Come on form five, you can do it, more than, more than, you can do it, weella weella wella wella wello, we are the best, the very very best, come on let's do it, tingkatan lima, 2010, woo... ALLAHUAKBAR!! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Yusho wa dare? Oretachi! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Oretachi wa? Form Five! Takbir! ALLAHUAKBAR!

Tuesday, September 8, 2015

Siri Corporate Scandal: Perwaja Steel Sdn Bhd (Part II)

Hai semua. Kita sambung lagi perbincangan kita berkenaan Perwaja untuk bahagian yang kedua. Bagi yang terlupa atau malas giler nak baca bahagian pertama, gambar di bawah ini adalah sedikit recap bagi bahagian pertama. Tapi, digalakkan sangat-sangat untuk baca post sebelum ini.


Secara asasnya, masalah yang berlaku dari sudut pengurusan syarikat Perwaja adalah salah-laku sebagai seorang Director (misconducts of directorship). Antara faktor yang mewujudkan masalah ini adalah kelemahan sistem kawalan dalaman (lack of internal control), salah-guna kuasa, konflik kepentingan (conflict of interest), dan campur tangan ahli politik.

Eric Chia sebagai Managing Director (MD)

Semasa Eric Chia memegang jawatan MD pada 1990-1995, terdapat beberapa jumlah duit yang dipercayai telah disonglap daripada Perwaja. Kes songlap ini hanya disedari beberapa tahun selepas Eric melepaskan jawatannya, iaitu selepas Badan Pencegah Rasuh (BPR – Sekarang SPRM) mulakan siasatan ke atas Perwaja. Antara salah-laku yang dilakukan oleh Eric adalah:
  1. Dengan tidak jujur, mengesahkan (dishonestly authorised) RM 76.4 juta bagi pembayaran lump-sum Technical Assistance Agreement (TAA) kepada sebuah syarikat Jepun, NKK Corporation (NKK) dengan melalui akaun associate company kepada NKK, iaitu Frilsham Enterprise Incorporated (di Hong Kong) sebagai ‘Special Purpose Entities’ (SPE) dalam kes ini.  Kes songlap ini kantoi apabila didapati NKK itu sebenarnya adalah sebuah syarikat yang tidak pun wujud. Malah, akaun Frilsham yang menyimpan duit berjuta itu telah ditutup pada 28 Julai 1994, 5 bulan selepas RM 76.4 juta dipindahkan ke akaun tersebut. Namun, dilaporkan bahawa pembayaran tersebut telah membawa benefit kepada Sakyo Corporation, syarikat kepunyaan anak kepada Shamsuddin Abdul Kadir (krooni Mahathir yang mempunyai hubungan rapat dengan Eric).
  2. Eric juga telah mengesahkan pembayaran sebanyak RM 76.4 juta (jumlah yang sama, tapi bukan yang sebelum ini) tanpa kebenaran daripada lembaga pengarah (Board of Directors) dan Jawatankuasa Tender (Tendering Committee).

Kedua-dua salah-laku tersebut dipercayai dilakukan oleh Eric di atas kapasitinya sebagai MD dalam tempoh 4 November 1993 sehingga 22 Februari 1994.

Technical Assistance Agreement (TAA)

Bercerita berkenaan TAA, hatta dalam kalangan Manager Perwaja sendiri pun mempunyai perbezaan pendapat mengenai keperluan untuk TAA ini dibayar:
  1. Ahmad Zaini, bekas Senior General Manager, telah menerima surat pengesahan (bertarikh 11 Oktober 1995) daripada General Manager NKK Corporation (ini syarikat yang real dan wujud punya), N. Otani, bahawa Frilsham bukanlah associate company kepada NKK. TAA juga sebenarnya tidak wujud antara Perwaja dan NKK. 
  2. Tapi, Akram Che Ayub, Senior Operational Manager, menegaskan bahawa terdapat perjanjian TAA tersebut, dan ianya hanyalah perlu dibayar secara ansuran (bukan lump-sum seperti yang disahkan oleh Eric). Cumanya, signature N. Otani pada request letter for payment bertarikh 17 Februari 1994 berbeza dengan signature yang tertera di surat pengesahan yang diterima Ahmad Zaini.

Mengikut prosedur dalam Perwaja, segala pembayaran haruslah disahkan oleh MD, dan countersigned oleh Corporate Director. Lim Chaing Cheah, bekas Corporate Director, pada ketika itu telah disuruh oleh Eric untuk melakukan pembayaran TAA pada 22 Februari 1994, melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BMBB – Sekarang CIMB), tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pembayaran tersebut.

Hubungan antara Mahathir dan Eric Chia (Campurtangan Mahathir)

Semasa prosiding mahkamah, satu surat telah didedahkan kepada mahkamah. Surat tersebut (bertarikh 30 Mac 1996) telah dihantar oleh Eric kepada Chairman Perwaja, ketika mesyuarat Board of Directors. Isi surat tersebut ialah:
  1. Dia (Eric) hanya akan menjawab apa-apa soalan jika ditanya oleh Perdana Menteri (PM ketika itu, Mahathir).
  2. Dia (Eric) telah diberi mandat oleh PM untuk menguruskan Perwaja itu seolah-olah itu adalah syarikat kepunyaannya.
  3. Dia (Eric) akan menjalankan apa-apa projek hanya setelah mendapat pengesahan oleh PM.
  4. Dia (Eric) tidak mendapat sebarang gaji atau faedah daripada Perwaja (persoalannya, siapa bayar gaji dia? Surely dia bukan bermodalkan ‘keikhlasan’ semata).
  5. Jawatan dia (Eric) sebagai MD telah ditentukan oleh PM.

Penangkapan Eric pada 2004 dikatakan bukanlah kerana untuk menghukum Eric atas kerugian besar yang ditanggung Perwaja, ia dikatakan adalah semata-mata helah bagi Kerajaan untuk memenangi PilihanRaya Umum pada tahun yang sama. Walaupun pelbagai tuduhan yang diterima Eric, Eric tetap bertegas dengan sikap setiakawannya dengan tidak mengaitkannya dengan Mahathir.

The Power of Mahathir

Di dalam kes ini, Mahathir boleh dianggap sebagai seorang super-power kerana berjaya mengawal proses pengadilan (course of justice) sehingga tidak pernah lansung dikaitkan dengan kes Perwaja ini.

Han Chee Rull, pegawai BPR, pernah dintanyakan oleh mahkamah samaada dia (sebagai wakil kepada BPR secara keselururhannya):
  1. Merekodkan sebarang kenyataan oleh PM berkenaan kes ini.
  2. Menyedari akan perhubungan antara Eric dan Mahathir.
  3. Mengetahui tentang lawatan PM ke kilang NKK sebelum TAA ditandatangani.
  4. Perngafailan saman oleh Eric Chia terhadap NKK, Lim Guan Eng, dan The Malay Mail.

Malangnya, dalam simpanan bukti BPR, tidak merekod sebarang kenyataan daripada Mahathir. Malah, 3 perkara yang lainnya seolahnya tidak disedari lansung oleh pegawai BPR yang menyiasat kes ini. Inilah yang membuktikan bahawa kedudukan BPR di bawah PM menghalang badan tersebut daripada berfungsi dengan berkesan.

Dan terdapat juga beberapa loyalist di bawah Mahathir, contohnya seperti Rais Yatim (Menteri di Pejabat Perdana Menteri – yang menguruskan hubungan dengan negara luar bagi pengedalian bukti yang berkaitan dengan kes Perwaja), yang sebenarnya telah digunakan Mahathir agar ia tidak dilibatkan dengan kes ini.

Gambar di bawah ini menunjukkan ringkasan hubungan Mahathir dengan beberapa individu yang terlibat dengan kes ini



Gambar di bawah ini adalah antara tindakan-tindakan Mahathir yang sebenarnya menunjukkan kekuasannya dalam Negara ini.



Wayang yang diulang-tayang

Jika diperhatikan keseluruhan jalan cerita Perwaja ini, kita dapat simpulkan bahawa jalan cerita corporate skandal ini sebenarnya berulang-ulang dengan jalan cerita yang tidak jauh bezanya;
  1. Kaedah penggunaan syarikat Frilsham sebagai SPE ini juga sebenarnya diguna-pakai oleh Enron Corporation bagi memindahkan segala hutang dan kerugian Enron keluar daripada penyata imbangan (balance sheet) syarikat tersebut supaya syarikat tersebut kelihatan baik.
  2. Hatta tindakan menggunakan agensi-agensi kerajaan lain untuk bail-out kerugian yang dihadapi Perwaja ini juga dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan pada hari ini bagi bail-out kerugian yang dihadapi oleh 1MDB.
  3. Malah, lagi melucukan apabila hubungan Perwaja-Eric Chia-Mahathir ini juga tidak jauh bezanya dengan hubungan 1MDB-Jho Low-Najib(?) seperti yang berlaku pada hari ini.

Berbalik kepada campur-tangan kerajaan dalam urusan korporat yang membawa kepada pelbagai masalah ini, aku tertarik dengan asas fahaman liberal (dari aspek ekonomi-politik) yang diterangkan oleh Tuan Wan Saiful Wan Jan (CEO IDEAS), yang menjadi sebahagian daripada falsafah organisasi IDEAS yang dibina Tuan Wan Saiful. Antaranya, tindakan mengehadkan kuasa kerajaan bagi mengelakkan sebarang salah-guna kuasa kerajaan. Kaji lah idea-idea tersebut. Menarik!


Itu sahaja berkenaan corporate scandal Perwaja Steel Sdn Bhd. Selepas Final Exam nanti, aku cuba huraikan berkenaan corporate scandal Enron Corporation. Untuk apa-apa soalan berkenaan Perwaja, boleh tanya aku di bahagian komen. Tak perlu mention @MHanifMNassir kat Twitter, aku malas nak layan. KBai.

References:
  • Abidin, N. A. Z. & Ahmad, H. (2007). Corporate Governance in Malaysia: The Effect of Corporate Reforms and State Business Relation in Malaysia. Asian Academy of Management Journal, 12(1), 23–34.
  • Ahmad Khair, A. H., Haniffa, R., Hudaib, M. & Abd Karim, M. N. (2015). Personalisation of Power, Neoliberalism and The Production of Corruption. Accounting Forum, 39, 225–235.
  • Khair, A. H. A. & Hudaib, M. (2011). Steel Accounting: Genealogy of Fraud in State-Owned Business. British Accounting and Finance Association Colloquium / Conference
  • Norwani, N, M., Mohamad, Z. Z. & Chek, I. T. (2011). Corporate Governance Failure and Its Impact on Financial Reporting within Selected Companies. International Journal of Business and Social Science, 2(21), 205-213. 
  • Poon, J. M. L. & Yap, C. Y. (2010). Perwaja Steel. NACRA 2010 Annual Meeting. 
  • Pileh, M. Z. (Febuari 2004). Eric Chia: Kemuncak Skandal Perwaja. Massa. 14-15.
  • Lopez, L. (2000). Malaysia's Perwaja Steel Continues To Bleed Red Ink, Mired in Problems. Retrieved 1 September 2015: http://www.wsj.com/articles/SB960744692936177300 
  • Mohamad, I. (2015). The Perwaja debacle: Part 1. Retrieved 1 September 2015: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/comment/2015/01/20/the-perwaja-debacle-part-1/

No comments: