Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Monday, May 11, 2015

Apabila Demo Menjadi Terlalu Cool.

1 Mei 2015 adalah hari yang bersejarah bukan sahaja kerana pada tarikh itu adalah Hari Pekerja, tetapi pada hari itu adalah hari dimana rakyat Malaysia berpesta demokrasi; turun ke jalan raya menyatakan bantahan terhadap cukai yang baru diperkenalkan, cukai GST. Kebanyakan dari kalangan rakyat Malaysia sudah muak mendengar penjelasan Menteri Cerdik 3.85 berkenaan GST, yang sudah sebulan dilaksanakan, oleh itu rakyat Malaysia tidak terlepas bersama-sama turun ke jalan raya, menggunakan hak yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10. Walaupun demonstrasi sudah menjadi budaya rakyat Malaysia, tetapi apabila demonstrasi sudah menjadi terlalu popular dan menjadi ikutan semua, ada beberapa perkara yang menjadi jelik dan kaedah demonstrasi jalanan perlu dikaji semula.


Demonstrasi tidak lagi berkesan?

Keberkesanan suatu gerakan politik itu sering menjadi persoalan. Dan sudut keberkesanan hasil daripada gerakan politik itu juga menjadi sebuah lagi persoalan. Kesan daripada suatu tindakan itu tidak biasa diterjemah secara jelas tetapi kesan jangka masa panjang, yakni kesan pada masa hadapan tidak boleh kita tentukan melainkan menjangka sahaja.

Kesan reaksi atau kesan segera hasil daripada gerakan politik rakyat, boleh dilihat dalam masa sebulan atau dua bulan. Contohnya pada Oktober 2014, kerajaan Hungary telah menarik balik cukai internet yang dikenakan keatas rakyatnya dalam masa 10 hari selepas protes besar-besaran telah terjadi dalam masa 10 hari itu. Ini didorong oleh kesungguhan rakyatnya membantah dan berhimpun secara aman. Selain itu, ada juga gerakan politik rakyat hanya dapat dilihat kesannya setelah berjuang berpuluh tahun contohnya saat ISA dimansuhkan (walaupun diganti dengan satu lagi akta zalim). Akta zalim ini dimansuhkan setelah rakyat berjuang lebih daripada 40 tahun dan lebih daripada 30 ribu orang telah menjadi mangsa kepada akta zalim ini.

Dalam konteks perbincangan artikel ini, tiada sebarang tanda bahawa cukai ini bakal ditarik balik dan dibatalkan dalam masa terdekat. Walaupun cukai ini dikritik hebat dan menteri yang bertanggung-jawab untuk memberi penerangan kepada rakyat di’tibai’ teruk oleh orang ramai, namun Perdana Menteri (PM) tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa cukai ini bakal dibatalkan. Di dalam situasi ini, penggerak politik rakyat sama ada parti politik pembangkang, badan-badan NGO, para artis mahupun ahli perti kerajaan yang tidak menyokong cukai ini berada di persimpangan. Simpang pertama adalah meneruskan gerakan politik menentang cukai ini dengan cara yang sama; berdemonstrasi, simpang kedua; meneruskan agenda pembatalan GST namun menggunakan cara yang lebih berdiplomasi ataupun memilih simpang ketiga; membatalkan perjuangan menentang cukai ini. Perkara ini adalah penting kerana keputusan yang bakal diambil akan melibatkan perlbagai pihak. Walau bagaimana pun, pilih lah keputusan yang paling berhikmah dan bijaksana.

Demonstran-demonstran adalah pengotor?

Hasil daripada penyertaan saya pada 1 Mei yang lepas saya dapati para demonstran menjadi semakin kotor. Sewaktu pertama kali menyertai perhimpunan pada 2011, salah satu sebab mengapa saya hampir menjadi demonstran yang tegar adalah kerana sikap dan akhlak pada demonstran ketika itu dalam menjaga kebersihan. Walaupun ketika itu, kebanyakan perhimpunan jalanraya tidak mendapat layanan yang sebagai mana pada hari ini, tetapi para demonstran tetap menjaga kebersihan jalanraya selepas acara walaupun ditibai teruk oleh anggota polis dan FRU.

Namun begitu, pada 1 Mei lepas, suasana selepas demo sangat lah  meloyakan. Pertama kerana keadaan jalanraya selepas persuraian para demonstran kelihatan tempat perhimpuanan dipenuhi oleh pelbagai sampah-sarap dan botol kosong. Jikalau, pada 2011, sekumpulan demonstran sendiri akan mengumpul sampah-sarap dan mengembalikan keadaan asal jalan tersebut. Dan jikalau di luar negara, mereka tidak akan membuang sampah merata-rata sebalik sampah mereka sendiri akan mereka simpan sehingga tamat acara dan buang di tempat yang sepatutnya. Namun memandangkan Malaysia masih lagi di dalam kategori negara “infrastruktur kelas pertama, mentality kelas ketiga”, ini bukan lah sesuatu yang menghairankan. Tetapi tidak dinafikan, walaupun acara demonstrasi itu adalah mengamalkan kebebasan dan semangat demokrasi yang baik sebagaimana negara-negara kelas pertama, tetapi mentality dan sikap itu juga perlu seiring seperti negara kelas pertama.

Kisah kumpulan yang tersalah tarikh.

Pada 1 Mei itu, perhimpuanan anti-GST itu juga tercemar akibat penglibatan kumpulan-kumpulan yang tersalah tarikh berhimpun. Perhimpunan mereka sebenarnya bukan pada tarikh 1 Mei itu, tetapi mereka dating juga kerana tersalah melihat tarikh. Yang pertama adalah Kumpulan Bertopeng Anarkis yang membuat kacau dan mencacatkan perjalanan acara tersebut. Mereka bukan sahaja membawa mesej yang berbeza tetapi mereka menimbulkan huru-hara dengan melaungkan slogan anti-kerajaan dan revolusi malah mereka meletupkan beberapa mercun  bola (konon-kononnya grenade lah tu) dan menyalakan suar. Selain kumpulan anarkis yang bertopeng itu, satu lagi kumpulan yang saya kira tersalah tarikh perhimpuanan adalah kumpulan #KitaLawan. Acara rakyat tidak seharusnya disamakan dengan acara pemujaan pemimpin. Himpunan Anti-GST adalah acara rakyat, agenda-agenda selain daripada maksud perhimpunan tidak seharusnya dicampurkan ke dalam perhimpunan itu.


Sebagai pengakhiran, demonstrasi adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Setiap rakyat berhak untuk menyuarakan pendapat dan berhimpun secara aman mengikut garis demokrasi yang betul. Perhimpunan 1 Mei yang lepas disusuli dengan penahanan besar-besaran oleh pihak polis dibawah pelbagai akta walaupun Menteri KDN berkata ingin tangkap kumpulan anarkis. Apa yang pasti ini adalah proses yang biasa bagi negara yang masih muda cuba untuk memerintah sendiri. Proses pembinaan negara-bangsa ini adalah ibarat membuat roti; acuan tepung, air dan mentega haruslah sebati baru lah boleh menjadi roti. Malaysia masih di dalam proses acuan tersebut.

Sung Muhamad, 11/5/2015
Cyebrjaya.