKN

Bismillahirrahmaanirrahiim...

"Tahniah, anda terpilih menyertai PLKN Siri 8/2011"

5 Iltizam

Hafidz bin Hassan
Muhammad Syihan bin Md Amir

Noor Sakinah binti Samsulkamal

5 Iftikhar

Ahmad Hazwan bin Ahmad Nazri
Ahmad Nabil bin Ahmad Zamri
Ahmad Shairie bin Salleh
Muhammad Anas bin Mahmood
Muhammad Muttaqeen bin Muhammad Arif
Muhammad Sofwan bin Zamri

Nurul Haziqah binti Mohd Hafidzuddin Raja

5 Imtiyaz

Abdullah Munzir bin Mokri
Adam Syafiq bin Shamsul Azhar
Ahmad Zakuan bin Mat Desa
Muhammad Haikal bin Md Nasir
Umar Faruqi bin Alias

Nurul Athira Hayati binti Mat Salleh
Nur Atikah binti Izman

5 Ikhlas

Musa bin Norazan

Nur Hani binti Shamsuddin
Nur Hidayatul Hanis binti Ismail
Nurizatul Nasuha binti Azman
Shafiah binti Ahmad Raji
Siti Rafeeqa binti Rosli

-23 Calon : 14 Banin 9 Banat-

Sunday, July 18, 2010

Target GPK

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Target bagi Percubaan SPM
100% Lulus

Target bagi SPM 2010


~ Bismillahi tawakkalna 'alaLLAH ~

Insya-Allah,
Generasi12 boleh!

Doakan kami :)

Tuesday, July 13, 2010

SMIH Johan Debat Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Pasukan debat BM SMIH telah berjaya merangkul juara dalam 2nd International Students' Debate Competition 2010 setelah menumpaskan pasukan debat yang terkenal kejaguhan dalam sejarah debat tanahair, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pertandingan telah dianjurkan 8-11 Julai 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Dua lagi pasukan debat SMIH iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab masing-masing telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat akhir yang penuh sengit. Pasukan BI telah tewas kepada johan bertahan, SRI Ayesha (Bangi), manakala pasukan BA telah tewas di tangan pasukan KISAS.


2nd International Students' Debate Competition 2010 ini adalah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Musleh Bhd (MUSLEH), International Islamic University Malaysia (UIA) dan International Centre for Educational Excellence Berhad (ICEF).

Pada tahun ini, seramai 158 orang peserta telah menyertai pertandingan mewakili 40 kumpulan termasuk 2 dari Indonesia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara Parlimen Malaysia, Yg Berbahagia Datuk Zamami Hj Sulaiman. Semasa ucapan penutup, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum dengan kualiti perbahasan yang ditunjukkan. Beliau juga mencadangkan agar tahun depan, pertandingan perbahasan dibuat di Dewan Negara.

Beberapa komen dari guru-guru pengiring sekolah berasrama penuh juga menyatakan kekagumannya mereka kepada pendebat-pendebat SMIH. Lebih mengkagumkan lagi adalah mereka dari sekolah harian, bukan sekolah berasrama penuh. Mereka juga mengakui bahawa standard perbahasan amat baik sekali.

Pasukan debat BM telah menerima trofi dan hadiah kemenangan selaku juara.

Tahniah kepada pendebat, guru-guru, pembimbing dan semua warga Hidayah.

sumber: website Hidayah JB

Sunday, July 11, 2010

Bila-Bila masa je bang...

Email Dari Seorang Sahabat. Sekadar Berkongsi...

Assalamualaikum Semua,



Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu  panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut  Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.



Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia  Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.



Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merahmasih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan

dia seperti masih hidup.



Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.



Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.



Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan

berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran

pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester

panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam.  Masjid dan surau kosong tiada jemaah.



Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika  mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.



Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.



PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah  telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.



** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam