Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Saturday, July 24, 2010

PLKN

Bismillahirrahmaanirrahiim...

"Tahniah, anda terpilih menyertai PLKN Siri 8/2011"

5 Iltizam

Hafidz bin Hassan
Muhammad Syihan bin Md Amir

Noor Sakinah binti Samsulkamal

5 Iftikhar

Ahmad Hazwan bin Ahmad Nazri
Ahmad Nabil bin Ahmad Zamri
Ahmad Shairie bin Salleh
Muhammad Anas bin Mahmood
Muhammad Muttaqeen bin Muhammad Arif
Muhammad Sofwan bin Zamri

Nurul Haziqah binti Mohd Hafidzuddin Raja

5 Imtiyaz

Abdullah Munzir bin Mokri
Adam Syafiq bin Shamsul Azhar
Ahmad Zakuan bin Mat Desa
Muhammad Haikal bin Md Nasir
Umar Faruqi bin Alias

Nurul Athira Hayati binti Mat Salleh
Nur Atikah binti Izman

5 Ikhlas

Musa bin Norazan

Nur Hani binti Shamsuddin
Nur Hidayatul Hanis binti Ismail
Nurizatul Nasuha binti Azman
Shafiah binti Ahmad Raji
Siti Rafeeqa binti Rosli

-23 Calon : 14 Banin 9 Banat-

Sunday, July 18, 2010

Target GPK

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Target bagi Percubaan SPM
100% Lulus

Target bagi SPM 2010


~ Bismillahi tawakkalna 'alaLLAH ~

Insya-Allah,
Generasi12 boleh!

Doakan kami :)

Tuesday, July 13, 2010

SMIH Johan Debat Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Pasukan debat BM SMIH telah berjaya merangkul juara dalam 2nd International Students' Debate Competition 2010 setelah menumpaskan pasukan debat yang terkenal kejaguhan dalam sejarah debat tanahair, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pertandingan telah dianjurkan 8-11 Julai 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Dua lagi pasukan debat SMIH iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab masing-masing telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat akhir yang penuh sengit. Pasukan BI telah tewas kepada johan bertahan, SRI Ayesha (Bangi), manakala pasukan BA telah tewas di tangan pasukan KISAS.


2nd International Students' Debate Competition 2010 ini adalah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Musleh Bhd (MUSLEH), International Islamic University Malaysia (UIA) dan International Centre for Educational Excellence Berhad (ICEF).

Pada tahun ini, seramai 158 orang peserta telah menyertai pertandingan mewakili 40 kumpulan termasuk 2 dari Indonesia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara Parlimen Malaysia, Yg Berbahagia Datuk Zamami Hj Sulaiman. Semasa ucapan penutup, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum dengan kualiti perbahasan yang ditunjukkan. Beliau juga mencadangkan agar tahun depan, pertandingan perbahasan dibuat di Dewan Negara.

Beberapa komen dari guru-guru pengiring sekolah berasrama penuh juga menyatakan kekagumannya mereka kepada pendebat-pendebat SMIH. Lebih mengkagumkan lagi adalah mereka dari sekolah harian, bukan sekolah berasrama penuh. Mereka juga mengakui bahawa standard perbahasan amat baik sekali.

Pasukan debat BM telah menerima trofi dan hadiah kemenangan selaku juara.

Tahniah kepada pendebat, guru-guru, pembimbing dan semua warga Hidayah.

sumber: website Hidayah JB

Sunday, July 11, 2010

Bila-Bila masa je bang...

Email Dari Seorang Sahabat. Sekadar Berkongsi...

Assalamualaikum Semua,



Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu  panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut  Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.



Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia  Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.



Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merahmasih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan

dia seperti masih hidup.



Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.



Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.



Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan

berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran

pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester

panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam.  Masjid dan surau kosong tiada jemaah.



Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika  mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.



Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.



PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah  telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.



** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam






Tanda-Tanda Hari Kiamat

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Sekadar Renungan...

sumber: Wikipedia

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi:

1.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10.
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11.
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12.
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

14.
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

15.
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

16.
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

17.
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

18.
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

19.
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

20.
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

21.
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim

22.
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku genpa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

23.
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.