Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Sunday, May 18, 2014

Bahasa

Assalamualaikum.

Bahasa. Berapa ramai di kalangan kita masih menggunakan bahasa yang baik dalam perbualan seharian? Berapa ramai di kalangan kita menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Atau masih seperti budak-budak yang masih baru belajar untuk mengeja. Bahasa mempunyai keunikannya yang tersendiri. Setelah sekian lama kita belajar membaca dan menulis tetapi semakin lama kita semakin malas malah tidak tahu untuk menulis dengan cara dan kaedah yang betul. Mungkin ini akibat penangan media social yang sentiasa menggunakan bahasa yang caca merba dan tidak teratur sususan dan struktur ayatnya Saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara tentang bahasa, malah ilmu tentang perkara ini hanyalah sedikit.

Berapa ramai di kalangan kita mampu membaca karya-karya klasik dan menghadamnya dengan baik? Walaupon kita tahu bahawa setiap bahasa akan sentiasa berubah-ubah strukturnya mengikut. Jika kalian membaca karya klasik Inggeris, pasti dapat membezakan perbezaan ini. Lebih sukar bagi kita untuk memahami karya klasik ini melainkan kita belajar secara mendalam. Bahan bacaan zaman kini lebih mudah ayatnya bagi kita untuk faham seperti dalam novel karya Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid, Hlovete dan seumpanya. Bila dibandingkan dengan karya Usman Awang, A. Samad Said, Pak Sako yang manakah lebih sukar untuk difahami dan jernih dan indah bahasa yang digunakan. Malah kadang-kadang kita perlu membuka kamus untuk melihat maksud sesuatu perkataan contohnya ‘nestapa’, ‘semberani’ ,’semberang’ dan seumpanya. Jika perkara ini tidak dipelajari, maka makin sukarlah bagi kita untuk memahami karya-karya klasik yang mempunyai nilai-nilai yang sangat hebat sekali. Walaupon kini begitu banyak buku-buku yang ditulis dan diterbitkan, berapa banyak yang betul-betul memberi manfaat kepada pembaca. Boleh dikatakan sebahagian daripada buku itu hanyalah sampah. Menceritakan benda sama, berulang-ulang, tidak mengembangkan minda malah menjumudkan pemikiran. Mungkin pandangan bagi kita berbeza. Terpulanglah. Tiada guna untuk berbalah.

Semenjak belajar bahasa Sepanyol dan Catalan, makin rasa cinta akan bahasa. Melihat keindahan dan perbezaan dalam setiap struktur ayat dan susunan yang pelbagai, kita akan melihat makna dan erti sebuah bahasa. Saya pernah minta guru Catalan untuk mengubah struktur ayat bahasa Catalan seperti bahasa Melayu, beliau menjawab “bahasa tidak akan mengikut awak, awak kena mengikut bahasa, kita tidak boleh mengubah peraturan yang telah ada sejak dahulu lagi”. Bahasa turut mengajar kita untuk mengikut peraturan dan berfikir dengan kritis dalam berbicara. Menggunakan istilah yang tepat untuk sesuatu perkara. Walaupon bukan mudah untuk kita menguasai bahasa ini, tetapi pulangannya sangat berbaloi. Apabila saya pergi ke Perancis, terasa sangat bodoh sekali kerana tidak mampu memahami bahasa mereka, terpaksa membuat pelbagai gaya untuk memahamkan mereka. Bukan semua orang boleh cakap dengan bahasa yang kita tahu. Belajarlah bahasa sebanyak yang mungkin kerana di situ terletak satu kemanisan. Yang masih kurang pandai berbahasa arab itu, berusahalah agar untuk memahami. Ustaz Nouman Ali Khan menyebut, beliau belajar bahasa Arab bukan untuk pandai bercakap, berkomunikasi dan sebagainya, tujuan beliau hanya untuk memahami al-Quran. Insyallah jika tujuan kita baik, Allah akan permudahkan. Banyakkan berdoa dan berusahalah.


Berbahasalah dengan baik dan sopan, di situ menggambarkan corak pemikiran kita. Rasulullas S.A.W sendiri menggunakan bahasa yang baik. Perkataan kejian seperti bodoh, cb, dan sebagainya cuba dikurangkan. Kita ini masyarakat yang bertamadun, masyarakat yang menpunyai akhlak, masyarakat muslim tunjukkan perbezaan kita dengan manusia lain. Tunjukkan mereka cara berbicara yang betul. Mungkin kita telah terbiasa dengan kata-kata celaan tersebut mungkin sudah menjadi zikir, tetapi berusahalah untuk berubah. Sikit demi sedikit. Perbaiki akhlak kita, berbicara apabila perlu dengan kata-kata yang baik, banyakkan membaca. Hamka ada menyebut, salah satu jalan untuk mendapatkan agama ialah dengan membaca. Membaca dengan rasa ingin merasakan, sehingga terus lazat hingga ke sarinya. Di dalam kitab-kitab itu banyak tersimpan hikmat yang dalam dan luas. Semoga Allah sentiasa mengurniakan dan merezekikan kita ilmu dan hidayahNya. Jika tidak, rugi sungguh kita hidup di dunia ini.

Friday, May 16, 2014

Rasisme, Alifah, Malcolm dan keluarga manusia – Zahid Naser (copied from The Malaysian Insider)

MAY 15, 2014

Kota Romawi teguh berdiri,
Membawa erti pahlawan sejati;
Pejuang kebenaran tenang sendiri,
Tidak tergoyah hunusan belati.
Yunani datang menjana temasya,
Demokrasi lahir, darilah sana;
Marah pejuang kena tempatnya,
Kata dijaga penuh bijaksana.


Warga Internet kadang-kadang tidak sedar apa yang mereka hamburkan. Kalau mereka sedar, mereka akan insaf bahawa taip-taip kalimah mereka di papan kekunci itu terkadang hanya menzahirkan 'ignorance' dan kebodohan mereka.
Jadi, berhati-hatilah ketika menaip. Biar berfikir, dan jangan beremosi.
Nama seorang Alifah Ting menjadi hangat di dada Internet apabila dia sedaya-upaya mengatakan bahawa leluhurnya adalah pendatang.
Dia mengaku dia adalah Cina yang tahu asal-usulnya. Beliau mempertahankan Isma dan doktrin Melayu itu tuan tanah. Dan Cina adalah penceroboh tanah orang Melayu sejak era kolonial Inggeris.
Respon dan reaksi
Ramai yang memberi respons dan reaksi kepada gadis berketurunan Cina itu, namun apa yang menyedihkan, nada kebencian juga dihamburkan kepada gadis Cina yang menjadi aktivis Isma yang terkenal baru-baru ini dengan kenyataan-kenyataan panas presidennya yang dianggap ramai sebagai rasisme.
Kebencian itu terhambur lewat ruang komentar di banyak laman web.
Saya juga tidak bersetuju dengan doktrin itu. Mengatakan Cina sebagai penceroboh boleh membawa akibat yang tidak sihat. Sebaiknya kita hidup rukun dan damai dalam negeri kita yang tercinta ini.
Kita makan pau orang Cina. Orang Cina makan apam balik Melayu. Melayu dan Cina sama-sama makan roti canai India. Banyak sahaja justifikasi yang boleh kita lakukan untuk menyatakan kenyataan itu tidak rasis. Namun, begitulah pendapat umum yang dilihat umum sekarang.
Apa pun andaian, rasisme atau bukan, kisah Iblis dalam Al-Quran yang merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain wajar dijadikan renungan.
Unsur apinya itu membuat dia merasa lebih bagus daripada tanah. Dari situlah mantik rasisme sang Iblis dirakam dalam Al-Quran. Wabak itu dibawa-bawa sehingga Iblis nantinya akan merempat di neraka.
Wabak rasisme ini boleh terjangkit kepada sesiapa pun. Baik orang Cina, baik orang Melayu atau orang India. Rasisme tidak mengenal warna kulit seseorang!
Iblis, bapa rasisme dan kebencian
Perkauman atau rasisme dimulakan oleh Iblis. Momen itu disebut dalam Al-Quran. Boleh saja dikatakan Iblis adalah makhluk rasis pertama dalam alam kejadian ini.
Iblis merasakan dia berhak atas kemuliaan dirinya. Kemuliaannya didakwa adalah daripada neraca dirinya sendiri. Bukan daripada neraca Tuhan. Allah ta’ala berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: ‘Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.’ Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir” (Al-Baqarah: 34).
Kerana arogannya, dan sifat tinggi diri yang melampau, Iblis tidak mahu sujud. Sifat merasa lebih bagus dan lebih mulia daripada makhluk lain membaluti diri:
Allah kemudiannya menyoal sang durhaka, bapa rasisme, Iblis:
“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?”
Iblis menjawab:
“Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al-‘Aaraaf: 12)
Logik yang dipakai Iblis ini samalah seperti logik mereka yang merasa unsur dirinya, atau warna kulitnya, atau bangsanya terlebih dahulu menjadi perkiraan dalam menentukan baik dan buruk (lihat Zilal el-Quran, Syed Qutb).
Logik manusia adalah logik yang tidak sempurna. Kerana keterbatasan akal itu, ia tidak mampu menilai logik dan mantik untuk semua hal.
Itu juga sama seperti logik Adolf Hitler, ketika merasa kaum Aryan lebih berhak dan Yahudi harus dibanteras, dibunuh dan dihalau.
Penyeksaan dan penindasan atas falsafah rasisme Hitler mengakibatkan tidak kurang dari 6 juta Yahudi dibunuh.
Holocaust itu kini menjadi modal pula kepada Zionisme rasis untuk menunjal kepala dan menzalimi rakyat Palestin.
Begitulah juga logik orang kulit putih yang memusuhi orang kulit hitam. Dan orang kulit hitam yang bermusuh dengan orang kulit putih.
Tidak sedikit pertumpahan darah yang berlaku kerana faham rasisme ini. Fahaman ini juga pernah menjadi fahaman awal Malik Shabbaz, atau lebih terkenal dengan panggilan Malcolm X, sewaktu beliau bergiat dalam pertubuhan Nation of Islam.
Ucapan-ucapan berapi Elijah Muhammad yang dianggap nabi oleh kumpulan itu membuat beliau dan rakan-rakannya menganggap orang kulit putih sebagai syaitan, ‘white devil’.
Nation of Islam. Walaupun nampak namanya ‘Islamik’, rasisme menjadi satu ajaran pengasasnya WallaceFard Muhammad.
Ucapan-ucapannya rasismenya kemudian menjadi asas doktrin Nation of Islam yang diwariskan kepada pemuka-pemukanya setelah itu seperti Elijah Muhammad.
Saat Elijah Muhammad mengetuai Nation of Islam, Malcolm X terkesan akan ajaran Islam yang dibawa oleh beliau lantas bergabung dalam gerakan itu pada tahun 1948, dan itu disaksikan oleh Reginald, abangnya sendiri.
Dengan Islam versi Nation of Islam, Malcolm X berjuang demi mengangkat kaumnya dengan mengimani akan ‘supremacy of black’ (ketuanan kulit hitam).
Namun Malcolm X, atau nama Muslimnya Malik Shabbaz, bertukar 360 darjah apabila memahami esensi Islam lewat permusafiran beliau untuk menunaikan haji pada tahun 1964. Perjalanan haji beliau membuka matanya yang dulunya tertutup dengan kebencian terhadap orang kulit putih. Beliau tidak sangka, kulit putih yang dibencinya sebelum ini akhirnya menjadi rakannya pula. Bahkan menjadi saudaranya yang paling lembut dan mesra. Bahang persaudaraan Islam yang rentas kaum, warna kulit dan bahasa itu, memberikan pencerahan baru kepada dirinya. Dia tidak harus memusuhi mereka yang berlainan warna. Tetapi harus memusuhi kejahilan dan kebatilan!
Kerana pencerahan baru lewat permusafirannya dari Amerika ke Arab Saudi itu. Malik Shabbaz berfikir kembali akan pegangannya selama ini. Kebencian terhadap orang kulit putih dinilai semula. Dan akhirnya, Malik Shabbaz memilih untuk berjuang menegakkan hak sivil, tidak lagi dalam ruang lingkup ‘black nationalism’ tetapi ruang lingkup ‘co-existense’ yang penuh kerukunan.
Hidup bersama-sama dan berkongsi nilai-nilai sejagat. Dia kini merasa sebahagian daripada Amerika dan harus mempunyai hak-hak sama seperti orang Amerika yang lain – bukan dilayan sebagai pendatang atau sebagai warga Afrika yang dibawa masuk ke dalam negara itu sebagai buruh dan hamba.
Beliau kini menentang kezaliman sistem Amerika dan menuntut hak sama rata seperti penduduk Amerika yang lain.
Dengan itu beliau harus berkawan demi mencapai cita-citanya. Berkawan dengan kepelbagaian kaum dan budaya. Beliau lantas menyatakan kebenaran.
Beliau dipulau dan dihalau dari kumpulannya sendiri (Nation of Islam).
Bahkan beliau kemudiannya menjadi sasaran keganasan mereka yang memusuhi pendapat-pendapat ‘baru’nya.
Alex Haley mengungkapkan hal ini dalam autobiografi Malcolm X:
“Semenjak aku mengetahui kebenaran di Mekah, kawan-kawan baikku kini terdiri daripada pelbagai jenis! Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, agnostik dan bahkan ateis! Aku juga ada kawan-kawan yang digelar orang sebagai kapitalis, sosialis, dan komunis! Ada juga dari mereka itu moderat, konservatif, ekstremis, dan ada juga dari mereka itu Uncle Toms! Kawanku hari ini ada yang hitam, coklat, merah, kuning dan putih!” (lihat: The Autobiography of Malcolm X, Alex Haley, 1964).
Kerana semangat baru, daripada kefahamannya terhadap realiti kaum dan budaya Amerika itu. Akhirnya beliau ditembak mati. Matilah seorang pejuang kebenaran yang berusaha menegakkan kefahamannya.
Beliau mati pada tanggal 12 Februari 1965, ketika ingin menyampaikan ucapan di Manhattan, sewaktu persidangan kesatuan Afro-Amerika (Afro-American Unity).
Menghadapi rasisme dengan ‘wisdom’
Rasisme yang lahir daripada kebencian dan hasad dengki tidak harus dibalas dengan kebencian juga.
Kerana rasisme itu adalah tanda kejahilan. Neraca logik-mantik orang yang rasis adalah dangkal dalam apa jenis bahasa sekalipun. Kejahilan dan kedangkalan ini harus ditentang dengan kebijaksanaan dan hikmah.
Bahkan boleh sahaja kita biarkan dan tinggalkan mereka. Bak kata sebuah syair Imam Al-Syafi’ie Rahimahullah (204H):
Aku meninggalkan orang yang bodoh dan jahil,
Kerana apa yang diucapkan hanya sekadar mengangkat dirinya.
Tidak akan memberi darurat sedikit pun kepada Sungai Furat,
Di waktu beberapa ekor anjing bermandian di dalamnya.
(lihat: Diwan Al-Syafi’e, komentar D. Ismail Al-‘Aqbawiy, Dar el-Haram el-Turath).
Untuk orang yang tidak sependapat dengan Isma mahupun Alifah Ting. Tidak seharusnya mereka itu menghamburkan kata-kata kesat terhadap beliau.
Kemarahan sebahagian orang terhadap Isma dan aktivisnya boleh difahami. Namun, janganlah disebabkan kemarahan itu kita bersikap buruk. Biarlah kita menjadi bijaksana dan penuh hikmah.
Kemarahan hanya menyesatkan
Kemarahan tidak menjustifikasi segala perbuatan. Laras bahasa kepada mereka yang dimarahi tetaplah harus dalam etika kesopanan dan santun kita.
Kong Hu Chu, atau Confucius (551SM-479SM) mengatakan:
“Mereka yang tidak pandai bercakap dengan sopan, tidak akan sesekali dapat melahirkan butir perkataan yang cantik.”
Kesantunan adalah perjuangan semua bangsa. Biar marah. Tapi santunnya tetap terserlah.
Kata-kata nista disimpan, kata-kata hikmah akan menjelma. Alifah Ting, walaupun kita tidak suka akan kata-katanya yang dianggap mendokong rasisme yang diwar-warkan oleh sang presiden, tetap beliau tidak berhak untuk mendapat kata-kata nista, kesat, bahkan lucah.
Kesopanan yang ada dalam jiwa ini tidak harus berkurang hanya kerana kemarahan terhadapnya.
Janganlah rasisme dibalas dengan rasisme juga. Rasisme harus dibalas dengan hujah yang baik, konstruktif dan jauh dari emosi.
Apalah gunanya apabila permusuhan yang dihantarkan itu dibalas juga dengan permusuhan. Dunia tidak akan bernafas lama jika hanya itu sahaja yang manusia tahu lakukan.
Kami semua menentang rasisme
Maka, marilah saya mengajak untuk sekalian pembaca menyatakan: Kita adalah orang yang menentang apa saja jenis rasisme dan kebencian. Mari kita semua menyatakan bahawa kita akan terus menegakkan keadilan dan keamanan.
Saya tinggalkan pembaca dengan sepotong kata Malcolm X, buat renungan bersama. Mana tahu, ada hikmahnya yang dapat kita ambil buat melalui denai negara yang penuh cabaran ini.
“Islam sebenar mengajar saya bahawa setiap aspek agama, politik, ekonomi, psikologi dan ciri-ciri ras adalah cabang-cabang yang akan menjadikan keluarga manusia (human family), dan masyarakat manusia (human society) sempurna!” (Alex Haley, 1964). – 15 Mei, 2014.
* Penulis adalah anggota Sekolah Pemikiran Imam Hasan Al-Banna dan lulusan Al-Azhar, Mesir.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Monday, May 5, 2014

Greetings

Assalamualaikum wbt :)

Imam Muslim reported that the prophet (S.A.W.) said, "I swear by the one whose hand my soul is in that you will not enter paradise until you believe. And you won’t be believed until you love one another. May I tell you something, that if you practice it you will love another, spread the (salam) Islamic greeting among you."

I may have posted the hadith above some time before, on my facebook wall, but in Malay.
and the things I'm going to write is also something I've shared on facebook. but let's just do the English version of it. hoho.

When we were in school, we're very accustomed to the culture of spreading salam.. When ee meet our friends, it's either her/him or us starts giving salam first. It was a common thing. When we meet our azatizah, we give salam. When we meet the guests from outside, we give salam.
We're so accustomed to this culture that sometimes we even give salam to strangers outside. It has become automatic. Once we had eye contact, we'll give salam.

I think the culture of spreading salam is what makes the bond between Hidayah students get stronger.

maybe we should start this culture outside school too. then we will truly feel the bond between muslims. because, we're brothers/sisters.
even I, myself, when others give salam to me first, I would feel like wanting to know the person better or be closer to her. that's how salam works.

and of course, guys give salam to guys, and girls, to girls lah kan.
ikhtilat tetap jaga.
eh, dah lama tak sebut perkataan tu.

last but not least,



ukhuwah is so cool, that even when you shake your friends' hand, your sins will be forgiven.

subhanallah..

Let's spread salam. it's a sunnah :)

*if you're quite shy, maybe you can start with just a smile. then on another day, start giving salam.

oh oh, and, happy Rejab :D

wassalam.