Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Sunday, July 1, 2012

Marah itu melemahkan

Bismillah.

Salam.

Alhamdulillah, semalam ana berpeluang mendengar talk daripada Prof. Dr. Muhaya di Masjid Jamek BBU, bertajuk "Indah di mata dekat di hati". Dalam talk ni, beliau banyak bercakap tentang cinta kepada Allah, juga mengenai hubungan dengan Allah. Dalam mengendali hubungan dengan pencipta, ada tiga benda yang kita kena jaga; rohani, emosi dan fizikal. Apabila rohani beres, insya-Allah emosi dan fizikal juga beres.

Bila rohani tak terjaga, emosi kita akan bermasalah dan selalu rasa nak marah-marah. Pernah rasa macam tu tak? Dan bila kita punya emosi tak terjaga, fizikal kita juga akan lemah. Contoh, kita tengah marah sangat-sangat dekat kawan kita sorang ni. Sekali pensyarah suruh kita buat assignment group dengan dia. Memang lah badan rasa berat je nak buat assignment sama-sama. Tak gitu?

credits: whitneybee's flickr.

Itulah keadaan di mana marah itu melemahkan. Bila marah, kerja kita akan tergendala. Rasa malas nak bergerak. Kadang-kadang, bila marah menguasai, akal jadi kurang waras dan boleh jadi, kita akan terus menghamburkan kata-kata kasar bagi melepaskan kemarahan. Nauzubillah. Ketika itu, marah dah menguasai, dan ternyata akal kita ketika itu lemah untuk melawan marah.

Sebab tu, bila kita rasa marah, kita kena segera ubati hati dan memaafkan. Ketika itu, jiwa akan terasa lapang. Bila tiada kemarahan, akal dapat berfikir dengan lebih waras.

Rasa nak marah lagi?

Bolehla ulangkaji semula hadis 16 (daripada kitab hadis 40, Imam Nawawi) yang kita pernah belajar waktu sekolah menengah dulu. Dah ada ilmu, amalkan :)

Hadith 16: Jangan Marah, Bagimu Syurga
Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."


Siapa hafal lagi sanad dan matan hadith ni dalam bahasa arab, memang tabik ah. Semoga istiqamah.

Jadi, macam mana nak atasi rasa marah ni?

  1. Istighfar
  2. Muhasabah diri
  3. Bersangka baik
  4. Berlapang dada dan memaafkan
  5. Cari hikmah di sebalik apa yang berlaku
  6. Ingat, kalau banyak marah, nanti cepat tua :P
  7. Ingat, kalau banyak senyum, awet muda.


Semoga terubat hati-hati kita.
Banyakkan berzikir, semoga jiwa kita subur dengan keimanan. Semoga cinta kita kepada Allah juga sentiasa subur.

dan, paling utama, senyumlah selalu. Insya-Allah segala emosi negatif akan berkurangan, sedikit demi sedikit.

don't worry be happy
Menurut kajian, manusia yang berfikiran positif lebih berpeluang untuk menjalani hidup yang lebih sihat dan bahagia.

Sekian, terima kasih :)

P/S: Peringatan buat diri dan semua. Semakin rasa macam dah matang, semakin tinggi ego, semakin rasa nak marah. Astaghfirullah al-adzim.
Aliya K