Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Friday, February 14, 2014

Bangkitlah Generasi Syahadatain!

Malam ku ukir sejuta keramat
Menghirup rutup punahnya azimat
Dendangan syahdu dosa kesumat
Membisa di dalam tanpa terikat

Gundah batinku cuba ku rungkaikan
Terkenang daku siulan nafiri Kordoba
Sang Kisra tak mampu melantun puisi
Hancur seninya mahkota Rumawi
Islam dijulang tinggi melebihi zaman

Bayu kencana menyapa hati
Seribu kalam juita menafsir diri
Nobat berlagu membisik  nurani
Berdesis citra istana Al-Hambra

Cahaya Al-Ayubi di al-Quds menerjang membangkit rasa
Derapan semangat Al-Fateh  menampar hitamnya duka
Keunggulan Saifuddin Qutuz kembali memberi suara

Siapa aku ingin merasa hambar?
Siapa aku ingin berputus asa?
Siapa aku ingin mengungkit derita?

Paluan gendang rabbani mendesak ku pergi
Kota ini harus ku goncangkan
Cenderawasih Islam akan ku terbangkan
Untukku tabur cinta bersemi atma abadi

 (M Anas, Mansurah, Mesir, 2013)

*****

انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(QS. At Taubah : 41)


* sajak ini telah ditulis pada tahun lepas untuk dimuatkan dalam satu zine/majalah yang mengumpulkan koleksi karya-karya kreatif nukilan pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah. Hasil jualan zine tersebut akan disalurkan untuk kerja-kerja charity. Moga bermanfaat...

Tuesday, February 11, 2014

#3

Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji ditepi pantai;
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?


Setibanya di Madrid pada jam 3.30 petang. Aku bergegas menuju ke metro untuk menuju ke stesen chamartin. Di sana terletak banyak kedai makanan halal dan sebuah masjid. Antara makan yang wajib dinikmati di Madrid ialah pollo asado. Pollo asado lebih kurang macam ayam panggang. Ada pelbagai jenis makanan halal yang ada di Madrid. Makanan india, morroco, turki, timur tengah.

Tapi sayangnya makanan Malaysia tidak ada. Kalau ada yang hendak melancong ke Madrid, jangan risau, makanan halal ada banyak variati. Kelazatan memang tidak terungkap. Tetapi masih tidak dapat mengalahkan variati makanan halal di United Kingdom. Makanan orang Sepanyol yang terkenal dikalangan para pelancong ialah paella. Paella macam nasi goreng tapi versi Sepanyol.

Penginapan di sini ada pelbagai, antaranya hostel, hostal dan hotel. Cuma kena pandai kedudukan, harga, keselesaan dan perkhidmatan yang disediakan. Boleh juga melihat review orang yang pernah menginap dihostel tersebut.

Setelah menunaikan kewajipan, aku pergi ke restoran untuk mengisi perut. Hidangan yang dipilih mestilah pollo asado dan air bergas. Separuh ayam dan kentang gorengyang berharga 5 euro cukup mengenyangkan. Semenjak tinggal di bumi eropah, berat badan semakin bertambah. Tidak boleh dielakkan. Semuanya bekalan tenaga untuk memanaskan badan sempena musim sejuk.

Sementara menunggu makanan dihidangkan, tiba-tiba salah seorang peayan kedai tersebut menegur aku. Rupanya dia pernah bekerja di Malaysia. Bolehlah cakap Bahasa Melayu serba serbi. Pernah bekerja 3 tahun di Malaysia. Kemudian berpindah ke Sepanyol.

Kadang-kadang aku cemburu melihat kesungguhan dan kerajinan manusia yang berhijrah ke Malaysia semata-mata mencari sebahagian daripada rahmat rezeki yang Allahlimpahkan di bumi Malaysia. Tidak pernah mengeluh walau kerja berat mana sekalipon. Malah gembira dengan sedikit wang yang mereka peroleh. Gaji yang diterima pula sebahagiannya dikirim pulang ke negara asal untuk kegunaan keluarga di sana.

Kadang-kadang melihat sinar kegembiraan pada wajah mereka disebalik kepenatan bekerja. Melihat sebahagian dari rakyat Malaysia, kerja nak mudah, gaji nak banyak. Kerja nak glamour, tak nak berpenat-lelah. Inilah penyakit yang banyak menghancur umat manusia. Kemalasan yang bertingkat-tingkat. Cemburu dengan kejayaan orang lain. Biarlah hasilnya sedikit, tetapi di dalamnya terdapat keberkatandan rahmat Allah. Kebahagian itu bukan hanya terletak pada harta benda, tapi jiwa yang suci.

Mungkin kita rasa dengan harta kekayaan dan harta, kebahagian itu milik kita. Mungkin itu antara faktor kebahagian, tapi itu bukan segala-galanya. Kebahagiaan danketenangan itulah dicari sebahagian besar manusia. Kita selalu tersalah anggap. Kita mencari kebahagian disebalik kekeringan jiwa, kekosongan hati. Ingin di isi dengan segala macam kebahagiaan yang kita rasa itu satu kebahagian. Akhirnya, itu hanyalah kegembiraan yang kosong, kebahagian yang menipu. Mencari dan terus mencari erti bahagia, sehingga kita buntu yang akhirnya membawa kita kepada Allah.

Di situlah terletak kebahagiaan yang sebenar. Allah yang mencampakkan rasa bahagiaitu dalam diri dengan pelbagai cara mengikut kehendaknya. Berapa ramai atheist diluar sana mencari-cari Tuhan kerana terasa kosong dalam jiwanya.

Keserabutan hidupnyadengan keperitan dunia yang akhirnya membuatkan dia semakin jauh dengan Tuhan. Bersyukurlah Allah masih mencampakkan dalam jiwa kita nikmat iman dan islam. Kenikmatan yang terbesar sekali dalam hidup ini. Sebab itu sebahagian para sarjana mengatakan "kadang-kadang syukur itu lebih besar makamnya daripada sabar"

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya merekamengetahui.”
(Surah Al-Ankabut : 64)

Pollo asado yang dihidangkan aku habiskan sehingga ke tulang yang terakhir. Aku membuat bayaran dan meneruskan perjalanan untuk check-in hostel. Seronok juga menginap hostel sebenarnya. Bilik yang aku tidur, ada 3 katil dua tingkat. Di sinilah dapat berkenalan dengan pelancong yang datang dari pelbagai negara. Aku sempat berkenalan dengan 2 orang.

Seorang daripada Brazil, seorang lagi dari Greece. Aku lebih banyak berborak dengan yang daripada Brazil. Dia sedang menyiapkan kursus tentang kejurulatihan bola sepak. Membuat pemerhatian di pusat latihan pasukan Real Madrid. Dengan melihat saiznya yang agak berisi sedikit, aku menjangkakan yang diahanya ingin membuat jenaka. Dont ever ever judge a book by its cover.

Hostel yang aku menginap, tersangatlah bersih dan selesa. Review yang diberikan oleh laman sesawang semasa ingin membuat tempahan menepati apa yang disebut. Tidak sukar sebenarnya untuk melancong di bumi eropah ini sebenarnya. Hanya memerlukan sedikit keberanian dan azam untuk keluar dari zon selesa. Cuma kadang-kadang kita takut,kita takut dengan ketakutan kita. Membuatkan kita hanya berani dalam dunia sendiri. Ketakutan yang membuatkan hidup kita ini tersangatlah sempit. Berapa ramai manusia yang mengembara akhirnya menjadi seorang yang tersangatlah masyhur.

Selesai check-in dan menyimpan barang, hari telah pon gelap. Aku keluar berjalan-jalan sekita bandar Madrid untuk melihat suasananya pada waktu malam. Ingin melihat hiruk piruk kota, lagak gaya manusia yang pelbagai dan semestinya misi jalan-jalan cari makan.

*catatan kali ini maaf tiada gambar, kadang-kadang malas nak ambil gambar di sesuatu tempat*

Tuesday, February 4, 2014

No man is an island

Peribahasa di atas membawa makna bahawa seseorang itu tidak akan mampu hidup berseorangan dan terasing, seperti pulau.

Salam.

Setelah bercampur dengan berbagai-bagai manusia, macam-macam perasaan yang dah dilalui. Yang paling common, bila dah kenal seseorang, akan timbul rasa kasih. Apabila orang yang dikasihi dalam kesusahan, mesti automatik rasa nak tolong. Paling kurang pun, mesti nak ambil tau pasal dia. Normal lah. Mesti semua orang rasa macam tu kan?

Tapi, bila kesusahan tu ditimpa pada diri sendiri, kadang-kala, bila ada yang menawarkan pertolongan, kita menolak. Jawab "takde apapun, jangan risaulah" atau tak jawab apa-apa terus. Akhirnya, kesusahan tu terus ditanggung sendiri. Orang yang kuat, insya-Allah boleh je hadapinya. Tapi, sekuat manakah kita untuk hadapi semuanya sendiri?

Tahukah anda, jika kita banyak menolak pertolongan orang, kita sebenarnya sedang menjauhkan diri daripada orang lain (well, that's obvious) dan sekiranya ia berterusan, memang akhirnya berseoranganlah  kita. Orang lain tak akan tolong kita, dan orang lain tak akan minta pertolongan daripada kita.

source: love.catchsmile.com

Dua tahun lepas, ana baca buku bertajuk 'For One More Day' yang ditulis oleh Mitch Albom. Watak utama dalam tu terlalu depressed sampai dia cuba membunuh diri. Dia sangat jarang berkongsi masalah dengan orang, akhirnya dia susah sendiri dan membuatkan orang lain jauh daripada dia, walaupun keluarga sendiri. Akhirnya baru dia sedar yang dia sepatutnya tetap jaga hubungan dengan orang lain walau sesusah mana pun dia, dan dia patut beri peluang pada orang lain untuk membantu diri dia. (p/s: ini tak spoiler sangat kot).

Maka, friends, jika anda merasa sedih dan tertekan, sila beri ruang kepada orang lain untuk membantu anda. Usah menanggung beban keseorangan. Kalau kita lihat sejarah manusia yang hebat-hebat, mereka semua tidak bersendiri. Mereka hadapi rintangan bersama-sama sahabat atau penyokong mereka. Contohnya, Rasulullah s.a.w. sendiri ada ramai sahabat yang sentiasa menyokong baginda, seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab, dan ramai lagi lah.

Takut nak percaya orang? Don't. Jadilah positif sikit. Mesti ada manusia yang Allah ciptakan yang akan dapat memahami dan membantu kita. Yakin dengan Allah. Yakin dengan keluarga. Yakin dengan kawan. Yakin jugalah dengan diri sendiri. Bantu diri sendiri dengan membenarkan orang lain bantu kita.

source: Yasin Hasan

No man is an island.
Hence, don't live as one.
Live on one takpe. hoho. ok hambar.