Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)
26-30 Disember 2010 yang lalu, seramai 28 orang peserta (10 banin, 18 banat) dari sekolah kita telah menyertai PENARA bersama guru pengiring seramai 3 orang iaitu Ustaz Azri, Ustazah Norhidayati dan Ustazah Melly.
Program PENARA ini telah dijalankan di Kem Nur Laman Bestari (kan?) QTH Ulu Yam, Selangor ;)
oh, tema PENARA kali ini ialaaaaaah;
Ukhuwah Teras Kegemilangan
sounds familiar? it is!
Alhamdulillah, jambori yang terakhir kami sertai di bawah tajaan MUSLEH ini merupakan yang paling BEST sebab agak lain dari yang lain. Serius, baaaaaaanyak sangat benda baru yang kami pelajari. dan Alhamdulillah, walaupun hanya 4 hari bersama, kami dapat rasakan kenikmatan berukhuwah kerana Allah s.w.t :D
read further for brief report (sort of) with photos
27 Disember 2010 - Isnin
- Selepas mendaftar, terus membina pangkalan dan mula buat kem kraf.
campsite banin
campsite banat
- Kemudian, selepas zohor, majlis perasmian bermula. ada taklimat.
- Kami diQSLkan (dimaklumkan) bahawa kami kena ada satu group lagi dan group ini terdiri daripada berbagai2 sekolah.
- ada 7 pertandingan: Kem Kraf, BaSeD, Bantu Mula dan Gajet disertai ikut kumpulan sekolah. manakala Orientaring, Obstacle Race dan Kebudayaan disertai ikut kumpulan baru.
- lepas taklimat ada LDK.. ikut kumpulan baru
- malam tu ada talk mengenai dakwah.
- hari ni ramai mengadu nak balik.
28 Disember 2010 - Selasa
- Pagi, Banat ada pertandingan BaSeD dan Bantu Mula serentak. Pastu pertandingan Gajet pula
BaSeD banat SMIHJB: Elak Guna
- Banin plak ada taklimat mengenai pengenalan Radio Amatur, di mana daripada taklimat ini lah banyak bahasa pelik yang kami pelajari. Jadi, kalau nampak/dengar kami guna bahasa pelik2 ni, ni semua sebab taklimat ni.
- Selepas Zohor & Asar (jama'), mula pertandingan ikut kumpulan baru.
- Banin, ada aktiviti Orientaring di mana waktu inilah penggunaan radio amatur diaplikasikan. "Comcen, Sara Alpha calling dari QTH 233. QSL?" hehe.
- Banat, ada aktiviti Obstacle Race yang berakhir dengan lepak di sungai yang airnya deras. PUAS! Alhamdulillah.
- Malam tu, ada forum yang bertajuk 'Ukhuwah Teras Kegemilangan' yang diuruskan oleh peserta Form 5. Banin dan banat diasingkan.
29 Disember 2010 - Rabu
- Pagi, Banin pula ada pertandingan Gajet, Bantu Mula dan BaSeD.
Persembahan Identiti di akhir persembahan BaSeD banin SMIHJB
- Banat ada taklimat mengenai Pengenalan Radio Amatur. dan kami belajar bahasa baru.
- Selepas Zohor dan Asar (jama'), Banin mula aktiviti Obstacle Race dan diakhiri dengan mandi sungai best.
- Banat pula mula aktiviti Orientaring yang best. "Kilo Zulu, teruskan perjalanan anda ke bearing 043. Selamat jalan dan 73."
- walaubagaimanapun, dalam aktiviti Orientaring ini, ada satu kumpulan banat telah sesat. namun Alhamdulillah, mereka temui jalan pulang ke campsite meskipun tidak menjumpai satu checkpoint pun. it's okay, dear. you've done your best, right?
- Petang itu, pengadilan Kem Kraf dimulakan.
pintu gerbang + menara banin
bergambar di pintu gerbang banat, selepas sesi pengadilan.
- Malam, aktiviti malam kebudayaan. di mana pada malam terakhir kami bersama ini lah, kenikmatan berukhuwah fillah benar-benar terasa. Langsung tak terasa ada gap antara sekolah. Moga Allah redhai kami :)
30 Disember 2010 - Khamis
- Hari ni balik!!
- Pagi, kemas pangkalan, kemas barang, roboh pangkalan. latihan untuk majlis penutup.
- Akhirnya, majlis penutup, pemenang diumumkan, habis majlis, sesi fotografi. ramai mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar contact information.
- tamat majlis, ustazah belanja kontinjen SMIHJB aiskrim dengan limit tidak melebihi RM2 :D
- kemudian, beramai-ramai menyerbu sungai buat kali terakhir.
- selepas zohor dan asar (jama'), kami bertolak pulang ke JB. Bertolak jam 3 petang. Sampai sekolah jam 10 malam. sebab berhenti banyak kali untuk makan dan solat.
- dan akhirnya, semua pulang ke rumah masing-masing :)
-tamat-
Eh! Belum lagi!
Tak umumkan lagi keputusan kan?
Mari baca keputusan di bawah, dan marilah mngucapkan Alhamdulillah :)
SMI Hidayah JB memenangi:
Johan Kem Kraf (Banin)
Johan Gajet (Banin)
Johan Bantu Mula / Pertolongan Cemas (Banin)
yang tidak dinyatakan tu maksudnya tak menang lah tu. heee.
Tahniah buat kontinjen SMIHJB Banin! :D
dan kepada kontinjen SMIHJB Banat, kita semua dah buat yang terbaik kan? Come on, ubatilah kedukaanmu. Allah tak tengok hasil, tapi tengok usaha! ;D
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada;
Ibu bapa kami yang memberi izin untuk kami sertai program ini
Guru-guru yang menjaga dan menyokong kami sepanjang berada di program ini,
Ustaz Masdi, Ustaz Kamarul Kalam, Ustaz Azri, Ustazah Sakinah, Ustazah Hidayati, Ustazah Melly,
Jurulatih BaSeD kami, Ustaz Md Noh.
Jurulatih Gajet, Ustaz Halimi
Jurulatih Bantu Mula,
seluiruh warga Hidayah JB yang setia menyokong kami,
Semua peserta PENARA 2010 dari seluruh Malaysia
dan tidak lupa juga kepada
Semua rakan-rakan Generasi12 yang tidak jemu-jemu menyokong dan memberi kata-kata semangat
Jazakumullahu khairan kathira.
Semoga Allah membalas jasa baik semua. Ameen :)
Dictionary:
- QTH - Lokasi
- QSL - maklum / faham / ya
- 73 - All the best / Good luck
- Comcen - orang yang gtau ke mana kita nak pergi after reaching some point.
.: wassalam :.










4 komen [klik!]:
tahniah pade semua yg pegi.pade junior kite yg pegi(sape ntah nme die;ana x knal la)trimas saye kami ucapkan.:p
88
biar banat sedih,sbb tak de satu pun menang, ukhwah fillah antr sek2 MUSLEH sgt best!tahniah atas kemenangan banin wlu sikit .
penara..beri byk pengalamn!!
Post a Comment