Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Friday, March 12, 2010

Utlah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, ujian yang pertama kita lalui tahun ini = ujian berkala kita yang terakhir telah pun berakhir tepat jam 11.45 pagi tadi. Macam mana? Seronok? Lega? Sedih? Kecewa? Apa-apalah kan.

Apa-apapun yang antum rasa, ana rasa semua dah usaha betul-betul kan? Struggle habis-habis kot. Insya-Allah, keputusan yang akan kita dapat pun sesuai lah dengan usaha yang kita lakukan.


*dah kena padam*

Alhamdulillah, sekarang dah bermula cuti pertengahan semester pertama. Ana pasti semua orang rasa gembira kan? Kalau tak sangat-sangat pun, mesti ada la juga sikit gembira. Tak pun rasa lega! Lega 1: dah habis test. Lega 2: dapat cuti. Allah, nikmatnya!

Cuti ni memang nikmat kan? Oleh itu, marilah kita menggunakan masa yang agak lapang ini dengan sebaiknya, sebetulnya dan sewajarnya. Barulah tak jadi kufur nikmat. Sekiranya kamu bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambah lagi nikmat.

Kalau kita bersyukur dengan cuti, Allah akan tambah cuti? hehe.
Takde la sampai begitu kan. Kita bersyukur dengan cuti sebab ada masa yang lapang kan. Kalau kita bersyukur dan menggunakannya dengan sewajarnya, insya-Allah, kita akan rasa lebih lapang. Kalau tak masa yang lapang pun, sekurang-kurangnya jiwa terasa lapang.



*selingan*

Cuti ni, mesti ada macam-macam aktiviti kan?

Ada yang balik kampung, ada yang bercuti, ada yang pergi Kem Easy Add Maths, PRS ber-rehlah, ada yang pergi XCELL kat Penang (program KRJ), ada yang duduk rumah je dan macam-macam lagi lah.

Apa-apapun yang kita sedang atau bakal lakukan dalam cuti ni, kita doalah banyak-banyak supaya setiap yang dilakukan adalah bermanfaat. Doakan kawan-kawan yang pergi bercuti dapat bawa pulang pengalaman baru. Doakan kawan-kawan yang berprogram dapat membawa pulang ilmu baru dan terkesan. Doakan kawan-kawan yang duduk di rumah tanpa ke mana-mana dapat gunakan masa sebaiknya. etc..

Marilah kita saling mendoakan antara satu sama lain :D
Buat kawan-kawan yang dapat ilmu baru waktu cuti ni, nanti kongi-kongi lah ye.

P/S: Maaf jika terlalu panjang dan pointless.

.: wassalam :.

1 comment:

Anonymous said...

sedikit coretan~
Tuanku, engkau boleh berjalan di atas air!” murid-muridnya berkata dengan penuh kekaguman kepada Bayazid Al-Busthami. “Itu bukan apa-apa. Sepotong kayu juga boleh,” Bayazid menjawab. “Tapi engkau juga terbang di angkasa.” “Demikian juga burung-burung itu,” tunjuk Bayazid ke langit. “Engkau juga mampu bepergian ke Ka’bah dalam semalam.” “Setiap pengelana yang kuat pun akan mampu pergi dari India ke Demavand dalam waktu satu malam,” jawab Bayazid. “Kalau begitu, apa kehebatan seorang lelaki sejati?” murid-muridnya ingin tahu. “Lelaki sejati,” jawab Bayazid, “adalah mereka yang mampu melekatkan hatinya tidak kepada sesuatu pun selain Tuhan.”