Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Wednesday, November 12, 2014

Qur'an and Cricket



The Nomad’s Prayer
Dear God,
I thank you for these feet, these eyes, these hands;
I pray that wherever I go I will be able to see you in the
world around me,
and to always see honestly; let no sight be too terrible to bear;
let nothing and no-one be ugly;
I pray that whatever I touch will remind me of your eternal
presence in all things;
let nothing be repugnant to me;
And I pray that with every step I take I will be getting closer
to you;
God, take me home. And let my home be everywhere.
Farish A Noor
2009

Kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai sebuah buku karya Farish A. Noor. Judul buku tersebut ialah Qur'an and Cricket. Buku ini mengisahkan tentang travelog Farish A Noor (Farish) dalam membuat kajian tentang pelbagai perkara dan paling penting Madrasah Asia.  Beliau berkelana ke pelbagai negara, antaranya Tanzania, Pakistan, India, Kashmir, Sri Lanka dan sebagainya. Beliau sempat tinggal 2 minggu di Dar’ul Uloom Deoband. Dar’ul Uloom Deobandi ini sangat terkenal sebagai tempat pengajian Qur’an, Hadis dan Sunnah. Antara tokoh yang pernah mengaji di sini ialah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.  2 tokoh utama yang mendirikan Dar’ul Ulum Deoband ialah Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Rashid Ahmad Gangohi. Keduanya datang daripada keluarga ulama. Antara soalan menarik yang ditanya oleh Farish ialah “Mengapa tetap ada sahaja pelajar yang hendak datang belajar di Deoband?”,  “Bagaimana pelajar ini akan menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar sana kelak? “, “Apa yang mereka inginkan di Deoband?”. Akhirnya setelah hampir 2 minggu, beliau hampir memperolehi jawapan yang tepat kepada persoalan-persoalan itu.



Di Jogja dan Solo, beliau di sana untuk membuat projek beliau iaitu, `maping out the political geography of politicised religion across Asia’. Banyak peristiwa yang beliau catatkan dalam buku travelog beliau. Beliau sempat mendengar ucapan daripada Ustaz Abu Bakar Ba’ashir. Ustaz Abu Bakar merupakan ketua Pesantren al-Mukmin Ngruki dan orang penting Majlis Mujahidin Indonesia. Dituduh sebagai perancang pengeboman Bali. Walaupon akhirnya dibebaskan. Diceritakan juga tentang pengalaman Farish di Pesantren al-Mukmin yang terletak di Ngruki Walaupon terdapat 13 gereja yang berdekatan dengan pesantren, gereja itu tidak diserang atau diancam ketika konflik antara agama seawal tahun 2000.  Bagaimana pesantren itu mengubah keadaan sekelilingnya, bagaimana penduduk menghargai pesantren itu. Antara dialog antara Farish dan peniaga sate yang dicatatkan dalam buku ini :

“ When the Americans and Australians complain about Ba’ashir and the Pesantren, why dont they send their people here to see what life is like in Nguruki itself? See that big drain that cuts through our kampong? Before the Pesantren was built it was basically everyone’s dustbin and toilet! You could smell the stink right across the town. But the Pesantren people clean it up. They provide watchmen and guard patrols at night. They built the roads, cleaned the alleys, sorted out the electricity supply and all the other things that nobody care to do. That’s why we are grateful to the Pesantren , even if Ba’ashir is there. Did the Americans do that?”


Ba’ashir menyebut, “Mereka tidak takut kepada Muslim yang ganas, tetapi mereka takut kepada Muslim yang berfikir”. Lihatlah bagaimana kuasa Barat ingin meneruskan propaganda mereka untuk menakutkan manusia tentang keberadaan pesantren dan madrasah yang bertebaran di Asia terutama di Pakistan, sempadan Afghanistan dan sebagainya, yang mereka laporkan bahawa tempat-tempat seperti itu melahirkan ramai pengganas. Walaupon tidak dinafikan sebahagian daripada tempat-tempat sedemikian memang bertujuan seperti itu. Namun pilihan apa lagi mereka yang tertindas, dizalimi, dipermainkan-mainkan oleh kuasa barat selain daripada bertindak balas secara keras. Mereka merasakan mereka perlu melakukan sesuatu untuk mempertahankan agama, negara dan kebanggaan yang ada dalam diri mereka. Mungkin sebahagian daripada kita tak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Suasana mereka yang sangat berlainan seperti kita. Bunyi bom, tembakan peluru dan sebagainya. Mungkin jika kita berada di tempat mereka, kita akan melakukan perkara yang sama.


Diceritakan juga keberadaan Farish di Turki. Beliau menyebut bangunan hebat di Turki seperti Topkapi Sarayi bukanlah untuk orang awam. Bangunan seperti itu hanyalah untuk Sultan. Beliau juga menyebut ramai dikalangan muslim, asyik menceritakan tentang kehebatan Islam pada zaman lalu untuk melepaskan diri dari masa sekarang yang menyesakkan. Dikisahkan juga bagaimana kisah di Istana pada zaman Islam dahulu tidak juga terlepas dari kisah-kisah yang sadis dan mengerikan dalam perebutan kuasa pemerintahan dan politik.


Terlepas bicara mengenai politik, ramai rasanya dikalangan rakyat Malaysia ketika ini sangat membencikan perkataan ‘POLITIK’. Tidak kira dari peringkat umur mana sekalipun. Mereka merasakan itulah perkara yang memecah-belahkan umat manusia ini. Apabila disebut politik, mesti terbayangkan BN, UMNO, PAS, MCA, PKR dan parti-parti politik. Kita silap sebenarnya apabila melihat kerangka politik dalam skop yang kecil sahaja. Kita mesti melihat dengan kerangka yang lebih luas lagi. Politik boleh dibahagikan kepada dua iaitu; politik partisan dan politik non-partisan. Penulis akan menerangkan serba sedikit mengenai politik non-partisan kerana mungkin kita belum jelas perihal perkara itu. Politik non-partisan kebiasaannya digerakkan oleh sebahagian orang awam seperti kita yang tidak inginkan kerusi pemerintahan tetapi ingin diadakan beberapa polisi-polisi tertentu untuk kemaslahatan masyarakat sivil. Polisi berkenaan OKU, kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya yang kita inginkan pertingkatkan bukan melalui suara parti tetapi gerakan masyarakat sivil untuk mendesak pihak pemerintah. Semoga kefahaman kita tentang politik dapat diperbaiki lagi dan tidak disempitkan dengan apa yang orang mahu kita faham dan bukan apa yang sepatutnya kita faham.


Banyak lagi kisah travelog beliau yang ingin penulis kongsikan seperti kisah Farish di Pakistan dan sempadan Pakistan- Afghanistan dan membuat kajian tentang madrasah, yang beliau menemui apa yang tidak kelihatan oleh orang kebanyakkan melainkan keganasan yang dipaparkan oleh media barat. Kita akan dapat lebih memahami serba sedikit konflik yang berlaku di sana dan merenung kembali dalam diri kita akan kehidupan yang selama ini telah kita lalui, tetapi lebih baik jika dibaca keseluruhan buku itu. Pengembaraan beliau di Asia Tenggara seperti dia Indonesia, Selatan Thailand, Vietnam juga sangat menarik dan insyaallah mampu membuka mata kita tentang kekayaan tamadun yang berbekas.


Semoga pengembaraan kita yang ‘konon-kononnya’ suka mengembara untuk melihat dunia, melihat budaya masyarakat lain padahal sekadar bersuka-suka menghabiskan duit dan menunjuk gambar dalam Instagram dapat kita perbetulkan tujuan pengembaraan kita ini. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmatNya buat kita.