Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Thursday, January 30, 2014

#2

Perjalanan dengan menaiki Avant yang mengambil masa lebih kurang 30 minit aku habiskan dengan membaca buku Blood And Faith. Buku yang menceritakan peristiwa-peristiwa setelah penaklukan Andalus oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Kisah penderitaan dan kesengsaraan umat islam di Andalus untuk mengekalkan akidah mereka dan melakukan beberapa siri penentangan bersenjata walaupon gagal yang akhirnya, sebahagian besar mereka mati syahid dan diusir keluar dari tanah air mereka sendiri.

Toledo atau nama lainnya Tulaytula (nama yang diberi semasa pemerintahan Islam) yang dikelilingi bukit-bukau yang menghijau, sungai jernih yang mengalir mengelilingi kota serta kedudukan yang terletak di atas bukit menjadikan kota ini sangat strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan. Kota yang mempunyai sejarah selama ribuan yang menjadi rebutan setiap zaman dan pernah ditakluki oleh Roman, Visigoth, Islam dan Kristian.

Pernah menjadi pusat kegiatan ilmu yang berkembang semenjak zaman pemerintahan Islam dan diteruskan semasa zaman Kristian sehingga tertubuhnya Escuela de Traductores de Tolde yang menjadi tempat penterjemahan buku-buku klasik Yunani dan juga Arab ke Castilian.

Suhu di luar Avant ketika itu yang aku jangakan sekitar 10 darjah celcius walaupon matahari terpancar dengan sinarannya yang menghangatkan. Ketika di musim sejuk, kehangatan pancaran matahari sering diamati dengan penuh kenikmatan. Kenikmatan yang tidak mampu diungkap. Selang 10 minit membaca, aku berhenti untuk memerhati muka bumi sepanjang perjalan ke Toledo. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau tetapi tidak terlalu tinggi, melepasi kawasan ladang-ladang yang aku tidak pasti jenis tanamannya, sungguh berbeza dengan bumi Malaysia. Satu halwa mata dan pengalaman baru buat aku seorang yang baru hendak belajar. 

Bagaimana agaknya ketabahan dan kegagahan orang zaman dahulu untuk berjalan ratusan malahan ribuan batu untuk pergi ke suatu tempat. Mungkin sebab itu pengembara-pengembara zaman dahulu orangnyasangat tabah dan mempunyai kekuatan dalam yang sangat tinggi. Jika nak dibandingkan dengan aku, sungguh jauh makamnya. Jika berpeluang, keluarlah dari zon keselesaanyang sebenarnya membuatkan jiwa kita menjadi kerdil, pandangan menjadi jumud. Kalau tak mampu nak ke luar negara, dalam Malaysia pon sudah cukup baik. 

Berkata imam Syafie:

Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah...
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akam kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan


                                                          ruangan di dalam stesen Toledo


                                                                 
                                                             Binaan luaran stesen Toldeo

Tepat jam 11.05, aku tiba di stesen Toledo. Binaan stesen kereta api yang sangat cantik dan teliti dengan ciri-ciri Neo-Mudejar. Bangunan yang tidak seberapa besar dan hanya ada perkhidmatan antara Toledo dan Madrid sahaja. Berehat seketika di dalam bangunan stesen dan memerhati seketika corak-corak binaan sementara menunggu ketibaan bas yang akan menuju ke pusat bandar. Selang 5 minit, aku menaiki bas dan mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap. Untuk memasuki pusat bandar, bas ini akan mengelilingi sebahagian besar kota Toledo terlebih dahulu. Rugi betul siapa yang dah datang Madrid tapi tak singgah sebentar ke Toledo. 

Bas agak penuh dengan para pelancong dari pelbagai negara tapi aku tidak sempat untuk bertegur sapa dengan mereka. Malu agaknya. Sepanjang perjalanan, tanganku tidak berhenti-henti mengambil gambar.










Akhirnya, bas berhenti seketika di tebing tinggi yang menghadap kota Toledo. Dari sana dapat dilihat keseluruhan kota Toledo. Bas berhenti sekitar 10 minit sahaja. Semua penumpang turun untuk mengambil gambar kenangan. Aku pon turut tidak ketinggalan. Alcazar merupakan bangunan terbesar di Toledo terletak di sebelah kanan. Merupakan salah satu tempat yang wajib untuk dilawati. 

Pemandu bas memanggil semua penumpang untuk masuk dan meneruskan perjalanan ke pusat bandar. Perjalanan seterusnya mengambil masa 10 minit dengan melalui lereng-lereng bukit dan jambatan. Akhirnya tiba jua ke pusat bandar Toledo. Semua penumpang diturunkan di situ dan mengambil haluan masing-masing. Kini mulalah pengembaraan dalam kota Toledo. 

Disebabkan Toledo terletak di kawasan bukit, maka semasa berjalan pon seperti terasa menaiki bukit. Jalan-jalan yang diselaputi dengan batu-batu sebesar penumbuk yang aku jangka telah dibuat semenjak ratusan tahun dahulu dan agak sesuai untuk kawasan seperti itu. Sungguh ramai manusia yang mengunjungi Toledo ketika itu walaupon bukan pada waktu cuti.
Kedai-kedai makan, pakaian, cenderamata dan sebagainya sudah dibuka yang menunjukkan betapa meriah dan popularnya kota ini.

Aku meneruskan perjalanan untuk menakluk kota itu dalam masa beberapa jam sahaja kerana tiket balik ke Madrid adalah pada jam 3 petang. Aku hanya ada masa lebih kurang 3 jam. Sambil meninjau-ninjau di sekeliling kota, perutku mula menyanyi meminta supaya diisi. Tanpa berlengah lagi, aku pergi ke kedai membelifish and chips. Aku merancang untuk makan di sudut kota sambil menghadap persekitaran kota. Ternyata pilihan aku tepat sekali. Kenikmatan apa lagi yang dimahukan jika dapat menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan. 


                                                       senapang zaman dahulu


                                                          ruangan di dalam Alacazar

Setelah melawat beberapa monumen bersejarah, aku bergegas ke Alcazar yang dijadikan Biblioteca de Castilla-La Mancha dan Museo de Ej√©rcito. Pelbagai alatan perang zaman dahulu seperti senapang, baju perisai, pedang, meriam dan sebagainya ditayangkan. Senapang yang digunakan diukir dengan begitu kemas sekali. Sungguh memerlukan kemahiran dan ketelitian yang amat tinggi untuk menyiapkan selaras senapang. Selama lebih kurang 1 jam aku berada di dalam Alcazar, aku keluar untuk membeli cenderamata. Begitu banyak kedai yang menjual replika pedang, pistol dan senapang di sini. Tetapi agak mahal sedikit jika dan dibandingkan dengan di Segovia. Replika pedang-pedang Lord Of The Ring pon ada dijual. Jika ada yang berhajat, bolehlah datang ke mari dan beli sendiri. 


Melihat pada jam, menunjukkan jam 2 petang. Aku berjalan keluar dari kota untuk menuju ke stesen kereta api. Berjalan keluar dari pusat bandar. Aku menuruni bukit menuju ke pintu kota. 

Kemudian menyeberangi jambatan batu yang dibawahnya mengalir sungai Tajus. Berhenti seketika sambil merenung air jernih yang mengalir. Terlihat ada juga yang ingin cuba nasib mengail ikan. Ikan apa agaknya yang hidup di dasar sungai itu. Kalau di Malaysia, pastinya ada ikan keli, sepat, haruan. Terdapat juga beberapa orang pelancong yang mengambil gambar. Manusia, banyak perkara yang ingin dirakam dalam gambar. Tetapi gambar hanya tinggal gambar. Masih tidak mampu menandingi rakaman yang tersemat rapi dalam ingatan. Tepat jam 3 petang, aku memasuki AVE untuk kembali ke Madrid.


Sungguh dunia ini tersangatlah luas. Tak tercapai dek akal kita untuk memikir, mata tak mampu melihat semua keindahan alam. Tetapi ambillah sedikit masa untuk bermuhasabah dengan melihat alam. Malaysia pon cantik juga. Berfikir tentang kehebatan dan kebijaksanaan Allah. 

“I don’t live in either my past or my future. I’m interested only in the present. If you can concentrate always on the present, you’ll be a happy man. Life will be a party for you, a grand festival, because life is the moment we’re living now.” 
― Paulo Coelho, The Alchemist

Thursday, January 23, 2014

#1

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu

Tersedar dari tidur aku sudah berada dalam kawasan Madrid. Mungkin dalam masa 10 minit aku akan tiba di Avenida de America. Stesen bas di Madrid. Entahlah kenapa namanya sedemikian rupa. Pelik pon ada juga. Aku tak sempat lagi untuk membuat kajian perihal nama itu. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam membuatkan badan berasa letih dan kepenatan walaupon hanya tidur semasa perjalanan. 

Bas ada membuat beberapa perhentian di beberapa kawasan untuk menurunkan dan mengambil penumpang di Zaragoza dan untuk berehat seketika. Walaupon aku terjaga semasa bas berhenti tetapi malas keluar untuk mengambil angin kerana merasakan suhu di luar tersangatlah sejuk dan berkabus. Bermusafir ke alam mimpi lebih menarik perhatianku ketika itu. Bas yang dinaikiku ini bas murah dan tempat duduknya agak sempit kerana terlewat membeli tiket. Tetapi sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan bas dan kapal terbang di Malaysia aku tidak kisah sangat hal sedemikian.

Kadang-kadang kita perlu merasakan sedikit ketidakselesaan dalam kehidupan untuk lebih memahami dan menyelami perasaan manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini. 

Orang yang pernah mengalami kesusahan tidak sama perasaan dan rasanya dalam jiwa dengan orang yang hanya mendengar dan membaca kisah meraka.

Orang yang tak pernah hidup miskin tak mampu menyelami perasaan sebenar orang miskin. 

Setiap ujian kesenangan dan kesusahan yang Allah takdirkan jika dilalui dengan penuh kesabaran dan bersangka baik dengan Allah, Insyaallah di penghujungnya kita akan nampak rahmat Tuhan atas ujian yang Dia berikan. Mungkin bukan sekarang. Mungkin di penghujung usia baru kita tersedar dan perasan dengan rahmat yang Tuhan kurniakan buat kita.


Setelah sampai di Avenida de America, aku bergerak terus menuju metro untuk ke Atocha. Di sana, aku akan mengambil Avant untuk ke Toledo. Pertama kali sampai di Madrid membuatkan aku berasa sangat teruja. Siapa sangka akhirnya aku mampu menjejakkan langkah di bumi pasukan Los Blancos ini. Mungkin aku aku berpeluang untuk bertemu dengan Ronaldo ataupon Casillas (cara sebutan ca-si-yas) ataupon dijemput untuk berlatih bersama mereka. In your dream. Setibanya di Atocha, aku terus mencari mesin tiket untuk melihat jadual perjalanan Avant untuk ke Toledo. Aku membuat keputusan untuk menaiki Avant yang berlepas pada jam 10.30 pagi. Kemudian aku bergegas ke tandas untuk mengambil wudu’ dan menunaikan solat subuh. Kelihatan Atocha agak lengang pada awal pagi itu. 

                                                               stesen Atocha

Keluar dari Atocha stesen, aku mencari kedai halal untuk mendapatkan sesuap nasi lemak. Tapi malangnya, aku hanya menjumpai burger sahaja. Sambil-sambil menikmati burger, aku disapa oleh 2 orang pelajar Malaysia yang belajar di Madrid. Tak ingat pula belajar di universiti mana. Manis sebenarnya dapat berborak dengan rakyat Malaysia yang lain di negara asing. Berbagai-bagai kisah kami berkongsi sambil menghirup kopi panas sambil mengharungi kedinginan Madrid. Mungkin disebabkan aku jarang berjumpa dengan warga Malaysia, maka pertemuan itu lebih bermakna. Kalau di UK, tak hairan dah dengan rakyat Malaysia. Macam perkampungan Melayu pon ada di Bayswater.

Setelah jam menunjukkan jam 10 pagi, aku bergegas ke Atocha untuk membeli tiket Avant. Alhamdulillah tiket masih ada lagi lalu aku membeli tiket yang berharga 20 euro pergi balik. Aku pergi ke balai berlepas sambil menanti masa untuk berlepas ke Toledo.

Toledo merupakan sebuah kota lama yang dikenali sebagai ‘The City of the Three Cultures’, Islam, Kristian dan Yahudi. Ciri-ciri bangunan yang pelbagai yang dipengaruhi oleh 3 budaya besar itu diselubungi diseluruh kota Toledo. Keindahan kota yang dikelilingi bukit bukau yang menghijau, sungai Tajus yang mengairi disepanjang tembok kota membuatkan mata ini terpukau dan asyik dengan keindahan kota lama ini. 

Keindahan yang tidak mampu diungkapkan dengan patah-patah perkataan. 

Keindahan yang hanya mampu difahami dengan melihat menggunakan mata sendiri.

Ada perkara yang hanya hati yang mampu memahaminya. Orang tak rasa apa yang kita rasa. 


Ada perkara yang kita perlu simpan seorang diri, kerana itu rahsia kita dengan Allah.



                                                                          Avant


                                                                    sungai Tajus


                                                           


                                                                          luar Toledo

Begitulah keindahan alam ciptaan Allah, yang sentiasa memukaukan dan membuatkan hambaNya sering terfikir akan kehebatan dan kebijkasanaan Allah. Untuk mengetahui kehebatan Allah, tidak perlu untuk kita mengetahui Zat Allah. Cukuplah sekadar memerhati dan berfikir dengan akal yang sihat dan hati yang jernih untuk mengetahui kekuasaan Pencipta alam ini. 

Kemalasan kita untuk membaca, memerhati, berfikir dan mengkaji alam membuatkan kita ketinggalan dalam pelbagai ilmu berbanding dunia Barat yang terus melaju kehadapan meninggalkan kita. Berapa ramai Nobel Prize dimenangi oleh kita Muslim? Atau kita hanya sekadar berbangga dengan pencapaian nenek moyang kita terdahulu dan terus bermimpi dalam tidur.



Richard P. Feynman mengatakan
We are at the very beginning of time for the human race. It is not unreasonable that we grapple with problems. But there are tens of thousands of years in the future. Our responsibility is to do what we can, learn what we can, improve the solutions, and pass them on”.


Kenal siapa Richard P. Feynman? Salah seorang pemenang Nobel Prize in Physics. Bacalah buku hasil karya beliau iaitu Surely You’re Joking Mr. Feynman. Sangat sesuai untuk kalian sebagai penuntut ilmu.